NHMALL WORLDWIDE PERKASA EKONOMI ASEAN, ANGKAT USAHAWAN MALAYSIA KE PERINGKAT ANTARABANGSA
PUTRAJAYA — NHmall Worldwide (Nur Haramain Mall Worldwide) dengan penuh komitmen dan iltizam terus memperkukuh peranannya sebagai platform informasi serta promosi strategik bagi membantu usahawan Malaysia memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di peringkat domestik dan antarabangsa.
Inisiatif ini dilaksanakan selaras dengan undang-undang, peraturan serta keperluan pematuhan setiap negara yang terlibat, sekali gus memastikan ekosistem perniagaan yang berdaya saing, telus dan mampan.
Sebagai langkah awal, NHmall Worldwide menjemput semua syarikat, peniaga dan rakan strategik untuk menyertai platform ini dengan mengisi borang penyertaan ahli yang telah disediakan.
Insya-Allah, Majlis Pra-Pelancaran Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide bersama NHmall Worldwide dan rakan strategik akan diadakan pada 27 Januari 2026.
Seterusnya, Pelancaran Penuh NHmall Worldwide dirancang berlangsung pada Mac atau April 2026, dengan lokasi rasmi akan dimaklumkan kelak.
Kerjasama Strategik & Pemacu Pembangunan Ekonomi
DPUMM NGO Bersama NHmall Worldwide Memperkukuh Agenda Ekonomi Ummah
DPUMM tampil sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berganding bahu bersama NHmall Worldwide dalam memperkukuh agenda pembangunan ekonomi ummah, khususnya melibatkan pemerkasaan usahawan, komuniti perniagaan dan jaringan ekonomi berteraskan nilai kebersamaan serta kelestarian.
Kerjasama strategik antara DPUMM dan NHmall Worldwide ini diwujudkan bagi menyatukan kekuatan NGO, sektor swasta dan komuniti usahawan di bawah satu ekosistem ekonomi yang tersusun, berdaya saing dan berimpak tinggi. Melalui sinergi ini, kedua-dua pihak memainkan peranan saling melengkapi — DPUMM sebagai penggerak komuniti dan advokasi ekonomi ummah, manakala NHmall Worldwide bertindak sebagai platform pelaksanaan, promosi serta jaringan pasaran di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Sebagai NGO yang aktif dalam pembangunan masyarakat dan ekonomi, DPUMM menyokong pelaksanaan pelbagai inisiatif NHmall Worldwide termasuk program keusahawanan, seminar ekonomi, aktiviti komuniti serta penganjuran acara berskala besar yang menghimpunkan usahawan, syarikat dan rakan strategik dari pelbagai sektor. Kerjasama ini membuka peluang kepada usahawan untuk mendapatkan pendedahan, bimbingan serta akses kepada pasaran dan rakan perniagaan yang lebih luas.
Melalui kolaborasi ini juga, DPUMM dan NHmall Worldwide memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi yang bukan sahaja berorientasikan keuntungan, tetapi turut mengambil kira nilai perpaduan, ukhuwah dan tanggungjawab sosial. Pendekatan ini selari dengan aspirasi membina ekonomi ummah yang mampan, beretika dan berteraskan muafakat.
Kerjasama DPUMM bersama NHmall Worldwide sekali gus mencerminkan komitmen kedua-dua organisasi dalam menyokong usaha kerajaan dan sektor swasta ke arah memperkukuh ekonomi rakyat, memperluaskan peluang keusahawanan serta mengangkat produk dan perkhidmatan tempatan ke peringkat serantau dan antarabangsa.
NHmall Worldwide turut komited menjalin kerjasama strategik bersama badan kerajaan dan sektor swasta, khususnya dalam mempromosikan pakej pelancongan domestik dan antarabangsa. Inisiatif ini bertujuan membuka ruang kepada usahawan serta produk Malaysia untuk menjalinkan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat antarabangsa terpilih merangkumi pelbagai sektor, termasuk industri kecil, sederhana serta industri berat.
Rakan Kerjasama Kesatuan Ekonomi Asia Worldwide/NH Mall Worldwide dan Tuan Albark bin Yunus, Timbalan Pengerusi Kelab Elektronik Darul Ehsan.
Di samping itu, NHmall Worldwide berperanan sebagai penghubung peluang perniagaan semasa, termasuk menyediakan akses kepada pembiayaan melalui institusi perbankan serta menyalurkan maklumat yang tepat dan sahih. Usaha ini bertujuan melindungi peniaga daripada risiko penipuan dan ancaman scammer yang semakin berleluasa.
Komuniti, Perpaduan & Ekonomi Mampan
NHmall Worldwide menyeru komitmen serta kerjasama semua komuniti yang terlibat bagi menjayakan agenda ekonomi bersama yang mampan, berteraskan muafakat, perpaduan dan kesatuan rakyat.
Kerjasama strategik bersama Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide yang semakin berkembang pesat akan terus diperkukuh bagi memacu pertumbuhan ekonomi serta pelaksanaan projek terpilih agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa merentas pelbagai sektor.
Pelantikan Wakil & Konsultan Profesional
Bagi memastikan hala tuju strategik yang tersusun dan berimpak tinggi, NHmall Worldwide berhasrat untuk:
- Melantik wakil korporat di seluruh rantau
- Menganjurkan seminar ekonomi serantau
- Melantik konsultan profesional merangkumi pelbagai bidang dan sektor
Langkah ini bertujuan memastikan pengurusan, pentadbiran, pelaburan, pembinaan serta perancangan strategik dilaksanakan secara berfokus, praktikal dan berdaya maju — bukan sekadar perbincangan, malah pelaksanaan menyeluruh sehingga peniaga benar-benar memperoleh manfaat melalui sekretariat komuniti yang ditubuhkan.
Nilai Ukhuwah & Silaturahim
NHmall Worldwide menegaskan bahawa inisiatif ini bukan bersifat sementara, sebaliknya berteraskan ukhuwah silaturahim sepanjang hayat, saling menghormati perbezaan pandangan serta menolak sebarang bentuk perbalahan.
Ia melambangkan perpaduan Nusantara ASEAN dan kesatuan ekonomi ummah, dengan harapan agar setiap usaha yang dilaksanakan sentiasa diberkati serta dilindungi oleh Allah SWT.
Platform Digital & Aktiviti Komuniti
Sebagai sebahagian daripada ekosistem perniagaan bersepadu:
- Platform tapak niaga dalam talian NHmall Worldwide akan dilancarkan pada 27 Januari 2026,bertujuan membantu peniaga mengembangkan perniagaan secara dalam talian dan luar talian, di dalam serta luar negara.
NHmall Worldwide juga akan mengurus dan menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk:
- Expo dan karnival perniagaan
- Program motivasi serta kursus keusahawanan
- Majlis himpunan selawat dan aktiviti komuniti
Kesemua inisiatif ini bertujuan memberi manfaat khususnya kepada peniaga Muslim dan masyarakat umum secara menyeluruh.
Rekod Acara Bersejarah
Sebelum ini, satu peristiwa bersejarah telah tercipta apabila Majlis Gema Selawat dianjurkan serentak di dua mercu tanda negara — Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar, Kedah — pada 1 Rejab, bersempena ambang tahun baharu 2025 Masihi.
Majlis penuh makna ini menjadi kenangan indah buat para hadirin bersama keluarga dan sahabat handai, sambil mengeratkan silaturahim serta memperkukuh ukhuwah. Pada detik 12 tengah malam, dengan latar pemandangan cahaya yang memukau, ummah diajak bersama-sama membesarkan Allah SWT melalui alunan selawat dan qasidah.
MAKLUMAT ORGANISASI
NHmall Worldwide (Nur Haramain Mall Worldwide)
📍 Alamat: Menara Shaftsbury, Tingkat 1, No. 26, Putrajaya









Comments
Post a Comment