Skip to main content

TH DAN BUMITRA MALAYSIA BAKAL MENGANJURKAN KARNIVAL HAJI, UMRAH DAN PELANCONGAN 2024

KARNIVAL HAJI, UMRAH DAN PELANCONGAN 2024 

- Mensasarkan 10,000 Pengunjung Ke Movenpick Hotel And Convention Centre di Selangor


KUALA LUMPUR 15 JANUARI 2024 - Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra Malaysia) akan menganjurkan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024 dan mensasarkan kehadiran lebih 10,000 orang pengunjung sepanjang tiga hari karnival berlangsung.

Karnival yang merupakan anjuran tahun kedua ini akan diadakan bermula daripada 19 hingga 21 Januari 2024 di Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC),Sepang bakal menghimpunkan 25 syarikat pelancongan tempatan yang telah diberikan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk musim Haji 1445H/2024 di mana syarikat-syarikat ini akan mempromosikan pelbagai pakej menunaikan haji untuk ditawarkan kepada bakal-bakal jemaah haji Malaysia. 


Menurut Pengarah Eksekutif Haji TH, Y.Bhg Dato Sri Syed Salleh Syed Abd Rahman, Pakej Rahmah juga akan diteruskan sepertimana tahun lalu. Harga untuk satu Pakej Rahmah adalah di bawah RM50,000. Tahun lalu harga kos haji untuk muasasah adalah RM30,850. Jika jemaah ingin mengambil pakej dengan PJH, hanya perlu menambah sedikit sahaja lagi. Beliau menyatakan harga yang ditawarkan adalah munasabah dan ini merupakan usaha dan kerjasama daripada PJH sendiri. 

Penerbangan pertama  pada 5 Mei 2024. Surat tawaran bakal haji akan dikeluarkan oleh pihak Tabung Haji dalam masa yang terdekat ini dan pendaftaran hendaklah dibuat sekurang kurangnya akhir bulan Syaaban. 

Beliau juga memaklumkan bahawa kuota haji tahun ini adalah sebanyak 31,600. Tiada kuota khusus untuk yang hendak pergi haji dengan pakej. Apa yang penting ialah mereka perlu menerima surat panggilan haji daripada pihak Tabung Haji terlebih dahulu sebelum memilih mana mana pakej yang disediakan oleh PJH. Mereka boleh memilih untuk pergi dengan muasasah ataupun dengan pakej. Terpulang kepada bakal bakal haji yang telah ditawarkan surat panggilan menunaikan haji. 



Manakala menurut Presiden Bumitra Malaysia pula, iaitu Tuan Haji Harun KC Ahmmu, penganjuran karnival tahun ini membawa kelainan kerana para pempamer akan turut mempromosikan tawaran menarik untuk pakej umrah dan juga pelancongan yang disediakan oleh syarikat masing-masing.

"Bumitra Malaysia amat berterima kasih kepada pihak TH yang menyediakan peluang bagi memperkenalkan syarikat-syarikat PJH untuk berkongsi kepada bakal-bakal haji secara khususnya dan kepada masyarakat secara umumnya tawaran pakej haji swasta yang ditawarkan bagi memberi lebih pilihan serta nilai tambah kepada mereka mengikut kemampuan serta tawaran pelbagai pakej umrah dan pelancongan merentasi serata negara".

"Kami percaya dengan persediaan yang rapi disamping tempoh pameran yang lebih panjang, pengisian yang padat dan menarik serta kawasan pameran yang lebih luas memuatkan sehingga 140 reruai akan dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk penganjuran tahun ini. Selain daripada penyertaan kesemua 25 syarikat PJH sebagai pempamer, kami juga berbesar hati dengan sokongan daripada syarikat-syarikat seperti Bank Islam, AMAL (Malaysia Airlines), Takaful Malaysia Berhad dan Saudi Tourism Authority yang turut menyertai karnival ini sebagai pempamer", ujarnya lagi.

Karnival tahun ini diadakan sebagai kesinambungan atas kejayaan penganjuran pertama pada tahun lepas di samping ingin meningkatkan kesedaran masyarakat umum kepentingan untuk memilih syarikat pengendali Haji yang menerima lesen PJH. Penganjuran pertama Karnival PH pada tahun 2023 yang lalu telah mencapai sasaran dan menerima kehadiran lebih 5,000 orang pengunjung. Di atas permintaan dan maklumbalas ramai, karnival ini diteruska pada tahun ini dengan membawakan pelbagai kelainan dan penambahbaikan".

Dato Seri Syed juga menambah "Karnival ini juga menjadi serampang dua mata iaitu selain mempromosi pakej haji, umrah dan pelancongan, ia juga menjadi salah satu platform untuk menyampaikan kepada orang ramai bahawa hanya syarikat berlesen sah sahaja yang boleh menawarkan perkhidmatan pengelolaan haji", katanya.

Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024 yang akan diadakan selama tiga hari in adalah terbuka secara percuma kepada pengunjung dan akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam pada 19 dan 20 Januari. Manakala, pada 21 Januari pula, karnival akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Selain daripada tawaran pakej haji, umrah dan pelancongan, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan buat para pengunjung antaranya program simulasi haji untuk kanak-kanak, persembahan daripada artis nasyid terkenal, program bual bicara, kuiz dan juga cabutan bertuah khusus untuk para pengunjung dengan tawaran hadiah yang lumayan termasuklah pakej menunaikan umrah. 

Untuk rujukan: Berikut Senarai 25 syarikat yang dilesenkan oleh Lembaga Tabung Haji yang dikenali sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) swasta:

1. TH Travel & Services Sdn Bhd

2. Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd

3. Alif Travel & Tours Sdn Bhd

4. Amani Travel Sdn Bhd

5. Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd

6. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd

7. Batuta Travel & Tours Sdn Bhd

8. Citra Travel & Tours Sdn Bhd

9. C.S. Holidays Sdn Bhd 

10. Eiman Travel & Tours Sdn Bhd

11. Felda Travel Sdn Bhd

12. Gemilang Travel and Tours Sdn Bhd

13. JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd

14. Juara Travel & Tours Sdn Bhd

15. Kawan International Travel sdn Bhd

16. Kembara Umrah Sdn Bhd

17. MIMM Travel & Tours Sdn Bhd

18. MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd

19. Rayhar Travels Sdn Bhd

20. Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn Bhd

21. TM Tours & Travel Sdn Bhd

22. Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd

23. Utas Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn Bhd

24. Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd

25. Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd


#tabunghaji #pakejhaji

Comments

Popular posts from this blog

RAI ANAK YATIM, MEDIA DAN SELEBRITI DI MAJLIS IFTAR PERDANA DI GALERI NUR RAUDHAH AMPANG

RAI ANAK YATIM, MEDIA DAN SELEBRITI DI MAJLIS IFTAR PERDANA DI GALERI NUR RAUDHAH AMPANG Syarikat Road To Fortune (R2F) pengeluar Jam Thowaf No.1 di dunia telah bekerjasama dengan Anita Entertainment & Productions meraikan anak yatim dan asnaf Nurul Hasanah di Galeri Nur Raudhah(GNR), Ampang baru baru ini.  Pada Majlis iftar tersebut, turut dihadiri ialah para pengamal media dan selebriti. Turut hadir ialah Ustaz Zawawi pengetua GNR dan Encik Ishak Pegawai Pemasaran R2F. Kini GNR telah memasuki tahun ke empat sejak penubuhannya pada awal 2021 dan terus melangkah dalam bidang Muammalat mengikut sunnah Baginda Nabi Muhamad SAW sekaligus usaha mencapai sasaran  bagi membina sebuah Kompleks Muzium Sejarah Tamadun Islam di Malaysia.  GNR kini menjalinkan usahasama dalam perniagaan Jam Towaf 1 Berskala Energy yang Pertama di dunia yang dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat Bumiputra bertujuan membantu membiayai dana rumah Anak Yatim Dan Asnaf Nurul Hasanah. GNR terletak di dalam kawasan ruma

ALAMI SEMARAK MERDEKA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN

ALAMI SEMARAK MERDEKA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN Pelbagai tawaran hebat dan aktiviti kanak-kanak menanti para pengunjung! PUTRAJAYA, 29 OGOS 2023 – Bersempena dengan ulangtahun kemerdekaan yang ke-66, Pusat Beli-Belah Alamanda dengan bangganya membawakan Kempen Merdeka yang akan berlangsung dari 25 Ogos sehingga 16 September. Bagi memperingati Hari Merdeka pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September yang bakal kunjung tiba, Alamanda mengalu-alukan kehadiran para pengunjung dari semua lapisan umur untuk bersama-sama memeriahkan sambutan dengan ganjaran luar biasa yang menawarkan hadiah edisi terhad dan juga barisan aktiviti kanak-kanak yang menarik. Tebusan Merdeka Pengunjung yang berbelanja RM500 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan menerima T-Shirt Merdeka yang ke-66 edisi terhad sepanjang tempoh Kempen Merdeka yang sedang berlangsung selama 23 hari. Tawaran ini adalah terhad untuk satu tebusan bagi setiap pelanggan, setiap hari. Bagi pelanggan yan

Siapa Pendekar Awang Dalam Movie Kali Ini?

Berjayakah Pendekar Awang Mendahului Rekod Mat Kilau? Sekali lagi Studio Kembara menerbitkan sebuah filem sejarah pahlawan setelah Mat Kilau. Kali ini filem Pendekar Awang pula dipertaruhkan.  Sejarah ditulis oleh tangan yang menang. Kisah ketika penjajahan British di bumi Pahang, Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah menyelongkar kisah perjalanan Tok Gajah bersama para pahlawan yang tidak didendang yang tidak pernah diberitahu sebelumnya. Peristiwa di dalam Filem Pendekar Awang ini berlaku selepas kebangkitan pahlawan melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh Pahang. Pengambaran Filem Pendekar Awang bermula pada bulan Januari tahun 2023 dan telah menelan kos sebanyak 12juta ringgit. Berkisar tentang apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat. Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga mest