ST Rosyam Mart Jakel Square Angkat Konsep Pasar Raya Borong Halal Bertaraf Lima Bintang


ST Rosyam Mart anjurkan lawatan pasar raya sulung bersama media di Jakel Square
Raikan pemenang-pemenang Misi Mencari Raja Konten  

Rakan-rakan media semasa lawatan sulung pasar raya ST Rosyam Mart Jakel Square, Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 28 Januari 2026 — ST Rosyam Mart milik Kumpulan Sri Ternak, pasar raya borong Halal 24 jam yang dipercayai di Malaysia, menganjurkan Lawatan Pasar Raya pertamanya bersama media semalam di cawangan Jakel Square, sekali gus memberi peluang eksklusif kepada wakil media untuk melihat dengan lebih dekat konsep pasar raya, rangkaian produk yang luas serta komitmen terhadap penawaran harga mampu milik untuk rakyat Malaysia dan pelancong. 


Cawangan Jakel Square, yang merupakan pasar raya kesembilan ST Rosyam Mart dan yang kedua di ibu negara, telah dibuka secara rasmi pada 17 Disember 2025. Berkeluasan 50,000 kaki persegi, ia menampilkan buat pertama kalinya zon ‘Malaysia Selection’ yang menghimpunkan snek, minuman, hadiah dan cenderamata buatan Malaysia, di samping kawasan barangan borong, ST kafe, kaunter layan diri, serta kaunter khidmat pelanggan. Pasar raya ini direka bagi menawarkan pengalaman membeli-belah borong 24 jam yang selesa, mudah dan lancar.

Sepanjang lawatan, para media meneroka beberapa bahagian utama termasuk hasil segar, produk sejuk beku dan daging, barangan keperluan rumah, serta produk berjenama selebriti, yang disusun dalam susun atur mesra pelanggan bagi mengukuhkan janji ST Rosyam Mart: “Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat.”

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Dato’ Raymond Ho Cheng Hann, berkata, “Kami amat berbesar hati mengalu-alukan rakan-rakan media ke ST Rosyam Mart Jakel Square, di mana rakyat Malaysia dan pelancong dapat menikmati destinasi membeli-belah sehenti yang menggabungkan kemudahan, harga berpatutan serta penghargaan terhadap produk tempatan. Matlamat kami jelas, iaitu membantu individu dan perniagaan menjimatkan wang, menjimatkan masa dan menikmati kehidupan yang lebih baik. Kami berharap lawatan hari ini membolehkan pihak media berkongsi mengenai ST Rosyam Mart ke seluruh negara.”

Turut hadir ialah Datuk Rosyam Nor, Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd, yang membawa wakil media melawat keunikan pasar raya tersebut seperti zon Malaysia Selection, Celebrity Corner, kaunter layan diri serta 21 Perkhidmatan Percuma, serta merakamkan penghargaan kepada pihak media atas sokongan terhadap pembukaan dan perkongsian pengalaman ST Rosyam Mart Jakel Square bersama rakyat Malaysia.

Lawatan ini diakhiri dengan Majlis Penyampaian Hadiah Misi Mencari Raja Konten, yang meraikan para pemenang pertandingan penciptaan kandungan anjuran pasar raya ini sempena pembukaan Jakel Square. Para peserta menghasilkan video berdurasi satu minit yang mengetengahkan acara majlis pembukaan, persekitaran pasar raya, Malaysia Selection, kelebihan menjadi ST Member dan pelbagai lagi.


Hadiah utama berjumlah RM10,000 telah dimenangi oleh Muhamad Suhaimi Mohamad Kabid, 32, seorang pencipta kandungan dari Kuala Lumpur. Beliau berkongsi bahawa penghasilan videonya agak mencabar berikutan keadaan lokasi yang sesak serta proses penyuntingan yang dilakukan hingga lewat malam, dan mendedikasikan kemenangan tersebut kepada isterinya atas sokongan tidak berbelah bahagi. Lima pemenang lain masing-masing menerima RM2,000 setiap seorang bagi kategori Paling Banyak ‘Likes’, Paling Banyak ‘Engagement’ [Komen + Share], Paling Kelakar/Menghiburkan, ‘Editing’ Paling Kreatif, dan Konten ‘Education’ Terbaik, sekali gus mencerminkan komitmen ST Rosyam Mart dalam menyokong bakat tempatan.

Datuk Rosyam Nor berkata, “Kami amat gembira melihat rakyat Malaysia menonjolkan kreativiti mereka menerusi pertandingan Misi Mencari Raja Konten. Para pemenang benar-benar mengagumkan kami dengan kandungan yang kreatif serta inovatif, dan kami berbangga dapat meraikan bakat tempatan sambil berinteraksi dengan pelanggan secara menyeronokkan dan interaktif.”

Senarai Pemenang Misi Mencari Raja Konten ST Rosyam Mart

Kategori

Hadiah

Nama Penuh

Media Sosial

Hadiah Utama - Raja Konten

RM10,000 tunai

Muhamad Suhaimi Mohamad Kabid

TikTok Link

Hadiah Saguhati / 5 Pemenang

Paling Banyak ‘Likes’

RM2,000  tunai

Mohamad Ieman Iezqill Mustafa Kamal

TikTok Link

Paling Banyak Engagement [Komen + Share]

RM2,000  tunai

Nur Azroy Amirzan

TikTok Link

Paling Kelakar/Menghiburkan

RM2,000  tunai

Cedric Loo Jun Jie

TikTok Link

‘Editing’ Paling Kreatif

RM2,000  tunai

Muhammad Shazwan Jamal

TikTok Link

Konten ‘Education’ Terbaik

RM2,000  tunai

Ainul Mardiah Azman

TikTok Link

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Sri Ternak dan ST Rosyam Mart, layari laman web: https://www.sriternak.com/,  serta platform media sosial Facebook, Instagram, dan TikTok







Dato’ Raymond Ho, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Sri Ternak; dan Datuk Rosyam Nor, Pengarah ST Rosyam Mart, membawa rakan media melawat pasar raya. ST Rosyam Mart Jakel Square, Kuala Lumpur

Pemenang Misi Mencari Raja Konten ST Rosyam Mart, sebuah pertandingan penciptaan kandungan yang diadakan sempena pembukaan rasmi  ST Rosyam Mart Jakel Square, Kuala Lumpur.


Dari kiri: Alan Ho, Pengarah Eksekutif, Kumpulan Sri Ternak; Dato’ Raymond Ho, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Sri Ternak; Pemenang Hadiah Utama Raja Konten, Muhamad Suhaimi Mohamad Kabid (ketiga dari kiri), yang memenangi RM10,000 tunai; dan Datuk Rosyam Nor, Pengarah ST Rosyam Mart.


Mengenai Kumpulan Sri Ternak

Dengan dedikasi dan inovasi selama 46 tahun, Kumpulan Syarikat Sri Ternak telah berkembang daripada permulaan pertanian sederhana menjadi rangkaian pasar raya borong terkemuka 24 jam. Didorong oleh kepimpinan generasi kedua dan diperkukuh melalui kerjasama dengan selebriti Datuk Rosyam Nor, Kumpulan ini mengendalikan sejumlah 14 cawangan; 02 Sri Ternak, 09 ST Rosyam Mart termasuk ST Rosyam Mall, dan 3 Ehsan Mart. Dengan 3,000+ orang pekerja dan disokong oleh kemudahan pemprosesan dalaman, visi Sri Ternak adalah untuk "Membantu Orang Ramai dan Perniagaan Menjimatkan Wang, Masa untuk Hidup Lebih Baik",


Mengenai ST Rosyam Mart

Pada 2018, Kumpulan Syarikat Sri Ternak bekerjasama dengan selebriti Malaysia Datuk Rosyam Nor untuk meluncurkan ST Rosyam Mart, sebuah pasar raya borong moden 24 jam yang menawarkan produk berkualiti pada harga borong. Hari ini, jenama itu mengendalikan sembilan cawangan dan terus berinovasi dengan konsep pusat beli-belah baharunya, menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan yang luas untuk semua peringkat umur dan gaya hidup. Dengan motonya, “Berbelanja Di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat!”, ST Rosyam Mart komited untuk membeli-belah yang berpatutan, mudah, dan berkualiti tinggi, 24/7 untuk rakyat Malaysia.




Comments