Domino’s Bantu Rakyat Malaysia Dengan Membiayai Barangan Keperluan Asas MenerusiKempen Super Onz
“Domino’s bersama anda, Super Onz setiap hari”
KUALA LUMPUR, 21 Julai 2025 – Apakah maksud nilai yang sebenar? Bagi sesetengah orang, nilai diperolehi daripada penjimatan beberapa Ringgit. Bagi yang lainpula, ia mungkin diukur dengan kejayaan mengharungicabaran setiap hari dan bebas daripada rasa bimbang. Tetapi bagi kebanyakan orang yang perlu memenuhi tuntutan hidup seharian, nilai sebenar terletak pada hati budi dan rasa disantuni, disokong dan diingati.
Berbekalkan semangat ini, kempen Domino’s Bersama Anda,Super Onz Setiap Hari adalah sebuah inisiatif yang bukan hanyasekadar piza, tetapi sesuatu yang jauh lebih bermakna sepertibantuan, harapan dan ingatan bahawa anda tidak keseorangan. Dalam kempen ini, Skuad Super Onz Domino’s telah turun padang secara mengejut ke Lembah Klang untuk memberi peluang kepada orang ramai menyertai cabaran ala rancangan“Supermarket Sweep” (iaitu mengisi troli beli-belah dengan barangan runcit dalam masa 3 minit). Tiada had belanja ditetapkan dan peserta bebas mengambil seberapa banyak barang yang boleh dalam julat masa tiga minit. Sama ada makanan segar, produk tenusu atau barangan keperluan isi rumah, semua yang dimasukkan ke dalam troli mereka akan dibiayai sepenuhnya oleh Domino’s.
Menerusi inisiatif ikhlas dari hati ini, Domino’s membiayaibarangan keperluan harian bernilai RM39,000 secara keseluruhan kepada peserta-peserta yang memerlukan, sebagai usaha membawa keceriaan dan memberikan sokongan bermakna kepada komuniti di seluruh Lembah Klang.
Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Malaysia, Singapura dan Kemboja, Ringo Joannes berkata, “Kempen Domino’s Bersama Anda, Super Onz Setiap Hari adalah cara kami menyumbang kembali kepada anda kerana anda memang berharga buat kami. Daripada penunggang p-hailing yang memastikan pelanggan dapat menikmati pesanan makanan yang masih panas dan lazat, kepada pelajar yang menuntut ilmu jauh dari kampung halaman semata-mata untuk membina masa depan yang lebih baik, atau ibu bapa yang bekerja keras untuk mencari rezeki dan memenuhi keperluan keluarga masing-masing, setiap perjalanan menceritakan kisah penuh harapan yang menguji ketahanan dan kekuatan.
Domino’s sentiasa bersama anda. Nilai bukan sahaja diperolehi menerusi diskaun. Ia tentang hadir pada saat yang paling bermakna, menghulur bantuan dalam waktu sukar, dan membawa keceriaan di saat memerlukan. Inilah yang apa yang ingin kami sampaikan dengan Super Onz, kerana kadangkala sumbangan ikhlas, walaupun kecil, adalah yang paling bermakna. Promosi Domino’s Super Onz bukan satu kempen jangka pendek, tetapi merupakan inisiatif berterusan, dan rakyat Malaysia boleh terus meletakkan kepercayaan kepada kami untuk sentiasa memberikan nilai hebat dan tawaran bermakna.”
Walaupun kempen ini dijalankan ikhlas dari hati, kempen ini dipacu oleh tawaran nilai yang kukuh dan memberi lebih banyak penjimatan kepada pelanggan di seluruh negara. Bersempena dengan kempen Super Onz juga, Domino’s mengajak pelanggan untuk menikmati beberapa promosi terhangat, termasuk Beli 1 Percuma 2 pada harga RM35.90, sajian kombinasi BoxKu yang menyenangkan pada harga serendah RM10.90, dan tawaran Super Tuesday yang menjadi kegemaran ramai peminat piza setiap hari Selasa.
Tawaran bernilai ini akan diteruskan walaupun kos bahan dan perbelanjaan operasi kian meningkat. Domino’s tetap berpegang pada komitmen untuk memberikan nilai yang lebih dan memastikan pelanggan terus menikmati tawaran hebat yangsama tanpa sebarang kenaikan harga.
Segala tawaran menarik ini boleh didapati di semua cawanganDomino’s di seluruh negara. Pesanan boleh dibuat menerusi laman web Domino’s, aplikasi Domino’s, atau di mana-mana cawangan Domino’s. Untuk maklumat terkini, layariwww.dominos.com.my atau ikuti @dominosmy di Facebook dan Instagram.
Mengenai Domino’s Enterprises Ltd
Dengan lebih daripada lapan piza yang dijual setiap saat dan lebih daripada 3,800 cawangan di 12 pasaran (Australia, New Zealand, Belgium, Perancis, Belanda, Jepun, Jerman, Luxembourg, Taiwan, Malaysia, Singapura dan Kemboja) Domino’s Pizza Enterprises Limited (ASX: DMP) bertekad membekalkan makanan pengikat kasih yang paling lazat dan versatil. Piza kami ternyata mengeratkan ikatan sesama insan. Setiap tahun, kami menghidangkan lebih daripada 226 juta piza – iaitu lebih tujuh piza setiap saat – denganjualan mencecah $4.19 bilion dalam rangkaian globalnya. Disokong oleh lebih 100,000 anggota pasukan dan rakan francais, kami bersatu hati dengan satu tujuan jelas: Kami MEMBAWAKANkeriangan. Dalam setiap satu piza yang dihantar. Baik untuk dinikmati dalam kesunyian malam mahupun untuk sambutan besar-besaran, misi kami ialah untuk membawakan sajian yangmengenyangkan dan menyelerakan setiap kali.
Di Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat umum. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan sentiasa melakukan sedaya upaya kami untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit. Sehingga kini, terdapat 270 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.
Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003.
Domino’s Pizza juga telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Gold Franny pada 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016 dan juga Anugerah Jenama Putra, di mana Domino’s memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” pada 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016, Perak pada 2017 dan Gangsa pada 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022. Menerusi perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, Domino’s Pizza memenangi Anugerah Pengalaman Pelanggan Terbaik CXP untuk dua tahun berturut-turut pada 2020 dan 2021. Baru-baru ini pada 2022, kempen Domino’s Pizza, ‘Can’t Get Cheesier Than This’ (Tiada Lebih Keju Daripada Ini) memenangi Anugerah Emas di Dragons of Malaysia dan Perak di Dragons of Asia, kedua-duanya dalam kategori Pelancaran Produk Terbaik bagi Kempen Pelancaran Semula di Anugerah Dragons of Asia 2022. Pada tahun yang sama, Domino’s Pizza juga meraih Anugerah Pilihan Graduan, membuktikan dedikasi dan usaha Syarikat mengukuhkan inisiatif penjenamaan majikan yang memaparkan pelbagai pilihan dan ciri pekerjaan masa depan dan juga mengukuhkan kedudukannya sebagai majikan pilihan utama.
Pelanggan boleh mengunjungi laman webnya di www.dominos.com.my untuk membuat pesanan mereka. Untuk perkembangan terkini, sila ikuti laman Facebook Domino’s Pizza Malaysia di https://www.facebook.com/DominosMY/ atau Instagram di https://www.instagram.com/dominosmy/
Comments
Post a Comment