SENHENG PERLUAS RANGKAIAN RUNCIT, BUKA CAWANGAN GRAND SENQ KE-8 DI CITTA MALL



Pembukaan ini menandakan Grand senQ CITTA Mall sebagai cawangan Grand senQ yang ke-8 dan cawangan senQ yang ke-30 di Malaysia, sekali gus memperkukuh lagi kehadiran rangkaian peruncitannya di seluruh negara.

Dengan keluasan kira-kira 21,132 kaki persegi, Grand senQ CITTA Mall menggabungkan rangkaian produk elektrik dan elektronik pengguna yang komprehensif, gajet digital, peralatan rumah dan penyelesaian gaya hidup di bawah satu bumbung. Direka untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih imersif dan mudah, cawangan baharu ini membolehkan pelanggan meneroka pelbagai pilihan produk, mengenali teknologi terkini dan menikmati khidmat rundingan peribadi dalam persekitaran peruncitan moden.

Antara tarikan utama cawangan ini ialah ruang khas Senheng Home Customisation (SHC), yang dibina berdasarkan pengembangan Kumpulan ke dalam penyelesaian kediaman yang lebih luas susulan pelancaran rasmi SHC pada Mei 2026. Ruang SHC ini menyediakan platform perancangan dan kelengkapan kediaman bersepadu kepada pemilik rumah yang meliputi visualisasi reka bentuk dalaman, kerja pertukangan dan pemasangan kabinet, perabot, kelengkapan tempat tidur, peralatan rumah dan penyelesaian berkaitan rumah yang lain.

Melalui SHC, pelanggan boleh meneroka konsep rumah pilihan mereka, menyesuaikan ruang kediaman mengikut cita rasa sendiri serta menyelaraskan pelbagai aspek keperluan rumah melalui proses yang lebih lancar. Dengan menggabungkan perkhidmatan pengubahsuaian rumah bersama penawaran barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah, platform ini bertujuan memudahkan proses melengkapkan kediaman yang lazimnya melibatkan pelbagai penyedia perkhidmatan berbeza sambil menawarkan kemudahan, ketelusan dan keyakinan yang lebih baik kepada pemilik rumah.

Cawangan baharu ini juga mencerminkan usaha berterusan Senheng untuk memperkukuh ekosistem runcit omnichannel dan meningkatkan pengalaman pelanggan merentasi titik sentuhan fizikal dan digital. Disokong oleh Model Perniagaan Ekonomi Berasaskan Mata (PBE), pelanggan boleh menikmati nilai tambah melalui ekosistem ganjaran S-Coin, yang menggalakkan penglibatan berulang dan menyediakan fleksibiliti yang lebih besar dalam menebus pelbagai jenis produk dan ganjaran.

Berucap pada pembukaan tersebut, Pengarah Urusan Senheng New Retail Berhad, Lim Kim Heng berkata, pembukaan Grand senQ CITTA Mall merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam transformasi peruncitan syarikat yang berterusan.

“Memandangkan pilihan pengguna terus berkembang, kami percaya kedai runcit fizikal mesti menawarkan lebih daripada sekadar produk. Ia harus menyediakan pelanggan dengan pengalaman yang lebih komprehensif yang menggabungkan teknologi, kemudahan, perkhidmatan peribadi dan ganjaran yang bermakna,” katanya.

Beliau menambah, pengenalan ruang khas Senheng Home Customisation turut memperluaskan peranan syarikat melangkaui peruncitan barangan elektronik pengguna secara tradisional.

“Keputusan berkaitan kelengkapan rumah biasanya dibuat lebih awal berbanding pembelian peralatan rumah, dan ini memberi peluang kepada kami untuk melibatkan pelanggan lebih awal dalam perjalanan perancangan rumah mereka.

“Dengan mengintegrasikan penyelesaian penyesuaian rumah dengan ekosistem runcit sedia ada kami, kami berhasrat untuk menyediakan pelanggan dengan pengalaman yang lebih mudah dan holistik, daripada merancang ruang kediaman hinggalah memilih produk untuk melengkapkan kediaman mereka,” katanya.

Sempena pembukaan rasmi Grand senQ CITTA Mall, senQ akan menganjurkan kempen promosi selama tiga hari dari 20 hingga 22 November 2026, dengan tawaran eksklusif, ganjaran Pulangan Tunai S-Coin yang menarik dan pelbagai aktiviti istimewa untuk para pengunjung.

Antara tawaran promosi yang disediakan termasuk 50% Pulangan Tunai S-Coin di seluruh kedai untuk barangan elektronik pengguna yang terpilih, 100% Pulangan Tunai S-Coin untuk lebih 150 model peralatan kecil, botol dan peralatan dapur terpilih, serta 50% Pulangan Tunai S-Coin untuk gajet digital terpilih. Pembeli juga boleh menikmati jaminan percuma sehingga empat tahun untuk televisyen terpilih, 40% Pulangan Tunai S-Coin untuk pembaharuan insurans kereta AIG dan 30% Pulangan Tunai S-Coin untuk pakej solar.

Bagi mereka yang ingin menaik taraf kediaman, Senheng Home Customisation (SHC) turut menawarkan Pulangan Tunai S-Coin sehingga 50%, terhad kepada 20 pelanggan pertama. Pelanggan juga berpeluang mendapatkan mesin basuh pinggan mangkuk bernilai RM3,699 secara percuma dengan perbelanjaan minimum RM25,000 untuk pakej pengubahsuaian rumah yang layak.

Apa yang lebih menarik, pembeli boleh mendapatkan peralatan kecil terpilih pada harga eksklusif RM20 seunit, terhad kepada 500 unit sahaja selagi stok masih ada. Pengunjung juga boleh menyertai sesi demonstrasi produk secara langsung untuk meneroka ciri-ciri produk dan merasai sendiri pengalaman menggunakan peralatan rumah terkini.

Sebagai hadiah istimewa sempena pembukaan rasmi ini, sebanyak 50 unit Keyboard Clicker bercetak 3D eksklusif hasil kerjasama dengan Bambu Lab boleh ditebus setiap hari, berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

Melalui ekosistem S-Coin, ahli PlusOne yang layak boleh memperoleh ganjaran daripada pembelian yang memenuhi syarat dan seterusnya menebus S-Coin mereka untuk sehingga 2,400 pilihan produk dan ganjaran menerusi aplikasi Senheng serta cawangan fizikal.

Tambahan lagi, ahli PlusOne berpeluang menikmati 10 tawaran Fast Track Redemption yang melibatkan produk terpilih seperti televisyen, penyaman udara, mesin basuh dan peti sejuk. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kumpulan untuk memberikan nilai tambah kepada pelanggan, melangkaui setiap transaksi pembelian.

Semua tawaran promosi, ganjaran Pulangan Tunai S-Coin dan hadiah percuma tertakluk pada syarat kelayakan, terma dan syarat yang berkenaan serta ketersediaan stok.

Terletak di Lot S-19 hingga S-23, Tingkat Dua, CITTA Mall, Jalan PJU 1A/48, Pusat Perdagangan Dana 1, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Grand senQ CITTA Mall beroperasi setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Cawangan ini menawarkan destinasi baharu kepada penduduk Ara Damansara, Petaling Jaya dan komuniti sekitarnya untuk mendapatkan produk teknologi pengguna, peralatan rumah dan penyelesaian kediaman.

Pada masa hadapan, Senheng akan terus memperkukuh ekosistem peruncitannya dengan mengintegrasikan teknologi, penyelesaian kediaman rumah dan inisiatif penglibatan pelanggan, sambil mengekalkan pendekatan berdisiplin untuk pembangunan rangkaian runcit dan daya saing jangka panjang.


Comments