KUALA LUMPUR, 3 September 2026 – Sempena Bulan Jantung Sedunia 2026 yang membawa tema “Don’t Miss A Beat”, Nestlé® Omega Plus terus memperkukuhkan komitmennya dalam meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan jantung menerusi kerjasama strategik bersama Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF).
Tahun ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut menyertai inisiatif tersebut bagi membantu mendekati golongan dewasa muda melalui program pendidikan kesihatan jantung dan saringan kesihatan yang mensasarkan seramai 10,000 rakyat Malaysia.
Inisiatif ini dilaksanakan bagi menggalakkan lebih ramai golongan muda memahami tahap kesihatan mereka, mengenal pasti faktor risiko lebih awal serta mengamalkan gaya hidup sihat sejak usia muda. Walaupun penyakit jantung sering dikaitkan dengan golongan berusia, risiko penyakit kardiovaskular sebenarnya boleh bermula lebih awal tanpa disedari.
Menurut Felo Klinikal Kardiologi Institut Jantung Negara, Dr Fa’iz Mashood, dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan tahap kesedaran kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia masih membimbangkan. Statistik menunjukkan sekitar 95% kes kolesterol tinggi, 80% kes hipertensi dan 84% kes diabetes dalam kalangan golongan muda masih belum didiagnosis.
Beliau turut menjelaskan bahawa ramai individu tidak menjalani pemeriksaan kesihatan kerana beranggapan mereka sihat selagi tidak mengalami gejala.
Selain pemeriksaan berkala, amalan pemakanan sihat juga memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan jantung. Perunding Kanan Dietetik Institut Jantung Negara, Foong Pui Hing, menegaskan bahawa pemakanan seimbang yang kaya dengan nutrien mampu membantu menyokong kesihatan jantung untuk jangka panjang.
Beliau menyarankan pengambilan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan segar, bijirin penuh, ikan dan minyak tidak tepu, di samping mengurangkan makanan yang diproses secara berlebihan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols, usaha menggalakkan gaya hidup sihat bukan sekadar meningkatkan kesedaran, malah perlu disokong dengan akses kepada pendidikan, pemeriksaan kesihatan dan penyelesaian praktikal yang boleh membantu rakyat Malaysia membuat pilihan yang lebih sihat setiap hari.
Pengerusi Yayasan Jantung Malaysia, Dato’ Dr Aljafri Abdul Majid, menyifatkan Nestlé® Omega Plus sebagai rakan strategik penting dalam usaha memperluaskan kesedaran mengenai kesihatan jantung di Malaysia.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan Institut Jantung Negara, Toh Puan Hajjah Aishah Ong, berkata kerjasama berterusan antara sektor swasta dan organisasi kesihatan amat penting bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat akses kepada pendidikan serta saringan kesihatan yang berkualiti.
Sejak beberapa tahun lalu, Nestlé® Omega Plus telah melaksanakan pelbagai inisiatif kesihatan jantung termasuk kempen tahunan Nestlé® Omega Plus Walk A Million Miles. Melalui kerjasama berterusan dengan YJM dan IJNF, sebanyak 98,593 saringan kesihatan telah berjaya dijalankan pada tahun 2025 dan jumlah itu disasarkan untuk digandakan menjelang tahun 2027.
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan tersebut, Nestlé® Omega Plus turut menyumbang RM100,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia dan RM100,000 kepada Yayasan Institut Jantung Negara bagi menyokong pelbagai program pendidikan, kesedaran dan saringan kesihatan jantung di seluruh negara.
Pada majlis pelancaran media Nestlé® Omega Plus Walk A Million Miles 2026 yang berlangsung di MyTOWN Kuala Lumpur, pengunjung turut berpeluang menyertai forum kesihatan bertemakan “Don’t Miss A Beat”, menjalani saringan kesihatan percuma serta mendapatkan maklumat berkaitan penjagaan kesihatan jantung.
Acara tersebut turut menampilkan reruai khas PTPTN yang memberi peluang kepada organisasi itu untuk berinteraksi secara langsung dengan golongan muda Malaysia.
Bagi meneruskan momentum kejayaan tahun lalu, cabaran maya Nestlé® Omega Plus Walk A Million Miles 2026 berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober 2026, manakala acara berjalan kaki secara fizikal akan diadakan pada 19 September 2026 di Putrajaya.
Dalam perkembangan sama, Nestlé® Omega Plus turut memperkenalkan Nestlé® Omega Gold UHT, minuman susu sedia diminum yang direka khas untuk memenuhi keperluan golongan dewasa yang aktif dan sibuk. Produk ini mengandungi sterol tumbuhan ActiCol®, kalium dan inulin yang membantu menyokong kesihatan jantung apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet seimbang dan gaya hidup sihat.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Nestlé® Omega Plus Walk A Million Miles 2026, layari laman web rasmi Nestlé Home of Good atau ikuti Facebook Nestlé Omega Plus.




Comments
Post a Comment