Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2023

‘Cinta Perlu Pengorbanan Nyawa’ - Filem Mar Rak Bakal Menghantui Penonton Pada 2 November 2023

Filem ‘Suspense Thriller’ Garapan Pengarah Berjiwa Besar Berjudul ‘Mar Rak’ Bakal Ditayangkan Di Seluruh Pawagam Bermula 2 November Ini Kuala Lumpur - Malam Gala Tayangan Perdana Filem Mar Rak yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada filem tempatan yang diterbitkan oleh seorang pelakon dan pengarah yang tidak asing lagi namanya. Mempunyai pengalaman selama 33 tahun dalam industri seni tanah air Malaysia iaitu Datuk T S Jeffry, yang popular dengan filem dan drama arahan beliau antaranya Hantu Bukit Cina, Digarhayu, Halimah Jongang, Masak Lomak Cili Api, Awe keno Nikoh dan banyak lagi. Filem terbitan PENTAS WAYANG PRODUCTION SDN BHD yang bergenre suspense thriller mempamerkan warisan seni yang semakin dilupai iaitu mengenai cerita Menora Siam sekitar tahun 80an - 90an yang begitu popular di Pantai Timur terutama di Kelantan. Cerita Menora Siam ini mengisahkan tentang percintaan heronya Krasem Pak Sintong berketurunan Siam dan heroinnya, penari Menora iaitu Rashidah. Untuk file

Majlis Menyambut Maulidur Rasul 1445H Padat Dengan Misi Kasih Sayang Dan Perjuangan Sunnah Rasulullah SAW

Majlis Menyambut Maulidur Rasul 1445H Padat Dengan Misi Kasih Sayang Dan Perjuangan Sunnah Rasulullah SAW Kuala Lumpur - Majlis Maulidur Rasul 1445H pada kali ini di Galeri Raudhah, Ampang Ukay disambut meriah dengan penganjuran kali ini diisi dengan pelbagai program bagi memberi peluang orang ramai mengenali lebih dalam susuk manusia teragung, Nabi Muhammad SAW.  Majlis Grand Maulidurrasul yang telah diadakan pada 28 September 2023 menyaksikan beberapa program menarik, antaranya ialah konvoi motosikal berkuasa tinggi, kereta antik dan juga helikopter yang berselawat bersama sama mengiringi barangan peribadi milik Rasulallah SAW yang dikenali sebagai Perarakan Konvoi Kembara Kasih. Konvoi ini berjaya dilaksanakan bermula dari Galeri Raudhah di Ampang Ukay dan seterusnya ke Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya. Konvoi seterusnya kembali ke Galeri Raudhah bagi mengakhiri misi konvoi tersebut. Majlis bermula pada jam 9 pagi dengan perlumbaan qasidah kategori kanak-kanak, remaja dan dewas