Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2023

ALAMI SEMARAK MERDEKA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN

ALAMI SEMARAK MERDEKA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN Pelbagai tawaran hebat dan aktiviti kanak-kanak menanti para pengunjung! PUTRAJAYA, 29 OGOS 2023 – Bersempena dengan ulangtahun kemerdekaan yang ke-66, Pusat Beli-Belah Alamanda dengan bangganya membawakan Kempen Merdeka yang akan berlangsung dari 25 Ogos sehingga 16 September. Bagi memperingati Hari Merdeka pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September yang bakal kunjung tiba, Alamanda mengalu-alukan kehadiran para pengunjung dari semua lapisan umur untuk bersama-sama memeriahkan sambutan dengan ganjaran luar biasa yang menawarkan hadiah edisi terhad dan juga barisan aktiviti kanak-kanak yang menarik. Tebusan Merdeka Pengunjung yang berbelanja RM500 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan menerima T-Shirt Merdeka yang ke-66 edisi terhad sepanjang tempoh Kempen Merdeka yang sedang berlangsung selama 23 hari. Tawaran ini adalah terhad untuk satu tebusan bagi setiap pelanggan, setiap hari. Bagi pelanggan yan

AJHA PROUDLY GATHERED NUMEROUS LOCAL RENOWNED FASHION LEADERS AND UNCOVERSTHE FUTURE PATH OF SUCCESS IN SUSTAINABLE FASHION

AJHA  PROUDLY GATHERED NUMEROUS LOCAL RENOWNED FASHION  LEADERS   AND  UNCOVER S THE FUTURE PATH OF SUCCESS IN SUSTAINABLE   YBhg . Datuk Seri Isham Ishak, Secretary General Ministry of Investment, Trade & Industry Malaysia (MITI)   visiting the booths at Asia’s  Jewellery , Handbag and Accessories Conference and Trade Show   26 August 2023, Kuala Lumpur- Asia’s  Jewellery , Handbag and Accessories Conference and Trade Sho   (AJHA)  concluded on 26 August in Kuala Lumpur, Malaysia,  with  an  attendance of over  100  participants from  3  countries. The conference  and trade show  featured  6  exhibitors showcasing the latest trends and innovations in the industry, as well as keynote speeches, panel discussions,  roundtable discussions  and networking sessions .   I n recent years, the concept of ESG has become exceedingly important to  the society  while environmental awareness and circular economy has also been on the rise worldwide.  With this in mind,  AJHA   strongly  highligh

MBPJ TUAN RUMAH 1st ASIA PACIFIC YOUTH FOLKLORE FESTIVAL 2023

Petaling Jaya, 25 Ogos 2023 - Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan kerjasama International Council of Organizations of Folklore Festival and Folk Arts (cioff) Malaysia (official partner of unesco) telah diberikan kepercayaan mewakili Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran “1st Asia Pacific Youth Folklore Festival 2023” yang akan diadakan pada 21 hingga 26 September 2023 (Khamis hingga Selasa) di Pusat Bandar Seksyen 52, Petaling Jaya.  Selaras dengan aspirasi pelan strategik Petaling Jaya pintar, mampan dan berdayatahan 2030 (pjssr 2030), dasar pelancongan negara 2020-2030 (dpn) dan dasar kebudayaan negara 2021 (daken) dalam usaha memacu industri pelancongan negara yang berteraskan kelestarian pembangunan budaya, seni dan : warisan, penganjuran festival kesenian rakyat oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada tahun ini lebih berprestij dan berimpak tinggi. Kerajaan negeri Selangor pada tahun 2015 telah mengisytiharkan bandar raya petaling jaya sebagai sebuah kota bandaraya

T-Fight Festival 2023 Bakal Himpun Penggiat Dan Penggemar Sukan Muay Thai 29-30 September Ini

Dari kiri: Mat Ropi - Singamuda Kuda Merah PDRM, Dr Nasree Najmi - Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Master Najmi Abdullah - Presiden Persatuan Muaythai Terengganu, MUHAMMAD AAFFENDI JAAFAR - Penyelaras Teknikal Acara  Dalaman T-Fight, MUHD HASLIZAN HASHIM - Penyelaras Teknikal Acara  Luaran T-Fight KUALA LUMPUR 22 Ogos -  Muay Thai atau Tinju Siam merupakan ilmu beladiri sofistikated yang wujud lebih daripada 2000 tahun lampau akibar konflik dan peperangan. Seni tempur bangsa Siam ini berkembang sejak beberapa dekad yang lalu dan menjadi sukan gelanggang yang utama di Thailand. Seni yang diadaptasi daripada kemahiran berperang tentera Thai ini menjadi seni beladiri kepada semua rakyat baik lelaki mahupun perempuan dan menjadi sebahagian daripada warisan kebudayaan masyarakat Siam. Tiada ilmu tempur yang bersifat spiritual sepertinya yang mana kanak-kanak di Thailand sejak kecil lagi diajar salah satu cabang kickboxing yang paling berbahaya di dunia. Muay Thai adalah su

USANITA MEMPERKASA USAHAWAN WANITA, PERINTIS USANITA MELANCARKAN PRODUK

USANITA MEMPERKASA USAHAWAN WANITA, PERINTIS USANITA MELANCARKAN PRODUK KUALA LUMPUR, 11 OGOS 2023: Seiring dengan inisiatif pendigitalan yang dibawa oleh Usanita Sdn Bhd dengan melahirkan Usanita Mall untuk membantu dan mengangkat potensi produk usahawan kecil untuk tampak lebih berkeyakinan di platform digital. Usanita bukan sahaja memberi peluang untuk para usahawan IKS ini untuk berniaga di platfom ini sahaja, malah turut memberi sokongan penuh pada usahawan IKS yang ingin melancarkan produk mereka pada majlis dibawah Usanita.  Majlis yang sudah dijalankan kali kedua ini, mengumpulkan seramai 70 usahawan dibawah payung Usanita yang digelar sebagai Perintis Usanita ini menghadiri di Majlis Hi-Tea Perintis Usanita 2.0 : Meet & Mingle yang berlangsung di Skydining Wangsa 118 di Wangsa Maju. Turut hadir ke majlis ini adalah Datuk Rosyam Nor, Awal Ashaari, Haiza & Muaz sebagai wakil penyampai KOOL 101, Dr. Soo Wincci dan Zoey Rahman sebagai pengacara majlis. Pada majlis ini sala

ZIKIR DIPENTASKAN DI PERINGKAT KONSERT!

ZIKIR DIPENTASKAN DI PERINGKAT KONSERT! Buat pertama kalinya, sebuah acara zikir berskala besar akan diadakan di pentas berprestij Zepp Kuala Lumpur pada 16 September 2023. Konsert Mega Zikir Terapi yang berkonsepkan spiritual dan hiburan ini dianjurkan oleh Niyat dan mendapat sokongan Geran Dana Kandungan Digital oleh MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi Digital, KKD di samping menerima tajaan utama iaitu Cinta Gaza Malaysia serta beberapa rakan strategik dalam memastikan acara ini berjalan lancar. Menurut pengarah konsert, Dr. Fitri Haris, yang juga pensyarah kanan di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan UUM, objektif utamanya adalah untuk memperkenalkan bahawa muzik itu luas dan di dalamnya mengandungi mesej-mesej yang baik dan murni. Beliau yakin muzik itu akan meniadi lebih bermakna terutama kepada kita, khususnya anak-anak pewaris bangsa. Konsert ini juga akan mendapat sentuhan pengarah susunan seni suara iaitu Hafiz Hamidun yang sangat sinon

Konsert ‘Nurkasih’ 2023 Kumpulan Slam di Zepp KL Mendebarkan

Konsert ‘Nurkasih’ 2023 Kumpulan Slam di Zepp KL Mendebarkan Dengan menggunakan tajuk lagu ‘Nurkasih’ kumpulan SLAM sekali lagi tampil menghiburkan para peminatnya di Zepp Kuala Lumpur pada 6 Ogos yang lalu. Seramai lebih kurang 2000 peminat memenuhi ruang berprestij pada malam tersebut.  Konsert dimulakan dengan lagu Kembali Merindu disusuli dengan lagu Biarkannya, Buat Seorang Kekasih, Suratan Entah Mengapa, Kurnia, Rindiani, Sinar Menunggu, dan Maria Mariana. Seterusnya untuk segmen kedua pula lagu Manisnya Rindu, Jika Kau Rasa Getarnya, Tak Mungkin Berpaling, Kita Terpaksa Bermusuhan, Nirkasih, Gerimis Mengundang,Mentari Muncul lagi dan diakhiri dengan Kembali Terjalin.  Walaupun pada pertengahan konsert, peminat agak tergamam dan bingung seketika apabila Zamani penyanyi utama kumpulan tersebut tiba tiba hilang.. dan dikatakan terpaksa berhentikan konsert kerana beliau dikatakan tidak sihat. Namun muncul kembali menyambung nyanyiannya. Rupanya itu hanyalah sebuah ‘gimmick’ untuk di

KONSERT DAVID FOSTER BERTARAF DUNIA OLEH PRIHATIN GEGARKAN MEGA STAR ARENA

 KONSERT DAVID FOSTER BERTARAF DUNIA OLEH PRIHATIN GEGARKAN MEGA STAR ARENA KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2023 – Setelah kejayaan penganjuran konsert “Rossa 25th Shining Concert” yang mendapat sambutan meriah di Kuala Lumpur pada November yang lalu, Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) sekali lagi mengambil inisiatif menganjurkan konsert “Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023” yang berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Konsert eksklusif ini merupakan anjuran PRIHATIN yang menampilkan komposer muzik terkemuka dunia, David Foster bersama barisan penyanyi antarabangsa seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred, Katharine McPhee serta penyanyi nombor satu tanah air iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Konsert yang menyaksikan gandingan hebat penyanyi terkemuka di Malaysia bersama komposer dan pemuzik terkenal bertaraf antarabangsa ini bukan sahaja dilihat berpotensi tinggi untuk mengukuhkan nama Malaysia di persada antarabangsa dan mengeratkan lagi hu