Kulit Lebih Sihat & Hydrated: Pengalaman Saya di The Beauty Expert Academy Spa Cheras 8. Self Reward Day Saya Berakhir Dengan Kul

Rahsia Glow Natural Tanpa Over: Pengalaman Skin Booster Micro Stem Cell DNA Salmon





Ada masa tertentu dalam hidup, kita cuma perlukan satu ruang untuk berhenti seketika… tarik nafas panjang dan beri sedikit penghargaan kepada diri sendiri. Itulah perasaan pertama yang saya rasa sebaik melangkah masuk ke The Beauty Expert Academy Spa Cheras.


Suasana salonnya sangat menenangkan apabila melihat dekorasi moden tetapi lembut di mata, dengan sentuhan elegan yang buatkan hati terus rasa selesa. Sebelum rawatan bermula, saya dihidangkan teh panas di dalam teko yang cantik. 



Nampak kecil, tapi layanan sebegini benar-benar buat saya rasa dihargai dan rileks sepenuhnya. Selepas itu kita juga boleh memilih aroma untuk digunakan sepanjang sesi rawatan itu nanti. Menarik sangat.. banyak pilihan.. semuanya bau bauan yang menenangkan… 



Sejujurnya, tujuan asal saya datang memang nak cuba rawatan kulit, khususnya Skin Booster Micro Stem Cell DNA Salmon yang ramai recommended. Namun seperti biasa di sini, setiap pelanggan akan melalui sesi konsultasi terlebih dahulu.



Sesi ini sangat membantu kerana beautician akan scan keadaan kulit dan terangkan rawatan yang paling sesuai dengan kita dan bukan sekadar ikut trend, tetapi berdasarkan keperluan kulit sebenar.


Daripada analisis kulit tersebut, rupanya masalah utama kulit saya hanyalah kekurangan hidrasi dan rehat yang cukup. Jadi beautician mencadangkan penggunaan Rejuvenex Hydro Essence untuk membantu kulit nampak lebih segar, lembap dan glowing secara semula jadi.




Apa sebenarnya Skin Booster DNA Salmon?

Rawatan ini menggunakan teknologi berasaskan PDRN (Polydeoxyribonucleotide) yang diekstrak daripada DNA ikan salmon. Menariknya, struktur DNA salmon hampir menyerupai DNA manusia, sebab itu ia lebih mudah diterima kulit dan selamat digunakan.

Walaupun sering dipanggil “stem cell”, rawatan ini sebenarnya bertindak sebagai bio-stimulator yang membantu kulit untuk membaiki sel rosak, merangsang penghasilan kolagen, meningkatkan hidrasi dan menguatkan skin barrier

Pendek kata, kulit diperbaiki dari dalam dan bukan sahaja sekadar nampak cantik di permukaan.







Pilihan Rawatan Yang Saya Ambil

Di sini ada dua teknik rawatan:

Injection Skin Booster – hasil lebih cepat tetapi ada sedikit downtime

Micro Stem Cell Booster (Machine) – teknik lebih gentle tanpa jarum. 


Disebabkan saya kurang yakin dengan ketebalan jarum, saya pun memilih teknik mesin. Dan honestly… syukur sangat.. langsung tak rasa sakit. Malah sepanjang rawatan, saya cuma rasa seperti urutan lembut pada wajah. 

Proses rawatan juga lengkap iaitu bermula daripada pembersihan muka, penyerapan serum sehingga langkah akhir dengan perlindungan sunscreen. Semua dilakukan dengan sangat teliti dan profesional.

Apa yang paling saya suka, suasana sepanjang rawatan sangatalah tenang. Tiada rasa tergesa-gesa. Saya hampir tertidur kerana terlalu selesa.


Perubahan Selepas Rawatan

Sejurus selesai rawatan, kulit terasa lebih lembap, lebih anjal, tekstur lebih halus dan wajah nampak segar tanpa efek berlebihan. Rasa ‘soothing’ itu yang penting. Sebab ada juga pengalaman saya di salon lain dulu, terasa pedih pedih dan panas. Tapi di sini sangat berbeza sebab rasa sejuk dan tenang je muka..

Glow yang terhasil bukan jenis “shiny”, tetapi lebih kepada kulit sihat dari dalam. Itulah yang saya paling hargai iaitu ianya nampak natural dan tidak keterlaluan.

Rawatan ini juga membantu mengurangkan garis halus, memperbaiki skin barrier, mengecilkan pori

dab membantu kesan bekas jerawat.

Sesuai untuk mereka yang berusia 25 tahun ke atas atau sesiapa yang mahukan anti-aging secara lembut tanpa perubahan drastik. Walaupun usia 50 tahun ke atas rawatan ini masih sesuai.



Pengalaman Yang Buat Saya Rasa Tenang



Selain rawatan, saya juga kagum dengan latar belakang pengasasnya, Puan Is’ (Dr) Mastura Bt Haji Idris, yang menerima pelbagai pengiktirafan termasuk:

🏆 Doctor of Philosophy in Business Administration – Riviera University

🏆 Industry Specialist daripada Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia

🏆 Top 100 Malaysia Trustworthy Aestheticians & Beauticians






Saya bernasib baik kerana dapat bertemu beliau sebelum sesi dimulakan. Cantik dan mesra orangnya. Waktu itu difikiran, terasa aura itu akan meresap ke muka ini. Mesti jadi cantik macam dia lepas rawatan ni..☺️



Pengasas yang berpengalaman dan cukup lengkap pakejnya itu, maka tidak hairanlah servis di sini terasa sangat profesional tetapi masih mesra dan selesa, terutama bagi pelanggan Muslimah.


Berbaloi Atau Tidak?

Bagi saya, rawatan ini bukan untuk perubahan drastik overnight.

Tetapi jika anda mencari:

✔ kulit sihat dari dalam

✔ glow semula jadi

✔ hidrasi yang tahan lama

✔ anti-aging tanpa nampak “buat muka”

✔ servis Muslimah friendly dengan harga berpatutan

Jawapannya di sini memang berbaloi.

Kadang-kadang self-care bukan tentang kelihatan berbeza, tetapi tentang rasa lebih yakin dan tenang dengan diri sendiri. Dan pengalaman di sini benar-benar memberi perasaan itu.





📍 #The Beauty Expert Academy Spa Cheras

No 14B, Jalan Suadamai 1/2, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

📞 03-95497094 / 013-2576447


🕒 Waktu Operasi

Isnin – Jumaat: 10.30AM – 7.30PM

Sabtu & Ahad: 10.00AM – 6.00PM

Boleh semak promosi terkini melalui media sosial mereka untuk info rawatan lanjut.


    Azura bersama beautiful beautician pada hari tersebut.


By: Azura MS

Comments