BORNEO FASHION WEEK 2025 BERLANGSUNG DENGAN PENUH MERIAH!
“Fashion With Purpose” Angkat Warisan Borneo, Kelestarian & Keindahan Rekaan
Di Pavillion Damansara Heights
KUALA LUMPUR, 13 OKTOBER 2025 – Borneo Fashion Week (BFW) 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang dan bergaya selepas dua hari diraikan pada 10 dan 11 Oktober lalu. Bertemakan “Fashion With Purpose”, acara berprestij ini bukan sahaja menghidupkan aura glamor fesyen moden, tetapi turut meraikan semangat kelestarian, warisan dan komuniti kreatif yang menjadi nadi kepada Borneo.
Diasaskan oleh Stephanie Alcantara, bekas ratu cantik dan personaliti fesyen berpengaruh yang juga penggerak utama platform ini, BFW sekali lagi membuktikan keupayaannya menyatukan pereka, model, artis dan pencinta fesyen di bawah satu visi iaitu memperjuangkan keindahan yang beretika dan beridentiti.
Hari Pertama: Tradisi Bertemu Moden, Gaya Bertemu Jiwa
Acara dimulakan dengan penuh meriah menerusi sesi pemotongan reben, ucapan pembukaan dan persembahan tarian tradisional, sebelum pentas diserahkan kepada barisan pereka yang memukau dalam pertunjukkan fesyeen pembukaan oleh GC Jade, Bilang, Clarissima, Even Ong, Aldrin Artistry dan Hayden Ng.
Setiap rekaan membawa naratif unik, menggabungkan elemen tradisi dan inovasi moden dalam palet warna, tekstur dan struktur yang mencerminkan kepelbagaian Borneo.
Menjelang malam, pertunjukkan fesyen bagi sesi kedua menghangatkan suasana dengan koleksi penuh dramatik dan berkarakter daripada Nasha Prive, Barzwang, Inayad, Wan Bynun, Jay K, Maswira Majid dan Ocely, menjadikan Pavilion Damansara Heights bergema dengan tepukan dan sorakan kagum para tetamu serta media.
Hari Kedua: Penghargaan, Anugerah & Perayaan Kreativiti
Keesokannya, BFW 2025 bermula dengan sesi Sponsor Appreciation, simbol penghargaan kepada barisan penaja yang memperkukuh ekosistem BFW 2025, antaranya Cavu Fragrance, NADI Clinic, Pensonic, Esperer Cosmetiques, Laurastar, Felix Relocations, Jambo BSC, Kai Academy, Go Viral Labs, Music Force, ROGUES Café dan Pavilion Damansara Heights.
Selain itu, Stephanie Alcantara sendiri turut menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak ASEAN Fashion Designers Showcase (AFDS) yang terdiri dari negara Brunei, Singapura, Vietnam dan Malaysia sendiri di atas penglibatan mereka di BFW 2025.
Pertunjukan petang diteruskan dengan persembahan koleksi fesyen oleh Indra Murak, December Teo, Bianca, Saerah R. Kunjan dan Angelique, membawa penonton menyusuri pelbagai genre rekaan dari elegan moden hingga avant-garde etnik.
Kemuncak malam hadir dengan Awards Night BFW 2025 yang diserikan dengan persembahan tarian tradisional dan artis jemputan serta pertunjukan fesyen oleh Calvin Thoo, Nasha Prive, Heritage Wear dan Yacutha yang mempersonakan.
Berikut antara koleksi Calvin Thoo:
Manakala ini pula antara koleksi oleh Nasha Prive:
Berikut pula antara koleksi Yachuta;
Antara kategori anugerah yang diumumkan termasuk:
- Green Thread Award – Saerah R. Kunjan
- BFW25 Most Promising Designer – Ocely
- BFW25 Emerging Designer of The Year – Barzwang
- BFW25 Designer of The Year – Nasha Prive
- BFW25 Model of The Year (Female) – Rania
- BFW25 Model of The Year (Male) – Ariq
Malam anugerah ini menjadi simbol pengiktirafan buat mereka yang berani bereksperimen, berfikir di luar batas dan menjadikan fesyen sebagai platform untuk berekspresi.
“Fashion With Purpose” Mencipta Naratif Baharu Fesyen Asia
Menurut Stephanie Alcantara, kejayaan edisi 2025 ini membuktikan bahawa Borneo kini bukan sekadar pemerhati dalam dunia fesyen tetapi pemain penting yang membawa nilai, jiwa dan keaslian.
“Tahun ini adalah refleksi kepada impian kami untuk melihat fesyen bukan sekadar cantik, tetapi bermakna. Setiap helaian yang diperagakan di BFW 2025 membawa mesej tentang kelestarian, warisan dan kasih kepada bumi serta budaya kita,” ujar Stephanie.
“Saya amat berterima kasih kepada semua pereka, model, pasukan produksi, penaja dan rakan media yang telah menjayakan acara ini. Sokongan anda menjadikan BFW lebih daripada sekadar pertunjukan… ia adalah sebuah pergerakan.”
Menutup Tirai Dengan Harapan Baharu
Kemeriahan BFW 2025 menjadi saksi bagaimana industri fesyen Malaysia, khususnya dari Borneo, semakin bersedia untuk menakluk pasaran global. Gabungan profesionalisme, kreativiti dan semangat komuniti menjadikan edisi kali ini antara yang paling berimpak sejak penubuhannya.
Dengan kehadiran penggiat industri antarabangsa, pempengaruh fesyen dan rakan media dari pelbagai negara, BFW 2025 berjaya mengangkat jenama tempatan ke pentas dunia, sekaligus meletakkan Borneo sebagai pusat fesyen baharu Asia.
“Kami akan terus bergerak ke hadapan. Borneo Fashion Week bukan lagi sekadar acara tahunan, ia adalah suara, jiwa dan identiti yang akan terus hidup,” kata Stephanie menutup bicara.
Comments
Post a Comment