Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2023

Pertama Kali, Rahsia Pohon Cemara Dihasilkan Versi Berbeza Demi Exists X Orkestra

Konsert Exist Di Megastar Arena 22 Disember 2023 Exists X Orkestra menuju ‘hari besarnya’ pada 22 Disember 2023 ini. Teruja dengan konsep orkestra yang pertama kali akan diketengahkan selepas 32 tahun berada dalam belantika muzik Nusantara, Exists siap memberi anugerah istimewa buat peminat kelak. Keutamaan dipersiapkan dengan rapi oleh Exists bersempena dengan konsert yang dibawakan oleh Persatuan Global Malaysia ini adalah ‘pernikahan’ kugiran yang dianggotai Mamat, Ezad, Ajai, Musa, Ujang dan Along itu dengan konsep orkestra. Mengakui Exists kini telah melalui lebih 40 peratus persiapan dari segi teknikal dan pengurusan. Besar harapan mereka semua berjalan lancar sehingga Exists X Orkestra terlaksana pada 22 Disember 2023 seperti direncana. Mereka juga berjanji untuk memberi persembahan terbaik dan bersifat malar segar kepada semua. Sementelah proses kolaborasi muzik kugiran dan orkestra bukan sesuatu yang mudah, namun sebagai pemuzik hasil yang diperoleh kelak akan menambah portfol