Gurindam Rasa di IRAMA Signature Putrajaya Ketika Warisan Melayu Bertemu Sentuhan Elegan Ramadan

Ada sesuatu tentang Ramadan yang sukar diterjemahkan dengan kata kata. Saat azan maghrib hampir berkumandang, meja makan mula dipenuhi hidangan, wajah wajah yang kita sayang duduk berdekatan, dan aroma rempah ratus memenuhi ruang. Semuanya terasa syahdu dan penuh makna.

Ramadan bukan sekadar tentang berbuka. Ia tentang kembali kepada rasa. Kembali kepada kenangan. Kembali kepada tradisi yang membesarkan kita.

Di tengah suasana moden dan tenang di Putrajaya, saya menemukan satu pengalaman berbuka yang bukan hanya mengenyangkan perut tetapi juga menyentuh jiwa. Gurindam Rasa di IRAMA Signature yang terletak di Symphony Walk, Ground Floor, IOI City Mall benar benar membawa makna itu.

Apa yang membuatkan pengalaman ini istimewa ialah cara IRAMA Signature menghidupkan kembali resipi tradisi Melayu dalam bentuk yang lebih kontemporari tanpa menghilangkan rohnya. Setiap hidangan terasa seperti diolah dengan penuh teliti, bukan sekadar untuk dipamerkan tetapi untuk dinikmati dengan hati.

Bayangkan gulai yang pekat berempah, dimasak perlahan sehingga segala rasa menyatu sempurna. Bayangkan sambal hijau yang pedasnya cukup membangkitkan selera selepas seharian berpuasa. Bayangkan masak lemak yang lembut berkrim tetapi menggunakan potongan wagyu premium yang jarang ditemui dalam sajian tradisional.


Gulai Kepala Ikan Jenahak tampil dengan kuah yang kaya dan cukup seimbang rempahnya. Wagyu Masak Lemak pula menghadirkan gabungan tradisi dan kemewahan dalam satu pinggan. Sotong Sambal Hijau Petai memberikan rasa pedas yang menyengat lembut namun tidak keterlaluan, cukup untuk membuatkan kita menambah nasi tanpa sedar.

Secara keseluruhan, lebih 50 pilihan hidangan disediakan daripada lauk kampung, ulam ulaman segar, aneka kuih tradisional hinggalah ke pencuci mulut yang manisnya sederhana. Ia bukan buffet yang terlalu sarat dengan pilihan semata mata. Setiap hidangan terasa curated dan ada cerita tersendiri.

Melangkah masuk ke ruang makan IRAMA Signature, suasananya terus memberi rasa eksklusif tetapi masih mesra. Konsep dalaman moden klasik ini cukup selesa untuk keluarga, rakan rakan mahupun majlis korporat. Ruangnya luas dan mampu menampung sehingga 150 tetamu dalam satu masa. Tiga bilik makan peribadi turut disediakan bagi mereka yang inginkan suasana lebih intim untuk berbuka bersama orang tersayang atau rakan sekerja.

Untuk Ramadan ini, IRAMA Signature menawarkan semi buffet pada harga RM78+ untuk dewasa dan RM58+ untuk kanak kanak. Dengan kualiti bahan, suasana elegan dan pilihan menu berasaskan warisan Melayu yang ditawarkan, ia satu pilihan yang sangat berbaloi terutama bagi mereka yang mencari pengalaman berbuka yang lebih eksklusif tetapi masih dekat dengan jiwa tradisi.

Ramadan adalah tentang kebersamaan. Tentang rasa yang dikongsi dan kenangan yang tercipta di sekeliling meja makan. Di IRAMA Signature, Gurindam Rasa terasa seperti sebuah perjalanan pulang bukan sekadar ke kampung halaman tetapi ke akar budaya yang membentuk siapa kita hari ini.

Di sebalik keindahan ruang dan keenakan hidangan ini, tersimpan sebuah perjalanan yang panjang. IRAMA Signature adalah sebahagian daripada Irama Dining Group, sebuah kumpulan hospitaliti yang diasaskan pada tahun 2015 di George Town. Diasaskan oleh Arshad Kamarulzaman, visi beliau sejak awal adalah jelas iaitu memlihara roh masakan Melayu dan mengangkatnya ke satu tahap yang lebih tinggi tanpa menghilangkan identiti asal.

Bermula dengan kecintaan terhadap warisan kulinari tempatan, perjalanan Irama Dining Group berkembang sedikit demi sedikit. Dari sebuah idea untuk menampilkan rasa tradisi dalam suasana lebih moden, ia akhirnya melahirkan beberapa restoran di bawah jenama IRAMA yang masing masing mempunyai identiti tersendiri. IRAMA Signature pula hadir sebagai kemuncak kepada visi tersebut adalah ruang yang menghimpunkan hidangan terbaik daripada rangkaian IRAMA dalam satu destinasi utama.


Idea untuk mewujudkan IRAMA Signature tercetus daripada keinginan untuk menyediakan satu tempat yang bukan sekadar restoran, tetapi sebuah rumah kepada cerita, rasa dan memori. Sebuah ruang di mana generasi lama dan baru boleh duduk semeja, menikmati hidangan tradisi dalam suasana yang lebih elegan dan kontemporari. Di sinilah warisan tidak sekadar dikenang, tetapi diraikan.


Ramadan adalah tentang kebersamaan. Tentang rasa yang dikongsi dan kenangan yang tercipta di sekeliling meja makan. Di IRAMA Signature, Gurindam Rasa terasa seperti sebuah perjalanan pulang bukan sekadar ke kampung halaman tetapi ke akar budaya yang membentuk siapa kita hari ini.


Jika anda sedang mencari lokasi berbuka puasa yang lebih bermakna di Putrajaya, mungkin inilah tempatnya.

Tempahan boleh dibuat melalui WhatsApp di +6019 457 8163.



Ruang Di Mana Kemewahan Moden Bertemu Warisan Malaysia



Selami IRAMA Signature, di mana keanggunan kontemporari berpadu dengan kehangatan hospitaliti Malaysia. Setiap sudut ruang yang direka dengan teliti ini mencerminkan keselesaan, kemewahan, dan meraikan identiti budaya. Potret IRAMA sebagai fokus utama berfungsi sebagai penghormatan visual kepada warisan Malaysia sambil menceritakan kisah IRAMA itu sendiri.


Tetamu boleh menikmati pengalaman bersantap yang serba fleksibel, sama ada di dalam atau kawasan terbuka. Dengan kapasiti sehingga 150 tetamu, IRAMA Signature sesuai untuk santapan santai, perayaan, atau majlis yang lebih besar. Untuk acara yang lebih eksklusif, tiga bilik makan peribadi menyediakan ruang sempurna bagi mesyuarat korporat, majlis keluarga, atau sambutan intim. Setiap perincian telah dipilih untuk mencipta pengalaman yang autentik, elegan, dan jelas Malaysia.


“Sejak awal lagi, misi kami adalah untuk mengekalkan jiwa masakan Melayu sambil membawanya dengan cara yang relevan untuk para pengunjung masa kini,” kata Arshad Kamarulzaman, Pengasas Irama Dining Group (IDG).


“IRAMA Signature adalah penzahiran impian itu, sebuah rumah di mana kisah kulinari, tradisi, dan inspirasi kami bersatu. Kami amat berterima kasih atas sokongan yang membolehkan visi ini menjadi kenyataan, dan kami menantikan untuk menyambut tetamu ke dalam ruang yang terasa biasa tetapi luar biasa,” tambah Ikhwan Siru, Pemilik Bersama IRAMA Signature IOI City Mall Putrajaya.


Lokasi: Lot GE-11, Symphony Walk, Tingkat Bawah, IOI City Mall Putrajaya

Ikuti kami di media sosial:





Comments