AMSC Malaysia 2025 Himpun Pakar Estetik Global, Pacu Malaysia Sebagai Hab Perubatan Estetik Serantau


Dianjurkan bersama oleh Persatuan Perubatan Estetik Malaysia (MSAM) dan Deltus, persidangan dua hari ini telah dirasmikan oleh Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Ahli Parlimen Kuching yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia.


AMSC Malaysia 2025 Himpun Pakar Estetik Global, Pacu Malaysia Sebagai Hab Perubatan Estetik Serantau

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2025 – Malaysia terus melakar sejarah dalam landskap kesihatan serantau dengan penganjuran edisi ke-4 Persidangan Perubatan Estetik dan Pembedahan Malaysia (AMSC Malaysia 2025) yang membuka tirai hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Dirasmikan oleh Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Ahli Parlimen Kuching merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, persidangan berprestij ini menghimpunkan lebih 1,600 delegasi dari lebih 30 negara, sekali gus mengukuhkan status Malaysia sebagai destinasi utama pendidikan dan inovasi dalam bidang perubatan estetik.

“Penganjuran AMSC mencerminkan keyakinan terhadap kepimpinan Malaysia dalam menerajui kerjasama serantau dan antarabangsa, selaras dengan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini. Malaysia bangga menjadi pusat rujukan dan perkongsian ilmu dalam perubatan estetik serantau,” kata Dr. Yii.


Perkongsian Global & Kolaborasi Serantau

Anjuran bersama Persatuan Perubatan Estetik Malaysia (MSAM) dan Deltus, AMSC Malaysia 2025 mencatatkan pencapaian penting dalam memantapkan jaringan pakar global. Antaranya ialah penampilan sulung PINOKIO Asia — organisasi terkemuka dari Korea Selatan, Plastic Innovative Nasal Oromaxillofacial Korean International Organisation, yang mempertemukan pakar bedah plastik berpengaruh dari rantau Asia.

Turut menonjol adalah penyertaan besar-besaran delegasi dari Persatuan Perubatan Estetik Singapura, yang mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Singapura dalam memacu kemajuan perubatan estetik ASEAN.

Latihan Bertaraf Dunia Melalui Bengkel Kadaverik Eksklusif

Sebelum dan selepas persidangan utama, peserta turut berpeluang menyertai bengkel kadaverik berfokus tinggi yang jarang ditawarkan di rantau ini. Antara yang paling mendapat sambutan ialah:

  • Aesthetic Medicine Facial Anatomy Cadaver Dissection Masterclass (Edisi ke-3)
  • Rhinoplasty & Surgical Facelift Hands-on Cadaver Masterclass

Sesi ini menekankan pendekatan praktikal secara mendalam, memperkukuh reputasi Malaysia sebagai pusat latihan dan pembangunan profesional dalam sektor perubatan estetik.


Prestasi Pelancongan Perubatan Terus Menyerlah

Penganjuran AMSC selari dengan pertumbuhan pesat sektor pelancongan perubatan negara. Tahun lalu, Malaysia merekodkan lebih 1.6 juta pesakit antarabangsa – peningkatan sebanyak 14% – dengan hasil dianggarkan mencecah RM2.72 bilion.

Momentum ini dijangka meningkat menjelang Malaysia Year of Medical Tourism 2026 (MYMT 2026) yang mensasarkan kutipan hasil antara RM12 hingga RM15 bilion menjelang 2030, menerusi inisiatif strategik seperti:

  • Kemudahan visa perubatan
  • Flagship Medical Tourism Hospital Programme (FMTH)

Peningkatan Kapasiti Tempatan dan Taraf Global

Dengan akreditasi CPD dan kelulusan HRDC, AMSC memberi peluang bukan sahaja kepada peserta antarabangsa, tetapi juga pengamal tempatan untuk menimba ilmu dan pendedahan berkelas dunia — sekaligus memperkukuh keupayaan tenaga profesional negara dalam bidang perubatan estetik.

Presiden MSAM dan Pengarah Saintifik AMSC, Dr. Tingsong Lim, berkata:

“AMSC Malaysia 2025 menjadi medan penting untuk kita memacu pembangunan bidang ini. Dengan membawa kepakaran global ke tanah air, Malaysia bukan sekadar mengejar piawaian antarabangsa — kita juga menetapkan standard baharu di peringkat serantau.”


Kuala Lumpur Semakin Menyerlah Sebagai Pusat Estetik Serantau

AMSC Malaysia 2025 memperkukuh peranan Kuala Lumpur sebagai pusat utama pembangunan dan inovasi perubatan estetik di Asia Tenggara. Dengan sokongan padu daripada kerajaan, pemain industri, dan komuniti antarabangsa, Malaysia terus menempatkan diri sebagai pemimpin dalam ekosistem kesihatan dan estetik masa depan.

📍 Untuk maklumat lanjut, sila layari:

🌐 www.amsc.com.my

📩 Untuk penyertaan, pameran atau penajaan AMSC Malaysia 2026, sila e-mel ke: info@amsc.com.my



Mengenai AMSC Malaysia

Kini memasuki edisi ke-4, AMSC Malaysia ialah platform multidisiplin terkemuka di Asia Tenggara untuk pendidikan, kolaborasi dan inovasi dalam perubatan estetik, dermatologi dan pembedahan. Ia bukan sahaja menghubungkan pakar dan pengamal global, malah memberi peluang luas kepada pempamer dan rakan industri untuk meneroka pasaran kesihatan dan estetik yang sedang pesat membangun di rantau ini.


Comments