Buffet Ramadan 2026 Di Saloma Indahkan Malam Kuala Lumpur

Saloma Kuala Lumpur Angkat Tema Ramadan 2026

“Di Bawah Langit Yang Sama” Menyemai Kebersamaan, Kemanusiaan & Kesyukuran

KUALA LUMPUR | 4 Februari 2026 (Khamis)

Saloma Kuala Lumpur memperkenalkan konsep Ramadan 2026 bertemakan “Di Bawah Langit Yang Sama”, sebuah pendekatan bermakna yang mengangkat nilai kebersamaan, kesederhanaan dan kemanusiaan, selari dengan roh sebenar bulan Ramadan.

Menurut Presiden Saloma Kuala Lumpur, Datin Sri Dr. Riza Dato’ Che Umar, tema ini membawa mesej penyatuan yang merentas perbezaan latar belakang, budaya dan kepercayaan.

RUANG TERBUKA YANG LEBIH INKLUSIF & MESRA RAMADAN

Seiring dengan tema yang diketengahkan, Saloma Kuala Lumpur memperkenalkan ruang berbuka puasa di kawasan luar restoran, menawarkan suasana yang lebih santai, terbuka dan inklusif. Pendekatan ini bertujuan mewujudkan pengalaman berbuka yang bukan sekadar berfokus kepada hidangan, tetapi juga ruang untuk berkumpul, berehat dan menghayati keindahan Ramadan.

Bagi melengkapkan pengalaman ini, Saloma turut menyediakan ruang khas untuk solat dan tarawih, membolehkan para tetamu menunaikan ibadah dengan tenang dan khusyuk tanpa perlu meninggalkan suasana berbuka dengan tergesa-gesa.

KEPELBAGAIAN CITARASA, SATU MEJA, SATU LANGIT


Konsep Ramadan 2026 di Saloma Kuala Lumpur turut meraikan kepelbagaian citarasa sebagai simbol keharmonian masyarakat majmuk Malaysia. Dalam satu ruang berbuka, para tetamu berpeluang menikmati sajian Melayu, Cina, India, Arab dan Jepun — melambangkan keterbukaan, saling menghormati serta kekayaan budaya negara.

Saloma percaya bahawa makanan adalah bahasa penyatuan, dan di bawah satu langit, kepelbagaian rasa diraikan sebagai simbol kebersamaan.

LIVE COOKING & LIVE STALL HIDUPKAN SUASANA RAMADAN

Pengalaman berbuka puasa Ramadan 2026 di Saloma Kuala Lumpur dimeriahkan dengan konsep live cooking dan live stall, yang menghidupkan kembali suasana tradisi Ramadan yang autentik dan penuh kehangatan.


Antara tarikan utama termasuk:

  • Live stall kambing bakar
  • Sajian panggang segar
  • Pelbagai hidangan panas yang disediakan secara langsung


Pendekatan ini membolehkan tetamu menikmati hidangan segar sambil merasai kemeriahan berbuka puasa secara bersama.

MENU ISTIMEWA RAMADAN 2026







Antara hidangan pilihan istimewa yang ditawarkan sepanjang Ramadan termasuk:

  1. Nasi Kambing Kebuli
  2. Udang Lemak Daun Chekur
  3. Ais “Teller” Pak Belalang
  4. Mee Udang Tergolek
  5. Bubur Lambuk Rusuk Kiri

HOSPITALITI BERTERASKAN NILAI & EMPATI

Di Saloma Kuala Lumpur, hospitaliti ditakrifkan sebagai menyediakan ruang yang inklusif dan mesra untuk semua  daripada meja makan hingga ke ruang ibadah. Ramadan menjadi medan untuk menyemai empati, kesederhanaan dan perkongsian rezeki.

Saloma Kuala Lumpur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pasukan, rakan kerjasama, vendor serta para tetamu yang terus mempercayai Saloma sebagai destinasi berbuka puasa yang menyatukan budaya, rasa dan nilai Ramadan.

Maklumat Lanjut & Tempahan Ramadan

Untuk pertanyaan harga buffet dan bagi mendapatkan harga ‘early bird’ special bolehlah menghubungi:

Saloma Kuala Lumpur

📞 1700 828 576


#salomakl

#buffetramadan2026


Comments