DYTM RAJA MUDA SELANGOR MENCEMAR DULI PUSINGAN AKHIR LIGA USAHAWAN EKSPORT SELANGOR (SAY ASPIRE) EDISI KETUJUH
Shah Alam, 2 September 2026 – Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan mencemar duli mengurniakan anugerah kepada lima pemenang Pusingan Akhir Liga Usahawan Eksport Selangor (SAY ASPIRE) Edisi Ketujuh yang berlangsung di Sunway Resort Hotel hari ini.
SAY ASPIRE merupakan inisiatif Selangor Youth Community (SAY) yang bertujuan memacu usahawan tempatan ke pasaran antarabangsa menerusi bimbingan strategi eksport, pematuhan standard global serta rangkaian perniagaan strategik. Menerusi program ini, para peserta dibimbing untuk memperkukuh daya saing, meningkatkan kebolehpasaran produk dan menembusi pasaran antarabangsa.
Majlis ini mengiktiraf lima usahawan terbaik yang berjaya membentangkan pelan perniagaan berimpak tinggi kepada panel juri. Para pemenang menerima geran pembangunan, akses kepada pameran antarabangsa, program mentoring eksklusif serta peluang menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan, dewan perniagaan dan badan korporat.
Dalam ucapannya, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan Halimi berkata SAY ASPIRE telah berkembang menjadi antara platform pembangunan usahawan paling signifikan di Selangor sejak diperkenalkan pada tahun 2018.
“Sehingga kini, SAY ASPIRE telah berjaya memperkasa lebih 200 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Selangor untuk berkembang, berinovasi dan menembusi pasaran luar negara. Program ini bukan sahaja membantu memperluaskan capaian pasaran usahawan tempatan, malah memastikan produk keluaran Selangor mampu bersaing di peringkat global,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa SAY ASPIRE telah dimasukkan sebagai salah satu inisiatif dalam Rancangan Selangor Kedua (RS-2) kerana peranannya yang penting dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan negeri menerusi peluang jaringan industri, pendedahan pasaran dan pembangunan kapasiti usahawan.
YB Mohd Najwan turut menekankan kejayaan kerjasama strategik antara SAY dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang dimeterai pada September 2025. Kerjasama tersebut telah membuka laluan lebih luas kepada peserta SAY ASPIRE untuk meneroka peluang eksport di peringkat antarabangsa.
“Melalui Misi Pecutan Eksport ke Filipina dan Vietnam tahun lalu, lima syarikat tempatan iaitu Drims Trading, Gritz, MTO Resources, Boohaci Infinity dan Lotus Cofy berjaya menyertai lima lawatan pasaran strategik serta lapan sesi pertemuan perniagaan berprofil tinggi yang menghasilkan potensi jualan bernilai USD2.5 juta,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada MATRADE, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penaja serta rakan strategik yang terus menyokong pembangunan usahawan eksport Selangor.
Penganjuran SAY ASPIRE Edisi Ketujuh membuktikan komitmen berterusan DYTM Raja Muda Selangor dan pihak SAY dalam melahirkan generasi usahawan yang berdaya saing, berdaya tahan dan mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri serta negara.
Untuk edisi kali ini, sebanyak 10 syarikat telah dipilih untuk bersaing dalam Pusingan Akhir Liga Usahawan Eksport Selangor (SAY ASPIRE) 2026. Setiap peserta dinilai berdasarkan inovasi produk, potensi eksport, strategi perniagaan dan kebolehskalaan syarikat.
Sesi pembentangan akhir telah dinilai oleh panel juri yang terdiri daripada wakil kerajaan dan pemain industri terkemuka, iaitu:
Mengakhiri ucapannya, YB Mohd Najwan menyeru para usahawan agar memanfaatkan sepenuhnya peluang yang disediakan melalui SAY ASPIRE bagi memperkukuh kedudukan perniagaan mereka di pasaran global.
“Eksport bukanlah satu perjalanan yang boleh dicapai dalam tempoh singkat. Ia memerlukan kesungguhan, ketekunan dan daya tahan yang tinggi. Kerajaan Negeri Selangor akan terus komited menyokong usahawan tempatan dalam usaha membawa produk Selangor ke pentas dunia,” katanya.
Rehla telah berjaya memenangi tempat pertama pada pertandingan ini dengan membawa pulang trofi dan wang sebanyak RM10,000.00.
MENGENAI SELANGOR YOUTH COMMUNITY (SAY)
Selangor Youth Community (SAY) telah diasaskan oleh DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor pada tahun 2017. SAY merupakan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, bukan politik dan bukan kerajaan yang berusaha melahirkan belia yang dinamik serta progresif di negeri Selangor.
Berdasarkan kajian dan bengkel yang dijalankan bersama Boston Consulting Group, SAY memberi tumpuan kepada empat teras utama iaitu Keusahawanan, Sukan dan Kesejahteraan, Seni dan Kreativiti serta Khidmat Masyarakat.
Sehingga tahun 2025, SAY telah memberi impak positif kepada lebih 252,000 belia di Selangor dan seluruh Malaysia menerusi lebih 387 inisiatif dan program. Usaha ini telah menghasilkan Pulangan Sosial atas Pelaburan (SROI) sebanyak 1:1.74, yang menunjukkan bahawa bagi setiap RM1 yang dilaburkan, RM1.74 nilai sosial berjaya dijana untuk masyarakat.

• DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor
• Wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN)
• YBrs. Encik Mansor Shah Wahid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Eksport), MATRADE
• YBrs. Puan Low Ngai Yuen, Pengarah Urusan, AEON 360 Sdn. Bhd.
• Wakil industri dan sektor korporat

Comments
Post a Comment