Posts

SATRIA, BANGKIT! PRIMEWORKS STUDIOS & WAU ANIMATION MEMPERSEMBAHKAN TAYANGAN KHAS PERTAMA MISI BAHARU ‘MISI : FIRST LOOK EJEN ALI THE MOVIE 2’

Image
SATRIA, BANGKIT! PRIMEWORKS STUDIOS & WAU ANIMATION MEMPERSEMBAHKAN TAYANGAN KHAS PERTAMA MISI BAHARU  ‘MISI : FIRST LOOK  EJEN ALI THE MOVIE 2’ KUALA LUMPUR, 13 September 2024 – Perhatian kepada ejen-ejen semua! Transmisi baharu selamat diterima hari ini! Primeworks Studios dan WAU Animation dengan bangganya  mempersembahkan tayangan khas bagi misi baharu Misi : First Look Ejen Ali the Movie 2 (EATM 2) , buat pertama kalinya. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, sebagai sebahagian daripada pelancaran program di Festival Kandungan Digital Malaysia 2024 (MYDCF) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KL Convention Centre).  Misi baharu EATM 2 ini merupakan trailer teaser rasmi yang menampilkan aksi berintensiti tinggi dan misteri yang mendebarkan dan penuh tanda tanya serta diselang-selikan dengan babak dan sinematik yang menyentuh hati untuk tontonan seisi keluarga.  Selepas kejayaan pecah panggung

JUARA ‘MENTOR’ PERTAMA ORA FIZA MEMPERSEMBAHKAN SINGLE PERTAMA ‘BANGUNLAH’ DI BAWAH SUPER RED RECORDS

Image
JUARA ‘MENTOR’ PERTAMA ORA FIZA MEMPERSEMBAHKAN SINGLE PERTAMA ‘BANGUNLAH’ DI BAWAH SUPER RED RECORDS KUALA LUMPUR, 10 September 2024 - Nama Ora Fiza mungkin sudah tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia. Dahulunya dikenali sebagai Pija Mentor, dia kini tampil dengan single pertama berjudul ‘Bangunlah’. Sebuah majlis pelancaran telah diadakan di Eclipse Cafe & Meal, di pusat membeli-belah Mitsui Shopping Park Lalaport, Kuala Lumpur hari ini bagi mengumumkan secara rasmi kehadiran Ora Fiza dengan naskah terbaharunya. Dihadiri barisan media perdana, media elektronik dan blogger serta rakan-rakan pempengaruh, majlis digamatkan dengan persembahan istimewa daripada Ora Fiza yang sememangnya dikenali sebagai seorang penyanyi berbakat dengan suara yang bertenaga. Majlis pelacancaran tersebut turut menyaksikan video muzik ‘Bangunlah’ ditayangkan secara langsung buat pertama kalinya kepada semua yang hadir. Selepas hampir dua dekad dalam industri hiburan, Ora Fiza yang mula dikenali

SAMRAH TRAVEL LANTIK ANITA YUSOP SEBAGAI DUTA PEMASARAN PAKEJ UMRAH

Image
  Sidang Media Kembara Haji & Umrah Samrah Travel telah diadakan di Restoran Arab Al Khair di Kuala Lumpur baru baru ini. Anita Yusop selaku Pengarah Urusan Anita Entertainment & Productions telah diberi peluang bekerjasama dengan Kembara Ziarah Haji & Umrah Samrah Travel. Anita yang dilantik sebagai ‘Duta Khas & Strategik Pemasaran/Promosi' kepada Samrah Travel selama setahun bermula 2024 hingga 2025. Majlis yang dihadiri bersama Ketua Pegawai Eksekutif Samrah Travel Sdn Bhd, Haji Ahmed Shukri Abdul Rahman dengan kerjasama Bekal Baru Sdn Bhd  (anak  syarikat ADABI) dan Women Secret Recipe (WSR) dimulakan dengan  bacaan  Al Quran dan Doa oleh Iman Masjid Sharjah Dubai iaitu juga Qari dari Mesir, Sheikh Mohamed  Mahmoud. Turut hadir Ketua Promoter Bahagian Pemasaran Bekal Baru Sdn Bhd (anak syarikat ADABI),  Norhazila Khamis; Pengasas WSR, Hajah Rozlina Najmuddin; Pengurus Restoran Al-Khair, Yaser Faisal Noman Al-Gaafari serta penyanyi Rozita Rohaizad; Penyampai Radi

Scents Of Malaysia 2024 #som2024

Image
Pelancaran Scents Of Malaysia 2024: Mengharumkan Industri Wangian Tempatan KUALA LUMPUR, 9 September 2024 - Majlis pelancaran Scents of Malaysia 2024 (SOM2024) telah berlangsung dengan penuh gemilang di Tanjung Lounge, Riverside Cafe, World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL). Majlis yang dihadiri oleh penggiat industri wangian, jenama-jenama mewah tempatan, rakan-rakan media dan blogger serta peminat-peminat wangian dari seluruh negara ini menandakan permulaan kepada sebuah acara yang bakal menjadi platform utama bagi industri wangian tempatan di Malaysia. Scents of Malaysia 2024 dijangka menjadi sebuah acara yang tiada tandingan, bukan sahaja menghimpunkan jenama wangian tempatan terkemuka di bawah satu bumbung, malah menawarkan semua produk yang menghasilkan bauan yang harum dan memikat. Acara ini menampilkan pelbagai jenis produk, termasuk penyegar udara rumah, semburan hijab, lilin beraroma, minyak aromaterapi, dan banyak lagi. Sama ada haruman lilin yang menenangkan, aroma menyega