Eizlan Yusof Perkenal Joe Kurta Untuk Peminat
2024 Pembuka tirai dan idea baru tercetus oleh dua nama yang tidak asing lagi dalam bidang masing - masing. Pemilik Anissa Batik Nur Anissa Hawa Zaidi bersama Datuk Seri Eizlan Yusof telah menghasilkan kurta yang selesa dengan menggunakan fabrik cotton ‘easy care’ yang berkualiti. Idea mengeluarkan Kurta ini bermula dari peminat Eizlan Yusof yang sering bertanya Eizlan tentang baju batik keluaran Anissa Batik yang dipakai ketika ‘live’ di media sosial. Mereka kata “ cantiklah baju yang Datuk pakai tu.. kat mana nak beli?” Maka dari situlah tercetusnya idea mengeluarkan kurta dengan jenama sendiri. Eizlan berpendapat, sudah tiba masa beliau menyahut cabaran bidang ini terutamanya fesyen lelaki setelah berpuluh tahun bergelar model serta memperagakan pakaian. "Saya sudah biasa memperagakan pakaian untuk pelbagai jenama terkenal sejak usia belasan tahun. Jadi, apa salahnya saya mengeluarkan jenama pakaian sendiri pula? "Tambahan lagi, saya memang duta kepada Annisa My Batik da