Skip to main content

Siapa Pendekar Awang Dalam Movie Kali Ini?




Berjayakah Pendekar Awang Mendahului Rekod Mat Kilau?

Sekali lagi Studio Kembara menerbitkan sebuah filem sejarah pahlawan setelah Mat Kilau. Kali ini filem Pendekar Awang pula dipertaruhkan. 

Sejarah ditulis oleh tangan yang menang. Kisah ketika penjajahan British di bumi Pahang, Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah menyelongkar kisah perjalanan Tok Gajah bersama para pahlawan yang tidak didendang yang tidak pernah diberitahu sebelumnya.

Peristiwa di dalam Filem Pendekar Awang ini berlaku selepas kebangkitan pahlawan melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh Pahang.

Pengambaran Filem Pendekar Awang bermula pada bulan Januari tahun 2023 dan telah menelan kos sebanyak 12juta ringgit.

Berkisar tentang apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat. Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. Dalam usaha Awang menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran. Berjayakah Awang menyelamatkan Tok Gajah dan Haji Sulong serta menewaskan askar terkuat di dunia yang diketuai Kapten Syers kali ini?

Watak Awang dibawa oleh pelakon utama Fattah Amin dan watak Sayang pula digalas oleh Nur Fazura. Berikut merupakan watak utama filem ini:

AWANG

Anak didik Tok Gajah ini berjiwa pahlawan, berani, mahir memanah. Tegas dengan cara perjuangannya yang berbeza dari Mat Kilau.

SAYANG

Isteri Awang yang setia dan cekal. Anak perempuan Haji Sulong ini dilatih ilmu persilatan dan memanah. Isteri yang sentiasa memberi sokongan kepada suaminya. Memahami konflik dalaman suaminya.

TAHIR

Anak lelaki Haji Sulong, adik kepada Sayang. Minat mendalam terhadap ilmu tabib, ilmu alam, ilmu hayat dan mahir ilmu menjejak di hutan.

TOK GAJAH

Pemimpin masyarakat Pahang, orang yang rapat dengan Sultan Ahmad, imam perang pahang dan istiqamah serta tegas melawan pencerobohan british.

HJ SULONG

Pemimpin penduduk Kuala Semantan, pengikut Tok Gajah yang setia. Tegas dan dipercayai Tok Gajah.

BRAHIM

Adik Mat Kilau yang sentiasa menjadi pendamping ayahnya Tok Gajah. Mahir bersenjata tekpi. Brahim kecewa dengan sikap Awang kerana tidak menyertai misi Tok Gajah ke Terengganu.


Saksikan filem ini di pawagam berdekatan anda. Filem mula ditayangkan 11 Januari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RAI ANAK YATIM, MEDIA DAN SELEBRITI DI MAJLIS IFTAR PERDANA DI GALERI NUR RAUDHAH AMPANG

RAI ANAK YATIM, MEDIA DAN SELEBRITI DI MAJLIS IFTAR PERDANA DI GALERI NUR RAUDHAH AMPANG Syarikat Road To Fortune (R2F) pengeluar Jam Thowaf No.1 di dunia telah bekerjasama dengan Anita Entertainment & Productions meraikan anak yatim dan asnaf Nurul Hasanah di Galeri Nur Raudhah(GNR), Ampang baru baru ini.  Pada Majlis iftar tersebut, turut dihadiri ialah para pengamal media dan selebriti. Turut hadir ialah Ustaz Zawawi pengetua GNR dan Encik Ishak Pegawai Pemasaran R2F. Kini GNR telah memasuki tahun ke empat sejak penubuhannya pada awal 2021 dan terus melangkah dalam bidang Muammalat mengikut sunnah Baginda Nabi Muhamad SAW sekaligus usaha mencapai sasaran  bagi membina sebuah Kompleks Muzium Sejarah Tamadun Islam di Malaysia.  GNR kini menjalinkan usahasama dalam perniagaan Jam Towaf 1 Berskala Energy yang Pertama di dunia yang dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat Bumiputra bertujuan membantu membiayai dana rumah Anak Yatim Dan Asnaf Nurul Hasanah. GNR terletak di dalam kawasan ruma

ALAMI SEMARAK MERDEKA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN

ALAMI SEMARAK MERDEKA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN Pelbagai tawaran hebat dan aktiviti kanak-kanak menanti para pengunjung! PUTRAJAYA, 29 OGOS 2023 – Bersempena dengan ulangtahun kemerdekaan yang ke-66, Pusat Beli-Belah Alamanda dengan bangganya membawakan Kempen Merdeka yang akan berlangsung dari 25 Ogos sehingga 16 September. Bagi memperingati Hari Merdeka pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September yang bakal kunjung tiba, Alamanda mengalu-alukan kehadiran para pengunjung dari semua lapisan umur untuk bersama-sama memeriahkan sambutan dengan ganjaran luar biasa yang menawarkan hadiah edisi terhad dan juga barisan aktiviti kanak-kanak yang menarik. Tebusan Merdeka Pengunjung yang berbelanja RM500 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan menerima T-Shirt Merdeka yang ke-66 edisi terhad sepanjang tempoh Kempen Merdeka yang sedang berlangsung selama 23 hari. Tawaran ini adalah terhad untuk satu tebusan bagi setiap pelanggan, setiap hari. Bagi pelanggan yan