Kerinduan Menikmati Energi Kotak Bakal Terisi
Road To 21st Anniversary Kotak x Arda Hatna,
Beraksi Di Zepp Kuala Lumpur, 21 Sept Ini
Menjelang 21 tahun terlibat dengan pelbagai pengalaman serta rencah dalam
industri muzik Indonesia, Kotak tidak ‘Sendiri’. Mereka ditemani ‘Kerabat Kotak’
yang setia pada saat anggota kumpulan ini silih berganti, melewati konflik dan fasa
kegemilangan yang berjaya dipertahankan selama dua dekad ini.
Setelah lebih dua dekad perjuangan tanpa lelah Tantri Syalindri Ichlasari, Swasti
Sabdastantri dan Mario Marcella, mencipta pelbagai kejayaan dalam industri muzik
Indonesia, kumpulan rock tersohor KOTAK bakal meraikan ulang tahun ke-21
mereka dengan konsert istimewa Road to 21st Anniversary KOTAK x Arda Hatna di
Zepp Kuala Lumpur pada 21 September 2025.
Konsert ini dibawa khas oleh GemaWave, satu platform muzik rentas genre yang
meraikan getaran suara Asia Tenggara, dan dianjurkan oleh syarikat pengurusan
acara, Boomset Planning yang membawa peminat ‘Pelan-Pelan Saja’ mengimbau
kembali masa pada saat awal penubuhan band ini di tahun 2004 silam sehingga kini
kerana ‘Masih Cinta’.
“Ini bukan sekadar konsert, ia adalah penghormatan kepada era muzik yang
membentuk ramai dari kita. Kami mahu bawa semangat itu kembali hidup dalam
suasana intim dan penuh bermakna.”
“GemaWave merupakan satu platform entertainment dan konsert KOTAK x Arda
Hatna menjadi pilhan pertama kami untuk menganjurkannya,” ujar Syira Yusof dari
Boomset Planning.
Boomset Planning juga memberi bonus kepada peminat kerana tidak mahu
menampilkan sebuah lagi persembahan Kotak yang ‘begitu-begitu sahaja’.
Kotak akan ditemani sang legenda, Arda Hatna yang merupakan suami kepada
vokalis KOTAK dan merupakan vokalis Naff yang telah menemani peminat dengan
banyak lagu hitnya seperti Terendap Laraku, Kau Masih Kekasihku dan Akhirnya Ku
Menemukanmu.
Suami vokalis Kotak ini juga punya karya peribadi yang dirilis tahun lalu iaitu Orang
Tak Enakkan dan Pelabuhan Terakhir yang tidak kurang mendapat perhatian pada
tahun ini.
“Dengan kolaborasi Kotak dan Arda Hatna, keraian Road To 21st Anniversary KOTAK
x Arda Hatna akan menjadi sebuah momen luar biasa yang tidak akan dilupakan
peminat,” tambah Syira lagi.
Sementara itu, Tantri mewakili Kotak melahirkan keterujaan untuk bertentang mata
dan membuat persembahan di hadapan peminatnya di Zepp Kuala Lumpur pada 21
September 2025.Bagi Tantri, Road to 21st Anniversary Kotak x Arda Hatna akan menjadi momen
peribadi yang cukup manis buat band mereka dan Arda.
“Kalian hanya perlu tahu bahawa Kotak dan Arda tidak sabar menjayakan Road
to21st Anniversary Kotak x Arda Hatna di Zepp Kuala Lumpur pada 21 September
ini.
“Persembahan ini berbeda dari konsert sebelum ini kerana ia bukan sahaja
menyambut ulangtahun Kotak tetapi ia juga menjadi momen yang sungguh
bermakna apabila saya akan digandingkan bersama suami yang tercinta dalam satu
pentas yang sama bersama-sama peminat kami dan juga yang tersayang.”
“Ingatan kami kepada kalian tidak pernah ‘Hilang’. Semoga kita saling ‘Selalu Cinta’
dan sampai jumpa di Kuala Lumpur. Long Live Kotak,” ujar Tantri.
Untuk itu jangan sampai terlepas peluang memiliki tiket kategori dengan harga
bermula RM198 (standing), RM218 (gold), RM248 (Platinum) serta RM3,888 (Box)
untuk menjadi salah seorang saksi persembahan bertenaga Road to 21st
Anniversary Kotak x Arda Hatna. Tiket boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my.
Kerabat Kotak, tandakan kalendar anda — 21 September 2025 dengan Road to 21st
Anniversary Kotak x Arda Hatna di Zepp Kuala Lumpur. Ia akan menjadi momen
terbaik anda di tahun ini.
INFORMASI
Artis: Kotak , Arda Hatna
Acara: Road To 21st Anniversary Kotak x Arda Hatna
Lokasi: Zepp Kuala Lumpur
Tarikh: 21 September 2025 (Ahad)
Penganjur: Boomset Planning
Harga tiket: RM198 (standing), RM218 (gold), RM248 (Platinum), RM3, 888 (Box)
Pembelian: www.ticket2u.com.my



Comments
Post a Comment