ELLA KEMBALI MENGGEGAR – “MAJLIS TERTINGGI ROCKQUEEN” JANJI MENJADI PERSEMBAHAN PALING BERMAKNA DALAM KARIER RATU ROCK

 


ELLA KEMBALI MENGGEGAR – “MAJLIS TERTINGGI ROCKQUEEN” JANJI MENJADI PERSEMBAHAN PALING BERMAKNA DALAM KARIER RATU ROCK

Malaysia bakal memasuki satu lagi detik penting dalam dunia seni apabila Ratu Rock negara, Ella, tampil dengan pengumuman yang bukan sekadar menggamit nostalgia, tetapi memberi harapan baharu kepada peminat muzik rock tanah air. Pada 14 Februari 2026, Stadium Nasional Bukit Jalil akan kembali menjadi “rumah” kepada seni Ella di lokasi sama yang pernah menjadi saksi kepada perjalanan luar biasa beliau selama hampir empat dekad.

Apa yang menjadikan konsert ini istimewa bukan hanya skala produksinya, tetapi juga semangat di sebaliknya. “Majlis Tertinggi Rockqueen” bukan sekadar sebuah konsert; ia adalah pernyataan jiwa, sebuah gerakan yang mendukung nilai kemanusiaan melalui tema Peace, Love & Rindu. Dibawakan oleh Hitman Solutions dan Rockqueen, acara ini disusun bukan hanya untuk menghiburkan, tetapi untuk meninggalkan kesan yang lebih besar kepada masyarakat.

Ella: Di Ambang Usia 60, Namun Energi Masih Membara

Ella menerima tahun 2026 sebagai fasa baharu dirinya yang matang, reflektif, tetapi tetap penuh tenaga. Menurutnya, gelaran “Rockqueen” bukan hanya simbol popular, namun menjadi amanah untuk membawa mesej bermakna.

“Saya akan mencapai usia 60, dan saya ingin legasi saya membawa manfaat. Majlis Tertinggi Rockqueen adalah gerakan untuk ‘Peace, Love & Rindu’,” kata Ella, penuh yakin.

Di pentas ini, Peace didedikasikan untuk solidariti rakyat Gaza. Love mengingatkan tentang isu buli yang kian membimbangkan dalam institusi pendidikan. Dan Rindu menjadi penghormatan kepada penggiat seni tanah air — insan-insan yang terus berkarya tanpa henti, namun sering terpinggir dalam sorotan umum.

Tiket Mampu Milik – Konsert untuk Rakyat, Bukan Sekadar Hiburan

Berbeza dengan banyak konsert mega yang lain, penganjur memilih untuk memecahkan stigma bahawa konsert berskala besar pasti mahal. Lokasi besar dipilih supaya lebih ramai dapat hadir, dengan harga tiket yang dirangka supaya peminat pelbagai latar mampu menikmati persembahan.

Menurut CEO Hitman Group, Rohit Rampal, konsert ini mempunyai misi penting:

“Kami mahu ‘give back to the people’. Tiket murah bukan bermaksud pengalaman kurang. Kami tetap sediakan audio visual terbaik, namun kami mahu rakyat Malaysia dapat merasai meganya Majlis Tertinggi Rockqueen.”

Yang lebih menarik untuk setiap pembelian tiket membolehkan pembeli memilih tabung sumbangan pilihan:

Peace (Persatuan Cinta Gaza Malaysia),

Love (Yayasan Kebajikan Negara),

atau Rindu (Yayasan Kebajikan Artis Tanahair).

Setiap undian akan didermakan RM2 kepada organisasi yang dipilih. Dengan kata lain, peminat bukan hanya datang menonton, tetapi turut menyumbang.

Cabaran Kembali ke Stadium Nasional – Namun Semangat Ella Tidak Pernah Pudar

Bagi seseorang yang pernah menggegarkan stadium itu sebelum ini, kembali ke pentas besar membawa rasa campur baur dengan cabaran teknikal, stamina, dan persediaan seni yang intensif. Namun Ella mengambil ia sebagai pembakar semangat.

Beliau terus berkarya hampir 40 tahun, dan konsistensi ini hanya dimiliki seorang legenda sejati yang mencintai seni dan penontonnya tanpa kompromi.

Harapan Dari Sang Ratu

Ella mengakhiri pengumuman konsertnya dengan pesan penuh lembut tetapi mendalam:

“Semoga konsert ini membawa manfaat kepada pertubuhan amal, dan generasi muda akan terus lahir hebat. Kepada seniman, semoga terus berkarya dan terbela. Undilah ‘Peace, Love atau Rindu’, dan jumpa di Majlis Tertinggi Rockqueen!”

Konsert ini turut disokong oleh rakan-rakan rasmi termasuk Perbadanan Stadium Malaysia, Era FM, Sinar FM, Mix FM, Lite FM, Gegar FM, Astro Gempak, Meletop, HLive!, Ad Box, Wow Media dan Warisan Outdoor.

PROMOSI PEMBELIAN TIKET – JANGAN TERLEPAS!

Tiket “Majlis Tertinggi Rockqueen” bakal mula dijual tidak lama lagi dengan harga mampu milik agar seluruh rakyat Malaysia dapat hadir ke persembahan bersejarah ini.

Dengan setiap tiket, anda bukan hanya mendapatkan pengalaman konsert bertaraf mega, tetapi turut menyumbang kepada salah satu tabung kemanusiaan:

Peace, Love, atau Rindu dan pilihan anda akan disalurkan terus kepada organisasi berkaitan.

Tip: Tiket untuk persembahan Ella biasanya ‘sold out’ dalam masa singkat, lebih-lebih lagi di lokasi sebesar Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jadi pastikan anda bersedia dan pautan jualan tiket akan dikongsikan oleh penganjur melalui saluran rasmi Hitman Solutions dan Rockqueen.

Saksikan bagaimana Ratu Rock negara kembali menguasai takhta muzik secara live, megah, dan penuh jiwa.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, hubungi:
📞 +6012-265 5783

📧 concerts@hitman.group

Comments