AEON MALL Raikan Kepelbagaian Budaya Malaysia Menerusi Kempen Mid-Autumn “Cherish Reunions”



 

AEON MALL Malaysia menyemarakkan sambutan Festival Pertengahan Musim Luruh tahun ini menerusi kempen “Cherish Reunions”, sebuah inisiatif yang bukan sahaja meraikan tradisi masyarakat Cina, malah mengangkat keunikan budaya dan cita rasa Malaysia dalam suasana penuh kemesraan dan kebersamaan.

Dilancarkan pada 12 September 2026 di AEON MALL Bukit Tinggi, kempen ini merupakan hasil kerjasama strategik antara AEON MALL, Tourism Malaysia, JDX dan Tea Garden, sejajar dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026) untuk mempromosikan warisan budaya tempatan kepada masyarakat dan pelancong antarabangsa.

Mengangkat tema “Different Flavours. One Malaysia. One Reunion.”, kempen ini memberi nafas baharu kepada sambutan Mid-Autumn dengan menampilkan sentuhan Malaysia yang lebih dekat di hati rakyat. Ia bukan sekadar perayaan menikmati kuih bulan dan mengagumi keindahan tanglung, tetapi juga sebuah platform yang menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang melalui makanan, budaya dan nilai kekeluargaan yang menjadi asas keharmonian negara.

Sebagai destinasi pilihan untuk meraikan musim perayaan ini, AEON MALL menawarkan lebih daripada 160 jenama kuih bulan di seluruh rangkaiannya di Malaysia. Daripada resipi tradisional yang menjadi kegemaran turun-temurun hinggalah kepada inovasi moden yang diinspirasikan oleh cita rasa tempatan, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai pilihan unik yang mencerminkan kepelbagaian gastronomi negara.

Antara jenama yang mengambil inspirasi daripada rasa tempatan termasuk JDX, Duria, The Full Basket, Oriental Kopi, Yu Ai, Oversea, Tai Thong, Huats Up dan Foh San, yang menawarkan pilihan kuih bulan halal serta perisa-perisa istimewa yang meraikan identiti Malaysia. Inisiatif ini memberi peluang kepada pelanggan dan pelancong untuk mengenali negara bukan sahaja melalui destinasi pelancongan terkenal, tetapi juga melalui warisan kulinari dan tradisi perayaannya.


Kerjasama bersama Tourism Malaysia turut memperkukuhkan kedudukan Festival Pertengahan Musim Luruh sebagai salah satu pengalaman pelancongan budaya yang menarik sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2026. Ia menonjolkan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, di mana setiap perayaan diraikan bersama dalam semangat hormat, perpaduan dan kebersamaan.


Encik Azmi Bin Abdullah, Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia menerima saguhati daripada pihak AEON MALL

Dengan 27 AEON MALL di seluruh negara, orang ramai boleh menikmati kemeriahan sambutan ini dengan lebih mudah dan dekat dengan komuniti masing-masing. Pelbagai aktiviti menarik turut disusun sepanjang kempen berlangsung, termasuk persembahan kebudayaan, demonstrasi kaligrafi Cina, bengkel pembuatan tanglung, sesi Meet & Greet bersama DJ serta aktiviti interaktif yang sesuai untuk semua peringkat usia.

Selain pengalaman membeli-belah dan aktiviti kekeluargaan, AEON MALL turut menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif kepada pelanggan. Pemegang kad UOB yang berbelanja minimum RM150 bagi pembelian produk kuih bulan menerusi dua resit gabungan pada hari yang sama layak menebus Baucar Hadiah AEON bernilai RM20.


Pengunjung juga berpeluang mendapatkan Set Hadiah Edisi Terhad AEON MALL × Souper Tang, yang boleh ditebus dengan perbelanjaan minimum RM400 bagi ahli AEON atau pemegang kad UOB, manakala pelanggan lain boleh menikmati tawaran tersebut dengan perbelanjaan minimum RM600 melalui tiga resit gabungan pada hari yang sama.

Bagi menambahkan lagi kemeriahan sambutan, kempen Mid-Autumn Spend & Win menawarkan peluang kepada 50 pemenang bertuah untuk membawa pulang produk Mid-Autumn edisi terhad daripada Tea Garden.

Melalui kempen “Cherish Reunions”, AEON MALL membuktikan bahawa sambutan Festival Pertengahan Musim Luruh mampu menjadi medium yang menyatukan masyarakat, mengeratkan hubungan kekeluargaan serta memperkenalkan keindahan budaya Malaysia kepada dunia. Lebih daripada sekadar sebuah perayaan, ia merupakan sebuah pengalaman yang mengajak semua untuk menghargai detik kebersamaan, mencipta kenangan indah dan meraikan semangat perpaduan yang menjadi kebanggaan negara.


Comments