Konsert Nidji x Bunkface Gegar Kuala Lumpur 2025

 


KONSERT PALING ENERGETIK & BERSEJARAH 2025

NUSA FEST PRESENTS – NIDJI x BUNKFACE ‘PECAHKAN’ MEGASTAR ARENA 21 DISEMBER INI

Kuala Lumpur, 25 November 2025 – Penganjur acara muzik terkemuka, Shiraz Projects, kembali dengan satu lagi penganjuran yang bakal menggegarkan industri hiburan tanah air menerusi Nusa Fest Presents – Nidji × Bunkface, berlangsung pada 21 Disember 2025 di Megastar Arena Kuala Lumpur.

Jika pada 2023 Nusa Fest hadir dengan puluhan barisan artis yang menggetarkan adrenalin peminat, edisi kali ini tampil lebih berani: hanya dua kugiran utama dipertanggungjawabkan untuk memecahkan pentas — dan dua nama itu sudah cukup untuk mencipta sejarah.

Kugiran legenda Indonesia Nidji, yang terkenal dengan himpunan lagu seperti Cinta dan Sumpah Matiku, akan bergandingan dengan kugiran kebanggaan Malaysia, Bunkface, yang sudah sinonim dengan karya-karya anthemik termasuk Malam Ini Kita Punya. Pertemuan dua kumpulan besar ini menjanjikan malam paling epik sebelum tirai 2025 dilabuhkan.



“Kenapa Nidji x Bunkface? Kenapa tidak?” – Shiraz Projects

Menurut Penerbit Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, Nidji sentiasa membawa tenaga besar yang membuatkan mereka menjadi pilihan ideal untuk sebuah kolaborasi eksklusif.

“Energi Nidji memang luar biasa. Dan siapa yang boleh menafikan kredibiliti Bunkface? Mereka konsisten hadir dengan karya berkualiti dan persembahan penuh tenaga. Nusa Fest Presents – Nidji x Bunkface bukan sekadar konsert, tetapi sebuah momen epik yang akan dirayakan oleh dua kelompok peminat silang budaya.” – Shirazdeen Karim

Beliau menganggap kolaborasi ini sebagai sebuah platform penyatuan, di mana peminat Malaysia dan Indonesia dapat menikmati muzik dalam suasana harmoni  satu catatan sejarah buat Nusa Fest.


Bunkface: “Ini bukan sekadar naik pentas – ini momen paling berharga.”

Bagi vokalis Bunkface, Sam, projek ini adalah bukti hubungan muzik Malaysia–Indonesia yang sentiasa hidup.

“Kami menerima pelawaan ini kerana kami tahu ia bukan sekadar persembahan pentas. Ini adalah momen berharga untuk peminat yang sudah bersama Bunkface selama ini.” – Sam, Bunkface



Nidji: “Malaysia, let’s close the year together — louder than ever!”

Vokalis Nidji, Yusuf Ubay, turut melahirkan rasa teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur bagi menutup tahun 2025 dengan sesuatu yang istimewa.

“Ini bukan macam datang ke negara lain, tapi macam balik rumah sendiri. Tahun 2025 dibuka dan ditutup di Kuala Lumpur, dan kali ini bersama saudara kami, Bunkface. Nusa Fest adalah sambutan persahabatan, kasih sayang dan perpaduan. Music unites people.” – Ubay, Nidji



MAKLUMAT KONSERT

NUSA FEST PRESENTS – NIDJI × BUNKFACE

πŸ“… 21 Disember 2025

⏰ 8.30 malam

πŸ“ Megastar Arena Kuala Lumpur



Harga Tiket:



  • Rockzone (Standing) – RM228
  • Gold (Standing) – RM148
  • Diamond (Seated) – RM198
  • Platinum (Seated) – RM168



🎟 Pembelian tiket: www.ticket2u.com.my

πŸ“ž Hotline: 012-2560082

πŸ”— Facebook & Instagram: @shirazprojects

🌐 Laman Web: www.shirazprojects.com




Dengan tenaga pentas Nidji dan Bunkface yang sudah sedia untuk ‘meletupkan’ Megastar Arena, para peminat diingatkan bahawa melepaskan peluang mendapatkan tiket adalah satu ‘dosa besar’ buat penggemar muzik live.


Ayuh bergoyang, berdisko “Lazy Time”, dan menghayati denyut “Rentak Laguku” dalam Nusa Fest Presents – Nidji × Bunkface pada 21 Disember 2025 ini.


Sampai jumpa, guys!


Comments