NATURALS BY WATSONS MERAIKAN “RATU BUAH-BUAHAN” MALAYSIA DENGAN PELANCARAN RANGKAIAN MANGGIS DAN PENGALAMAN UNIK RAJA & RATU BUAH-BUAHAN
KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2026 – Di sebalik kulit ungu yang sederhana, tersimpan khazanah tropika yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia. Sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan kemuncak musim manggis tempatan, Naturals by Watsons mengangkat keistimewaan “Ratu Buah-Buahan” menerusi pelancaran rangkaian Mangosteen yang diinspirasikan daripada buah ikonik negara ini. Pelancaran yang berlangsung meriah di KL DEX bukan sahaja memperkenalkan koleksi penjagaan diri baharu, malah meraikan warisan tempatan melalui pengalaman yang menggabungkan kecantikan, budaya dan keenakan buah-buahan Malaysia dalam satu acara yang penuh warna dan rasa.
Bersempena pelancaran tersebut, KL DEX bertukar menjadi lokasi pertemuan istimewa antara “Ratu Buah-Buahan” dan “Raja Buah-Buahan” Malaysia menerusi acara “Durian & Mangosteen Eating Party”. Para tetamu dan pengamal media bukan sahaja berpeluang mengenali rangkaian Mangosteen dengan lebih dekat, malah dihidangkan dengan manggis segar dan durian premium yang lazat, menjadikan pengalaman tersebut lebih autentik dan mencerminkan kekayaan hasil bumi Malaysia.
Dihasilkan dengan bangga di Malaysia, rangkaian ini meraikan sesuatu yang dekat di hati rakyat Malaysia. Diinspirasikan daripada Ratu Buah-Buahan tempatan, iaitu manggis, rangkaian ini menggabungkan kebaikan alam semula jadi dengan kekayaan budaya dan warisan Malaysia, menjadikannya sebuah rangkaian yang benar-benar bercirikan tempatan. Pelancaran ini turut menyerlahkan komitmen Naturals by Watsons dalam mengintegrasikan manfaat alam semula jadi ke dalam rutin kecantikan harian, sambil meraikan kekayaan warisan budaya serta bahan-bahan tempatan Malaysia.
Rangkaian Mangosteen baharu ini diformulasikan dengan 97% bahan daripada sumber semula jadi dan diperkaya dengan ekstrak manggis yang terkenal dengan sifat antioksidannya bagi membantu menyuburkan dan melindungi kulit, sekali gus menjadikan kulit terasa segar dan kelihatan sihat. Ia juga memberikan kelembapan sehingga 72 jam, memastikan penghidratan yang berpanjangan untuk kulit yang lembut dan sihat. Rangkaian ini merangkumi gel mandian, losen badan, semburan badan serta gel mandian dan losen badan dalam saiz perjalanan.
“Manggis merupakan buah yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia dan kami amat teruja untuk mengetengahkan buah tempatan yang cukup dikenali ini menerusi rangkaian Mangosteen daripada Naturals by Watsons. Kami mahu membawa buah ikonik ini ke hadapan dan memberikannya nafas baharu dalam dunia kecantikan dan penjagaan diri. Selain menjadi buah yang dikenali dan digemari rakyat Malaysia, manggis turut dihargai kerana khasiat semula jadinya, menjadikannya inspirasi yang tepat untuk rangkaian berteraskan alam semula jadi ini. Kami berbangga dapat membawa sebuah kisah yang begitu dekat dengan identiti Malaysia kepada pelanggan kami dengan cara yang relevan, bermakna dan menarik,” kata Danny Hoh, Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia.
Sebagai menambahkan sentuhan Malaysia yang lebih tersendiri pada koleksi ini, Naturals by Watsons turut bekerjasama dengan ilustrator tempatan, Wonders of Eqa, untuk menghasilkan rekaan pembungkusan edisi terhad eksklusif yang diinspirasikan daripada budaya dan warisan Malaysia yang penuh warna-warni. Rekaan tersebut menampilkan elemen tempatan yang cukup dikenali termasuk sarung tradisional dan wau, menjadikan koleksi ini bukan sekadar rangkaian kecantikan, malah simbol penghargaan terhadap identiti Malaysia.
Kerjasama antara Naturals by Watsons dan KL DEX turut menjadikan pelancaran ini lebih istimewa. Dikenali sebagai destinasi yang meraikan Raja Buah-Buahan Malaysia, KL DEX menyediakan suasana yang meriah dan interaktif untuk para pengunjung menikmati pengalaman Raja dan Ratu Buah-Buahan dalam satu destinasi. Gabungan aroma durian, kesegaran manggis dan pelbagai aktiviti menarik menjadikan acara ini sebuah sambutan yang menyerlahkan keunikan budaya buah-buahan tempatan.
Bermula hujung minggu ini sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2026, pengunjung ke KL DEX berpeluang menerokai dan mencuba rangkaian Naturals by Watsons Mangosteen, merasai tekstur dan harumannya serta mengetahui lebih lanjut mengenai manfaat penjagaan kulit yang diinspirasikan daripada Ratu Buah-Buahan. Mereka juga boleh menikmati manggis segar bersama pengalaman durian istimewa KL DEX, sekali gus meraikan dua ikon paling terkenal Malaysia.
Tersedia secara eksklusif di Watsons Malaysia, rangkaian Mangosteen edisi terhad ini juga boleh dijadikan cenderamata kecantikan berinspirasikan Malaysia yang menyeronokkan dan bermakna bagi mereka yang ingin membawa pulang sebahagian daripada keunikan negara ini.
Raja dan Ratu Buah-Buahan sebagai tumpuan utama, Naturals by Watsons mengajak rakyat Malaysia untuk menerokai semula keindahan inspirasi tempatan – satu manggis pada satu masa.
Rangkaian Naturals by Watsons Mangosteen kini boleh didapati di semua cawangan Watsons di seluruh negara dan secara dalam talian. Harga bermula daripada RM23.90, dengan tawaran eksklusif untuk pelanggan yang berbelanja RM40 dan ke atas bagi rangkaian Mangosteen, termasuk peluang menerima patung plushie emoji Mangosteen (plushie diberikan secara rawak).
Ketahui lebih lanjut di laman sesawang Watsons Malaysia di www.watsons.com.my.







Comments
Post a Comment