Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2023

Rasai Pengalaman Berkelah Yang Bertemakan Lanskap Taman Yang Indah Diiringi Alunan Muzik Quartet Secara Lansung

Rasai Pengalaman Berkelah Yang Bertemakan Lanskap Taman Yang Indah Diiringi Alunan Muzik Quartet Secara Lansung Kuala Lumpur : Terkenal dengan gelaran Pusat Beli-Belah yang menawarkan pengalaman ikonik di Malaysia, Suria KLCC membawakan suatu aktiviti unik yang bakal memberikan peluang untuk para pelanggan menikmati aktiviti berkelah di lanskap indah Taman KLCC. Aktiviti berkelah yang dianjurkan secara eksklusif untuk para pelanggan Suria KLCC ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari 7 sehingga 16 Julai 2023. Para pelanggan yang berbelanja RM1,000 ke atas melalui dua resit bermula dari 30 Jun sehingga 9 Julai 2023 berpeluang untuk menebus pengalaman aktiviti berkelah “Picnic in the Park” yang terhad untuk empat orang bagi setiap kumpulan untuk setiap tebusan. Tata lanskap “Picnic in the Park” ini akan menampilkan latar belakang Menara Berkembar PETRONAS serta iringan alunan muzik memukau di kawasan air pancut muzikal KLCC yang menjanjikan pengalaman rekreasi yang