WATSONS BEAUTOPIA 2025 KEMBALI SEBAGAI EKSPO KECANTIKAN & KESIHATAN PALING BESAR DI MALAYSIA

WATSONS BEAUTOPIA 2025 KEMBALI SEBAGAI EKSPO KECANTIKAN & KESIHATAN PALING BESAR DI MALAYSIA

Lebih 150 jenama dari seluruh dunia 


KUALA LUMPUR, 4 Julai 2025 – Watsons Malaysia dengan bangganya mengumumkan kembalinya Watsons Beautopia 2025, ekspo kecantikan dan kesihatan paling imersif dan berambisi tinggi pernah dianjurkan oleh jenama ini. Dianjurkan dari 3 hingga 6 Julai 2025 di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, Putrajaya, Beautopia 2025 menghimpunkan lebih 150 jenama kecantikan dan kesihatan terkemuka dalam satu sambutan meriah ke arah kecantikan, kesihatan dan komuniti.

 

Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan No.1 di Malaysia, Watsons terus memperkasa pengalaman runcit kecantikan melalui inovasi, keterangkuman dan keterlibatan. Tahun ini, Beautopia hadir dengan skala yang lebih besar, lebih berani dan lebih imersif, menawarkan empat hari pelancaran eksklusif produk, pengalaman interaktif serta sesi perkongsian bersama pakar yang memberi inspirasi, pendidikan dan pemerkasaan kepada para pelanggan.

 

“Watsons Beautopia 2025 bukan sekadar sebuah acara – ia adalah satu sambutan keindahan dalam pelbagai bentuk. Kami berbangga untuk mempersembahkan platform yang menghimpunkan inovasi kecantikan global, semangat komuniti dan pengalaman penemuan yang unik. Ini adalah bukti komitmen berterusan kami untuk menjadi rakan kecantikan dan kesihatan yang dipercayai oleh rakyat Malaysia,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi, Health & Beauty Asia, AS Watson Group.

 

Ekspo ini menampilkan gabungan terbaik K-Beauty, J-Beauty, C-Beauty, M-Beauty serta jenama antarabangsa kegemaran ramai dan juga jenama tempatan yang popular, memberikan pengunjung akses kepada trend paling hangat dan inovasi terkini dalam penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan rambut, penjagaan diri dan kesihatan. Ini merupakan ruang inklusif di mana peminat kecantikan dari pelbagai latar belakang boleh meneroka, belajar dan mencari produk kegemaran baharu mereka.

 

Watsons Beautopia 2025 turut mengundang pengunjung untuk menyertai pelbagai zon interaktif yang direka untuk menghidupkan dunia kecantikan. Tetamu boleh menyaksikan demonstrasi dan tutorial secara langsung, menjalani analisis kulit dan kulit kepala, mencuba produk di stesen ujian praktikal, menerima solekan dan dandanan profesional, serta menyertai bengkel yang dikendalikan oleh pakar kecantikan dan influencer popular.


Untuk menjadikan pengalaman ini lebih menarik, Watsons turut menawarkan ganjaran eksklusif. Semua tetamu yang hadir dengan RSVP akan menerima baucar e-tunai RM10, manakala ahli W Rewards boleh menebus produk dan baucar menarik. Pembeli juga akan menerima hadiah dengan pembelian (Gifts with Purchase) dengan perbelanjaan minimum RM100 dan ke atas.

 

Sama ada anda peminat penjagaan kulit, pencinta gaya hidup sihat atau pemburu trend kecantikan, Watsons Beautopia 2025 adalah destinasi utama untuk meneroka dan menikmati yang terbaik dalam dunia kecantikan.

 

Produk daripada jenama-jenama Beautopia Watsons juga boleh didapati di semua cawangan Watsons dan secara dalam talian. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pengalaman kecantikan dan kesihatan terbesar di Malaysia tahun ini!

Comments