Ebright Sasar 30 Cawangan Selepas Cipta Lebih 2,000 Peluang Pekerjaan Pengasas: Kemahiran Insaniah Semakin Penting Dalam Era AI

CYBERJAYA, 24 Ogos — Ebright Public Speaking Academy (Ebright), akademi pengucapan awam untuk kanak-kanak terbesar di Malaysia, menyasarkan untuk mengembangkan operasinya kepada 30 cawangan tahun ini sempena ulang tahun ke-10 penubuhannya.

Ditubuhkan pada 2016, akademi berkenaan meneruskan usaha pengembangan susulan peningkatan permintaan dalam kalangan ibu bapa di Malaysia terhadap penguasaan komunikasi Bahasa Inggeris dan kemahiran pengucapan awam yang lebih baik.

Setakat ini, Ebright telah mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan menerusi rangkaiannya, merangkumi jawatan dalam bidang pendidikan, pentadbiran serta pelbagai fungsi operasi lain.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ebright, Kevin Khoo, berkata perkembangan positif berkenaan turut mengambil kira kedudukan Malaysia dalam EF English Proficiency Index 2025, yang meletakkan negara di tempat pertama di Asia dan ke-24 di peringkat global bagi penguasaan Bahasa Inggeris, dengan skor 581.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ebright, Kevin Khoo semasa berucap pada Malam Gala Ulang Tahun ke-10 Ebright yang diadakan di Cyberjaya.

“Saya melihat persekitaran berbilang bahasa di Malaysia sebagai satu kelebihan besar. Keupayaan kita untuk berkomunikasi dalam pelbagai bahasa membolehkan rakyat Malaysia berhubung dengan individu daripada pelbagai budaya, pasaran dan latar belakang.”

“Ini merupakan satu kemahiran yang amat bernilai, khususnya ketika dunia perniagaan semakin berkembang secara global,” katanya ketika berucap pada Malam Gala Ulang Tahun ke-10 Ebright yang diadakan di Tamarind Square.

 Ebright Public Speaking Academy meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya tahun ini dengan kehadiran lebih 200 tetamu. Dari kiri: Kevin Khoo, Pengasas dan CEO Ebright Public Speaking Academy; dan Dato’ George Tomas, CEO MAB.

Dalam menghadapi perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI), Kevin berkata keupayaan unik manusia seperti pengucapan awam yang berkesan, keupayaan berkomunikasi dengan jelas dan berkesan serta kepimpinan pemikiran akan menjadi semakin penting dalam membezakan generasi muda daripada rakan sebaya mereka.

Katanya, pengalaman akademi dalam membimbing lebih 30,000 pelajar setakat ini mengukuhkan kepentingan untuk membangunkan kemahiran berkenaan seiring dengan kemajuan teknologi.

“Walaupun AI terus berkembang, keupayaan untuk berkomunikasi secara autentik, menyampaikan idea dengan jelas dan menunjukkan kepimpinan pemikiran akan kekal sebagai keupayaan unik manusia yang dapat membezakan generasi muda daripada rakan sebaya mereka,” katanya.

Menghadapi perubahan pesat dalam landskap teknologi, Kevin berkata Ebright kekal komited untuk terus memperkasa kurikulum dan program Pendidikannya bagi membina keyakinan dalam kalangan kanak-kanak, di samping menerapkan AI, inovasi dan teknologi dalam pembelajaran.

Sempena sambutan ulang tahun ke-10 penubuhannya, Ebright turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).

“Sumbangan RM10,000 ini akan disalurkan secara langsung kepada pelaksanaan pelbagai program kerjasama bermakna bersama MAB. Selain itu, sebahagian daripada sumbangan ini akan diperuntukkan bagi mewujudkan peluang menjana pendapatan dengan melibatkan golongan profesional daripada MAB dalam program-program kami, sekali gus menyokong kehidupan mereka secara bermaruah serta menghargai kemahiran dan kepakaran yang dimiliki,” katanya.

Ebright memulakan kerjasama tanggungjawab sosial dengan MAB pada 2023, dengan menyediakan platform kepada pelajar MAB untuk mengembangkan kemahiran pengucapan awam serta mengekspresikan diri dengan lebih yakin.

Sejak itu, akademi berkenaan terus menyokong pelajar MAB menerusi penganjuran sesi pengucapan awam secara bulanan, disokong oleh kurikulum dan program pengajaran yang dirangka khas bagi memberi mereka peluang untuk bersuara, berkongsi pengalaman serta berinteraksi dengan masyarakat secara lebih meluas.

“Kami percaya setiap suara berhak untuk didengari. Akademi kami sentiasa berusaha menyediakan latihan pengucapan awam secara profesional kepada semua individu supaya mereka dapat meningkatkan keyakinan diri, berkongsi kisah mereka secara terbuka dan membantu merapatkan jurang antara mereka dengan masyarakat,”


Mengenai Ebright Public Speaking Academy 

Ditubuhkan pada 2016, Ebright merupakan akademi pengucapan awam terkemuka di Malaysia yang menyediakan latihan komunikasi untuk kanak-kanak dan golongan belia. Setakat ini, Ebright telah memperkasa lebih 30,000 pelajar di seluruh negara menerusi program komunikasi yang tersusun dan berfokuskan pembinaan keyakinan diri, bagi melahirkan generasi pemimpin muda yang berdaya tahan, petah berkomunikasi dan bersedia menghadapi masa depan. Menerusi inisiatif inklusif serta penyertaan dalam platform pertandingan di peringkat antarabangsa, Ebright terus memperjuangkan kepercayaan bahawa setiap suara berhak untuk didengari.

Laman Web Rasmi: https://www.ebright.my/  

FaceBookRasmi: https://www.facebook.com/ebrightpublicspeaking/ 

InstagramRasmi: https://www.instagram.com/ebrightpublicspeaking/ 


Comments