ST Rosyam Mart Kini ke Jakel Square — Lebih Besar, Lebih ‘Fresh’, Lebih Malaysia daripada Sebelumnya
Kuala Lumpur bakal menerima sebuah lagi destinasi beli-belah 24 jam yang pasti menjadi tumpuan ramai. Pada 17 Disember 2025, Kumpulan Sri Ternak — nama besar dalam dunia pasar raya borong Halal negara akan membuka cawangan kesembilan ST Rosyam Mart, terletak strategik di Jakel Square, Kuala Lumpur.
Jika sebelum ini ST Rosyam Mart terkenal dengan konsep pasar raya borong moden 24 jam, kali ini mereka melangkah setapak lebih jauh dengan memperkenalkan sesuatu yang lebih istimewa, lebih lokal, dan lebih dekat di hati rakyat Malaysia: ‘Malaysian Selection’.
‘Malaysian Selection’: Ruang Baharu Untuk Produk Buatan Tempatan
Buat pertama kali, ST Rosyam Mart menampilkan ruang khas yang mengumpulkan pelbagai produk lokal dari makanan ringan, minuman, gula-gula tradisional, sehinggalah kepada cenderahati tempatan.
Konsep ini bukan sahaja memudahkan pelanggan mendapatkan produk “100% Malaysia”, malah memberi peluang pelancong membawa pulang tanda kenangan dari tanah air.
Inilah masa untuk jenama-jenama tempatan bersinar di lokasi premium yang sentiasa menjadi tumpuan ramai.
Celebrity Corner yang Dipertingkat — Lagi Banyak Selebriti, Lagi Banyak Pilihan
Satu lagi tarikan besar di cawangan baharu ini adalah Celebrity Corner, yang kini tampil lebih besar dan lebih lengkap.
Antara nama yang menghiasi rak jualan termasuk:
- Datuk Chef Wan
- Dato’ Seri Aliff Syukri
- Dato’ Khatijah Ibrahim
- Ako Mustapha
- Azza Elite
- Betty Rahmad
- Fizo Omar
- Fouziah Gous
- Ab Manan
- Munif Hijjaz
- Nubhan
- Nazia Mustafar
- Khai Bahar
- Datuk Rosyam Nor
- … dan ramai lagi!
Lokasi ini bukan sekadar tempat membeli, tetapi ruang inspirasi untuk menyaksikan bagaimana selebriti Malaysia mencipta produk dengan sentuhan dan identiti sendiri.
Reka Bentuk Bertaraf ‘Modern Wholesale’ — Luas, Segar, Selesa
Dengan keluasan lebih 40,000 kaki persegi, cawangan ini direka untuk pengalaman beli-belah yang selesa:
✔️ Laluan luas & teratur
✔️ Siling tinggi & pencahayaan moden
✔️ Zon barangan borong
✔️ Kaunter bayar sendiri (SCO) & kaunter tunai mencukupi
✔️ Aroma kopi segar dari ST Cafe sebaik anda melangkah masuk
Segala-galanya direka agar pelanggan, keluarga, pekerja, peniaga kecil ataupun pelancong dapat menikmati suasana santai dan tidak tergesa-gesa.
950+ Produk Segar, Import Premium & Harga Borong 24 Jam
Pasar raya ini menawarkan lebih 40,000 jenis produk, antaranya:
🥬 Sayur-sayuran & buah-buahan segar
🍗 Ayam segar & produk daging premium (termasuk Wagyu & kambing seekor)
🦀 Makanan laut segar & beku — King Crab, salmon, tuna & banyak lagi
🛒 Barangan runcit, pantri & keperluan rumah
🏷️ Produk jenama Sri Ternak sendiri seperti:
- Freshin’ – air mineral & minuman
- Santeh – barangan dapur & pantri
- 1st – tisu & barangan keperluan rumah
- Deli West – makanan Barat beku
- Sri Ternak – barangan segar & harian
Lebih 21 Perkhidmatan Percuma — Memudahkan, Bukan Membebankan
Antara perkhidmatan menarik:
✔ Percuma pengecas kuasa
✔ Percuma air minuman
✔ Pemotongan daging
✔ Pinjaman payung
✔ Bantuan ‘car battery jumpstart’
✔ Pam tayar
… dan banyak lagi!
PROMOSI BESAR PEMBUKAAN (17–31 Disember 2025)
Wajib hadir! Ini yang anda boleh nikmati:
🎉 Ayam RM0.88
Hanya untuk pendaftaran Ahli ST RM15 melalui aplikasi ST Card.
🎁 220 barangan runcit serendah RM0.08
Termasuk sayur, buah, barangan kering & beku.
🛒 45 barangan borong pada harga istimewa
Sangat berbaloi untuk peniaga, katerer & keluarga besar.
🎬 Pertandingan “Misi Mencari Raja Konten”
Hadiah tunai sehingga RM20,000!
Terbuka kepada semua pengunjung & pencipta kandungan.
Hantar video kreatif minit 1 ke TikTok / IG / FB sebelum 20 Disember.
Pautan penyertaan:
👉 https://bit.ly/RajaKontenSTRM
Hashtag rasmi:
#STRosyamMartJakelSquareKL #SelamatkanDompetWargaKL #DompetAbangSelamat #PasarRakyatMalaysia
JEMPUTAN RASMI PERASMIAN
Tarikh: 17 Disember 2025
Masa: 8.00 malam
Lokasi: ST Rosyam Mart, Jakel Square, Kuala Lumpur
Datang bersama keluarga untuk beli-belah, makan, bersantai dan rebut promosi besar-besaran!







Comments
Post a Comment