Posts

Showing posts from June, 2024

PERASMIAN “PETALING JAYA INTERNATIONAL FOLKLORE FESTIVAL 2025” SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-18 BANDARAYA PETALING JAYA

Image
PERASMIAN “PETALING JAYA  INTERNATIONAL FOLKLORE FESTIVAL 2025” SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-18 BANDARAYA PETALING JAYA Sejak diiktiraf menjadi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 20 Jun 2006, pelbagai pembangunan pesat telah berlaku seiring dengan pembangunan teknologi terkini.  Pada tahun ini, "Petaling Jaya Bandar Paling Bahagia" diangkat menjadi tema untuk  Sambutan Ulang Bandaraya Petaling Jaya Ke-18. MBPJ telah menerima Anugerah  Bandar Paling Bahagia 2024 sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia ( Happiness Index) Peringkat Kebangsaan yang bertemakan “Bahagia B ersama Malaysia MADANI”. MBPJ komited dalam mempertingkatkan usaha untuk memberikan  perkhidmatan terbaik dan berusaha mencetuskan dan melaksanakan pelbagai  inisiatif untuk kesejahteraan warga bandar raya Petaling Jaya. Oleh itu, bagi menghargai warga Petaling Jaya dan sempena sambutan ulang t ahun bandaraya, sebanyak 37 aktiviti dan program dilaksanakan sepanjang bulan  Jun 2024 bagi mengeratkan hub

PRUBSN TAJA PAKEJ HAJI & UMRAH UNTUK 26 ORANG JEMAAH

Image
PRUBSN TAJA PAKEJ HAJI & UMRAH UNTUK 26  ORANG JEMAAH ;  MEMPERKASA SOLUSI DIGITAL DAN PERJALANAN KEROHANIAN MELALUI PERLINDUNGAN TAKAFUL Prudential BSN Takaful Berhad (“PruBSN”), Pengendali  Takaful Keluarga No.1 Malaysia (Perniagaan Agensi) untuk 11 tahun berturut-turut telah menaja 12 pakej umrah dan satu pakej haji untuk 13 orang pelanggan PruBSN. Setiap pakej menyediakan perjalanan untuk 2 orang dan diberikan sebagai hadiah bersempena Kempen Auti Debit PruBSN yang dijalankan sepanjang tahun 2023. Para pemenang telah dipilih melalui “Cabutan Rezeki” yang diadakan setiap bulan tahun 2023. Pemilihan dibuat berdasarkan pembayaran sumbangan yang konsisten melalui kaedah auto debit. Kempen ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan PruBSN dalam menambahbaik pengalaman pelanggan melalui pendekatan pembayaran secara digital bagi memastikan para pelanggan terus dilindungi. Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, “Komitmen terhadap inovasi sentiasa mendo