PERSATUAN KARYAWAN MALAYSIA MENYOKONG GARISPANDUAN HAKCIPTA ORGANISASI PENGURUSAN KOLEKTIF 2025

SIDANG MEDIA PERSATUAN KARYAWAN MALAYSIA: 


SOKONGAN TERHADAP PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA DAN GARIS PANDUAN HAK CIPTA ORGANISASI PENGURUSAN KOLEKTIF 2025 SERTA BANTAHAN TERHADAP TINDAKAN MAHKAMAH OLEH BADAN KUTIPAN ROYALTI YANG CUBA MENGHALANG PERLAKSANAANNYA


Sejarah dan Perkembangan Akta Hak Cipta Malaysia

 

1. Akta Hak Cipta 1987

 

Akta Hak Cipta Malaysia 1987 merupakan asas utama dalam sistem perlindungan hak cipta di negara ini. 

 

Ia memberikan hak eksklusif kepada para pencipta ke atas hasil kerja asli mereka, termasuk penulis, komposer, pelaku (performers), dan pemegang hak lain.

 

Hak eksklusif ini direka bagi menggalakkan kreativiti dan memastikan mereka mendapat imbuhan yang adil daripada eksploitasi karya kreatif mereka. 

 

Akta ini telah beberapa kali dipinda untuk disesuaikan dengan keperluan semasa dan perkembangan industri kreatif global.

 

Music Authors’ Copyright Protection Berhad (MACP) dan Public Performance Malaysia Sendirian Berhad(PPM – Sdn Bhd) tertubuh sejurus selepas, daripada Akta Hak Cipta 1987.

 

 

2. Akta Hak Cipta 1987 Pindaan 2012 

 

i) Pengiktirafan Hak Pelaku

 

Pindaan penting kepada Akta Hak Cipta telah dibuat pada tahun 2000, yang membawa kepada pengukuhan hak para pelaku (performers). Dalam konteks industri muzik, pelaku adalah pemuzik dan penyanyi.

 

Pindaan ini mengangkat kedudukan pelaku agar lebih hampir kepada pencipta dari segi pengiktirafan hak cipta.

 

Antara perubahan utama adalah memberi pelaku hak yang lebih seimbang berbanding pemilik bunyi rakaman (sound recording), yang biasanya dimiliki oleh syarikat rakaman.

 

Namun begitu, pelaksanaannya sehingga ke hari ini masih belum mencapai tahap yang diharapkan.

 

Contohnya, agihan royalti antara pelaku dan pemilik bunyi rakaman masih jauh daripada nisbah adil 50:50. Realitinya, syarikat rakaman (pemilik rakaman bunyi) menerima bahagian pendapatan yang jauh lebih besar daripada pelaku dalam kutipan royalti persembahan awam.

 

Nisbah 50:50 adalah sejajar dengan WIPO Performers And Phonograms Treaty 1996 (WPPT 1996), yang turut diratifikasi oleh Malaysia.

 

 

ii) Pengawasan terhadap CMO

 

Pindaan 2012 juga membuka jalan kepada pengawalseliaan yang lebih jelas ke atas badan pelesenan, kini dikenali sebagai Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO). Sebelum ini, CMOs beroperasi dalam kerangka undang-undang yang longgar, dengan pemantauan yang terhad.

 

 

3. Akta Hak Cipta 1987 Pindaan 2022

 

i) Memperkukuhkan Perlindungan dan Penguatkuasaan

 

Pindaan 2022 menyambung usaha sebelumnya dengan menambah baik mekanisme pelaksanaan, memantapkan hak pelaku, dan memperketatkan kawal selia terhadap CMO.

 

Salah satu kemasukan penting ialah, Seksyen 27M memberikan kuasa kepada Pengawal Hak Cipta (Copyright Controller) untuk mengeluarkan Garis Panduan yang wajib dipatuhi oleh semua CMO.

 

 

B. Garis Panduan Hak Cipta Organisasi Pengurusan Kolektif 2025

Pada 17 Januari 2025, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah memperkenalkan Garis Panduan Hak Cipta untuk Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) 2025. Garis panduan ini adalah hasil daripada aduan bertubi-tubi yang diterima daripada para penggiat seni dan pengguna karya muzik, serta dapatan daripada sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan.

Garis panduan ini dibentuk atas prinsip utama:

Ia juga merupakan pelaksanaan langsung kepada kuasa yang diberikan kepada Pengawal Hak Cipta di bawah Seksyen 27M Akta Hak Cipta, hasil pindaan terkini pada tahun 2022.

Sokongan Penuh KARYAWAN terhadap Garis Panduan CMO 2025

Dari kiri: Cheb Ali - Exco Persatuan 3PMuzik Malaysia, Dato' Freddie Fernandez - Chairman Persatuan Karyawan, Ad Samad - Exco Persatuan 3PMuzik Malaysia, Zaim Zaidee - Timbalan Presiden Persatuan 3PMuzik Malaysia.

Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) dengan tegas menyokong penuh Garis Panduan CMO 2025 kerana ia merupakan satu pencapaian besar dalam usaha menambah baik sistem kutipan dan pengagihan royalti muzik di Malaysia — sesuatu yang telah lama dinantikan oleh para pencipta, pelaku, dan pengguna karya muzik.

Selama bertahun-tahun, industri muzik negara dibelenggu pelbagai isu berkaitan:

Kini, dengan penguatkuasaan garis panduan ini, semua Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) diwajibkan untuk:

✅ Mengemukakan laporan kewangan tahunan yang terperinci dan diaudit

✅ Mendedahkan sistem pengiraan dan pengagihan royalti secara terbuka

✅ Menjamin setiap ahli mempunyai hak undi yang saksama dalam mesyuarat agung

✅ Menyediakan saluran rasmi untuk aduan dan pertikaian

✅ Mengamalkan sistem pemilihan kepimpinan yang demokratik dan inklusif

✅ Mengutamakan kepentingan pencipta, bukannya hanya pemilik syarikat atau pelabur besar

Manfaat kepada Pemegang Hak

Lebih daripada 8,000 pemegang hak kini bakal menikmati faedah secara langsung daripada garis panduan ini, termasuk:

🎵 Keadilan dalam agihan royalti – pencipta dan pelaku tidak lagi dipinggirkan dalam pembahagian hasil.

🎵 Kebebasan bersuara dalam organisasi – suara setiap ahli diambil kira dalam dasar dan keputusan penting.

🎵 Pemulihan kepercayaan terhadap sistem – keyakinan terhadap mekanisme kutipan dan pengagihan akan kembali pulih.

🎵 Peluang sama rata – tidak kira tahap populariti atau komersial, semua ahli dilayan setara.

Peranan MyIPO sebagai Pengawal Selia

Garis Panduan ini adalah bukti nyata bahawa MyIPO memainkan peranannya dengan cekap sebagai pengawal selia industri hak cipta. Ia tidak lagi hanya berperanan sebagai agensi pendaftaran, tetapi telah meningkat menjadi badan yang benar-benar prihatin terhadap keadilan dalam ekosistem kreatif negara.

MyIPO mendengar rintihan para pencipta, menjalankan sesi libat urus secara aktif, dan bertindak dengan menyusun garis panduan yang bukan sahaja berpaksikan undang-undang, malah juga berpaksikan kemanusiaan dan keadilan sosial dalam industri.

Sokongan Pengguna Karya dan Imbangan Ekosist

Penting juga untuk difahami bahawa garis panduan ini tidak hanya melindungi pencipta, tetapi turut mengambil kira kepentingan pengguna karya muzik — iaitu pihak-pihak yang membayar lesen seperti penyiar, premis perniagaan, dan penganjur acara.

Dengan garis panduan ini:

Karyawan Menyokong Reformasi Ini Demi Masa Depan Industri

Persatuan Karyawan Malaysia melihat Garis Panduan CMO 2025 sebagai satu anjakan paradigma yang sangat diperlukan.

Kami percaya bahawa garis panduan ini:

Kami menegaskan bahawa usaha MyIPO perlu disokong, bukan disekat, apatah lagi melalui tindakan undang-undang oleh pihak-pihak yang berkepentingan sempit.

SEBAB KAMI MENYOKONG GARIS PANDUAN INI

 

Sebagai penggiat industri kreatif seperti penulis lagu, komposer, penyanyi dan pemuzik; Garis Panduan Organisasi Pengurusan Kolektif 2025 memberikan pelbagai manfaat penting yang telah lama dinantikan. 

 

Garis panduan ini mewajibkan semua Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) untuk lebih telus dalam urusan kutipan dan pengagihan royalti. Ini bermakna para pemegang hak dapat mengetahui secara jelas bagaimana royalti dikutip, dibahagi, dan siapa yang menerimanya, iaitu sesuatu yang sebelum ini kabur dan tidak telus.

 

Selain itu, garis panduan ini juga memperkukuh tadbir urus dalam organisasi, memastikan setiap ahli diberi hak suara yang adil dalam mesyuarat agung dan pemilihan lembaga. Ia menghapuskan sistem pengundian yang berat sebelah dan memperkenalkan mekanisme aduan yang jelas bagi ahli yang tidak berpuas hati.

 

Garis panduan ini melindungi hak lebih kurang 8,000 pemegang hak, tidak kira tahap populariti mereka. Semua ahli kini dilayan dengan lebih adil dan setara. 

 

Secara keseluruhan, Garis Panduan MYIPO 2025 adalah satu pembaharuan yang memperkukuh kedudukan pemegang hak dan memulihkan kepercayaan terhadap sistem kutipan royalti di Malaysia. 

 

Ia meletakkan hak pencipta sebagai keutamaan di samping melindungi kepentingan para pengguna karya muzik yang menjadi para pembayar lesen.

 

Para pengguna karya muzik adalah punca pendapatan utama para pencipta muzik.

 

Garis Panduan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh semangat pemerkasaan harta intelek di Malaysia.

 

Ia seharusnya menjadi langkah berterusan.

 

Kami membantah dengan sekeras-kerasnya tindakan mahkamah yang telah diambil oleh badan kutipan royalti yang cuba menghalang perlaksaan Garis Panduan MyIpo (Perbadanan Harta Intelek Malaysia).

 

Majulah Hak Cipta dan majulah MYIPO untuk negara!

Comments