ST ROSYAM MART TAWAN JOHOR: DESTINASI BORONG 24 JAM PERTAMA DI MALAYSIA SELATAN KINI DI TAMPOI

 Hampir lima dekad mewarnai industri peruncitan dan pemborongan tempatan, Kumpulan Sri Ternak terus membuktikan kemampuannya berkembang seiring perubahan zaman. Terbaharu, syarikat itu melakar satu lagi pencapaian penting menerusi pembukaan ST Rosyam Mart Paragon Market Place, Tampoi, sekali gus menandakan kemasukan rasmi jenama berkenaan ke pasaran Johor dan Malaysia Selatan.

Pembukaan cawangan baharu ini bukan sekadar memperluaskan rangkaian perniagaan, malah mencerminkan aspirasi Kumpulan Sri Ternak untuk membawa pengalaman membeli-belah borong moden yang lebih selesa, lengkap dan mesra pelanggan kepada komuniti setempat.

Meniti perjalanan selama 47 tahun dalam industri, Kumpulan Sri Ternak berkembang daripada sebuah perniagaan keluarga kepada rangkaian pasar raya borong moden yang beroperasi 24 jam sehari. Dipacu oleh kepimpinan generasi kedua serta kerjasama strategik bersama ikon terkenal tanah air, Datuk Rosyam Nor, ST Rosyam Mart hari ini menjadi antara destinasi membeli-belah pilihan pengguna yang mencari produk berkualiti pada harga borong yang kompetitif.

Pembukaan rasmi ST Rosyam Mart Paragon Market Place, Tampoi pada 12 September 2026 menandakan cawangan ke-10 dalam rangkaian ST Rosyam Mart. Lebih membanggakan, ia merupakan cawangan pertama di Johor sekali gus menjadi pintu masuk jenama tersebut ke pasaran Malaysia Selatan. Kehadirannya di Paragon Market Place turut menjadikan lokasi ini sebagai cawangan ketiga ST Rosyam Mart yang beroperasi di dalam pusat beli-belah.

Menghuni ruang seluas kira-kira 70,000 kaki persegi, pasar raya ini tampil dengan konsep moden dan kontemporari yang mengutamakan keselesaan pelanggan. Ruang membeli-belah yang luas, susun atur produk yang teratur serta siling tinggi mewujudkan suasana yang lebih selesa dan mesra keluarga. Lebih 40,000 pilihan produk tempatan dan import ditawarkan, merangkumi keperluan harian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar, ayam premium, daging Wagyu, kambing biri-biri seekor, makanan laut segar dan sejuk beku, barangan runcit serta pelbagai keperluan isi rumah pada harga borong yang kompetitif.

Antara tarikan utama yang mencuri perhatian ialah Celebrity Corner, sebuah ruang khas yang menghimpunkan produk keluaran lebih 30 selebriti tempatan. Pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai produk daripada nama-nama terkenal seperti Datuk Chef Wan, Dato’ Seri Aliff Syukri, Dato’ Khatijah Ibrahim, Khai Bahar, Nubhan, Munif Hijjaz, Fouziah Gous, Fizo Omar, Betty Rahmad serta Datuk Rosyam Nor sendiri.

Turut menjadi kebanggaan ialah Malaysia Selection, zon istimewa yang mengetengahkan pelbagai produk tempatan termasuk snek, minuman, hadiah dan cenderamata buatan Malaysia. Inisiatif ini bukan sahaja memberi ruang kepada produk tempatan untuk lebih menonjol, malah menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih autentik kepada pelanggan dan pelancong.

Tidak sekadar menawarkan pelbagai produk antarabangsa, ST Rosyam Mart turut memperkenalkan rangkaian jenama sendiri seperti Freshin’, Santeh, 1ST, Deliwest dan Sri Ternak. Produk-produk ini meliputi kategori makanan, minuman serta keperluan isi rumah yang dihasilkan dengan penekanan terhadap kualiti dan nilai terbaik untuk pengguna.

Seiring komitmen untuk memperkayakan pengalaman pelanggan, lebih 20 perkhidmatan percuma disediakan di premis ini. Antaranya termasuk penggunaan Wi-Fi dan power bank percuma, khidmat buggy, perkhidmatan payung, peti pertolongan cemas, air minuman, khidmat potong daging, loker simpanan percuma, bantuan jump-start bateri kereta, pam angin tayar serta kemudahan pengecas kenderaan elektrik (EV). Kemudahan baharu seperti khidmat mencuci topi keledar dan loker sejuk beku turut diperkenalkan bagi menambah keselesaan pelanggan.

Pemilihan Johor sebagai destinasi pengembangan baharu bukanlah satu kebetulan. Negeri yang pesat membangun ini memiliki pasaran pengguna yang besar selain kedudukannya yang strategik berhampiran Singapura. Tampoi pula dipilih kerana lokasinya yang mudah diakses serta mempunyai komuniti yang aktif dan berkembang, selain mendapat keyakinan tinggi daripada Joland Group terhadap potensi jenama ST Rosyam Mart.

Sempena pembukaan rasmi, pelbagai promosi luar biasa diperkenalkan sebagai penghargaan kepada pelanggan. Tumpuan utama pastinya tawaran ayam segar seekor pada harga hanya lapan sen untuk 5,000 pelanggan pertama. Lebih menarik, lebih 200 barangan promosi turut ditawarkan pada harga serendah lapan sen, 48 sen dan 88 sen sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Suasana pembukaan bertambah meriah menerusi pelbagai aktiviti yang dirancang untuk seisi keluarga. Antaranya termasuk Balloon Drop yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM10,000, pertunjukan bunga api, persembahan pancaragam secara langsung, artis belon, sesi merasa makanan percuma, popcorn dan cotton candy percuma serta pelbagai permainan interaktif yang menghidupkan suasana karnival.

Peminat durian pula bakal menikmati bufet durian istimewa pada harga RM18.80 yang ditawarkan khas kepada ahli ST Member. Program ini dijangka menjadi antara tarikan paling mendapat sambutan sepanjang minggu pembukaan.

Keahlian ST Member boleh diperoleh dengan hanya RM15. Pelbagai manfaat menanti ahli termasuk promosi eksklusif, pengumpulan mata ganjaran, penebusan hadiah dan baucar serta jemputan ke program-program khas anjuran ST Rosyam Mart. Pelanggan di cawangan Tampoi turut berpeluang menikmati kopi percuma dan menyertai cabutan tiket ke LEGOLAND.

Hubungan erat bersama komuniti terus diperkukuhkan menerusi pelbagai kempen dan peraduan menarik. Antaranya Stamp & Menang 2.0 yang menawarkan lebih 350 hadiah bernilai melebihi RM1 juta termasuk kondominium, kereta dan motosikal. Kempen Misi Mencari Raja Konten Selatan pula membuka peluang kepada pencipta kandungan digital memenangi hadiah wang tunai keseluruhan RM20,000.

Lebih menarik, kempen Misi Menawan Tampoi turut diperluaskan menerusi penerbitan siri drama web AI berjudul Misi Untuk Rakyat. Drama 11 episod ini mengisahkan empat kakitangan ST Rosyam Mart yang berdepan pelbagai cabaran ketika menghantar bekalan ke Tampoi. Pendekatan kreatif ini bukan sahaja menghiburkan, malah menghubungkan jenama dengan masyarakat menerusi kandungan digital yang dekat dengan kehidupan seharian.

Pembukaan cawangan baharu ini turut membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat menerusi pelbagai jawatan dalam bidang operasi, pentadbiran dan pengurusan. Tawaran gaji sehingga RM4,500 termasuk elaun dijangka memberi manfaat kepada ramai pencari kerja di sekitar Johor Bahru.

Berteraskan slogan ikonik “Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat”, ST Rosyam Mart Paragon Market Place, Tampoi hadir sebagai lebih daripada sekadar sebuah pasar raya. Kehadirannya melambangkan komitmen berterusan Kumpulan Sri Ternak dalam menyediakan pengalaman membeli-belah borong dan runcit Halal 24 jam yang moden, selesa dan berbaloi, sekali gus memperkukuhkan kedudukannya sebagai antara jenama peruncitan tempatan yang semakin dekat di hati rakyat Malaysia.


Comments