Sajian Imbauan Desa: Gajah Tiga X Farmer Village Mempersembahkan Lebih 70 Menu Warisan Melayu Istimewa Untuk Seisi Keluarga Ramadan Ini!


Sajian Imbauan Desa: Gajah Tiga X Farmer Village Mempersembahkan Lebih 70 Menu Warisan Melayu Istimewa Untuk Seisi Keluarga Ramadan Ini!


Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, dua restoran terkenal Gajah Tiga dan Farmer Village buat julung kalinya bergabung dalam mempersembahkan Sajian Imbauan Desa dalam hidangan buffet berbuka puasa.


Istimewanya, dalam buffet Ramadan Sajian Imbauan Desa itu bakal mempersembahkan lebih 70 hidangan warisan Melayu yang pastinya menggamit kenangan setiap kali berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan.



Sajian Imbauan Desa terdiri daripada masakan tradisional Melayu ala kampung yang semestinya dekat dengan selera pelanggan sempena Ramadan ini.


Antaranya adalah ‘signature’ Cucur Udang Gajah Tiga, serta menu-menu utama popular Gajah Tiga seperti Rendang Tok, Ayam Masak Lemak Cili Api, Gulai Daging Kawah, Sate Ayam dan Daging, Tempoyak Pucuk Ubi, Kambing Golek dan banyak lagi.




Selain hidangan utama, Sajian Imbauan Desa juga turut menyediakan menu-menu sampingan lain antaranya menu Pembuka Selera seperti Gado-Gado, pelbagai aneka kerabu termasuk Kerabu Pegaga, Kerabu ikan bilis dan banyak lagi.



Menariknya juga, terdapat hampir 20 menu aneka kuih tradisional dan pencuci mulut yang lazat seperti Pengat Pisang, Bubur Pulut Hitam, Coconut Brownies, Roti Jala, Cucur Jawa, Bingka Ubi, Talam Cendol, Aneka Rojak Buah, Aiskrim dan banyak lagi.


Pengasas Farmer Village, Dato’ Peter Ng berkata kerjasama mereka dengan Gajah Tiga itu bertujuan untuk memberikan pelbagai variasi pilihan buat pengunjung dan pelanggan restoran mereka.


“Kerjasama ini terjalin dengan hasrat untuk memberikan variasi yang lebih unik dan menarik kepada para pengunjung, menggabungkan kepakaran kedua-dua belah pihak.

”Ini merupakan kali pertama Farmer Village menganjurkan Buffet Ramadan. Kami mengetengahkan konsep bertemakan Suasana Bazar Ramadan bagi menggamit memori dan kemeriahan bulan puasa,” katanya.


“Kami menyasarkan Farmer Village sebagai lokasi rekreasi yang boleh dinikmati oleh tiga generasi serentak yang menawarkan gabungan makanan, minuman, dan persekitaran yang santai untuk seisi keluarga,” kongsinya.




Sementara itu Pengarah Syarikat Gajah Tiga, Nazri Hendra berharap gabungan mereka dapat sama-sama menaikkan nama kedua-dua restoran itu


“Gajah Tiga Cafe, di bawah naungan Gajah3 Foods Sdn Bhd, bermula dgn kumpulan kecil yang mempunyai semangat dan minat yang sama serta memartabatkan masakan tradisional melayu dan memberi nafas baru melalui R&D.



“Gabungan ini bermula dengan idea dari Dato’ Peter untuk mencari “partner” yang mempunyai matlamat yang sama untuk Ramadan kali ini.


“Saya harap dengan kerjasama ini dapat menaikkan nama Gajah Tiga dan Farmer Village dalam arena masakan melayu,” ujarnya.


Buffet Ramadan Sajian Imbauan Desa bakal bermula pada awal Ramadan iaitu 23 Februari 2026. Harga seorang bermula dari RM78 hingga RM128 namun 1000 pelanggan yang membuat tempahan terawal bakal menikmati harga istimewa ‘early bird’ serendah RM68 hingga RM98.


Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi nombor 012-725 9113 / 012-747 9113 atau tekan link Message Farmer Village di WhatsApp.

https://wa.me/message/RUP34T3L32FPB1



Info Farmer Village


Syarikat ini diasaskan oleh Dato’ Peter Ng, seorang pemaju hartanah yang berpengalaman. Pembangunan ini terletak di atas tanah seluas 60 ekar; di mana 10 ekar dikhaskan untuk pembangunan Farmer Village, manakala baki kawasan diperuntukkan untuk pembangunan pangsapuri dan ruang komersial. Entiti ini juga berkait rapat dengan jenama Uncle Farmer.


Info Gajah Tiga


Gajah Tiga Cafe bermula dengan visi untuk menyediakan makan tempatan yang lazat, dalam suasana yang tenang dan selesa. Bermula pada tahun 2014 di Taman Maluri, Gajah Tiga kemudian berpindah lokasi ke Hotel Maluri.
Kini, Gajah Tiga menyediakan lebih daripada 100 jenis makanan dan minuman setiap hari.





Comments