DATO’ M. N46IR CIPTA 3 Lengkapkan Trilogi Konsert — Malam Ini Gua Rock di Axiata Arena
KUALA LUMPUR, 27 SEPTEMBER 2025 — Setelah kejayaan dua konsert terdahulu, trilogi yang dinantikan akhirnya akan dilengkapkan. Konsert DATO’ M. N46IR CIPTA 3 bakal menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam 27 September 2025, tepat jam 8 malam.
Apa yang lebih menghangatkan, kali ini Etiqa tampil sebagai Rakan Strategik Utama, berganding bahu bersama jenama lagenda Harley-Davidson, menambahkan ‘jiwa rock’ sebenar pada malam yang dijangka menjadi satu lagi detik bersejarah buat dunia seni tanah air.
Hadiah Harley-Davidson untuk Peminat Bertuah!
Sebagai simbol penghargaan dan semangat malam rock tersebut, Dato’ M. Nasir akan menerima sebuah motosikal Harley-Davidson, model Softail STD FXST bernilai RM114,000 lengkap dengan perlindungan insurans Etiqa — dan luar biasanya, beliau akan menghadiahkannya secara ikhlas kepada seorang peminat bertuah!
Ya, seorang pembeli tiket bertuah akan membawa pulang bukan sahaja kenangan tak ternilai, malah sebiji motosikal Harley-Davidson sebenar iaitu hadiah eksklusif yang menepati tema konsert: “Malam Ini Gua Rock!”
CIPTA 3: Rock Cara Lu… Janji Rock
Konsert kali ini bakal menyaksikan sang sifu muzik, Dato’ M. Nasir, mempersembahkan deretan lagu-lagu rock ciptaan dan nyanyiannya sendiri — lagu-lagu yang telah meninggalkan kesan mendalam kepada generasi peminat muzik Nusantara.
Tema konsert “Rock Cara Lu… Janji Rock” menyeru semua peminat agar tampil dengan gaya rock masing-masing sebagai lambang kebebasan berekspresi dan seni yang tidak terikat pada satu bentuk.
“Ini sebuah kolaborasi yang cukup mantap antara Dato’, Icon Entertainment, Harley-Davidson dan Etiqa. Dan yang paling penting, pemenang Harley-Davidson akan dipilih daripada pembeli tiket sahaja, tanpa mengira kategori,” jelas Iman Tang, pengasas Icon Entertainment.
Tiket & Akses Awal Eksklusif di Etiqa+
Menurut Kamaludin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etiqa Insurans & Takaful:
“Kami sangat teruja untuk menjayakan konsert ini bersama Dato’ M. Nasir dan Icon Entertainment. Ia bukan sekadar persembahan muzik, tetapi pengalaman digital sepenuhnya. Melalui aplikasi Etiqa+, orang ramai mendapat akses awal ke tiket pra-jualan pada 3 Julai 2025 selama 24 jam.”
Untuk yang terlepas peluang pra-jualan, Etiqa juga akan menganjurkan kempen khas dengan pelbagai hadiah menarik, termasuk tiket konsert. Jadi, pastikan anda muat turun aplikasi Etiqa+ dan ikuti kempen mereka.
Tiket |
RM258 (TEGUH), RM358 (OPERA HIDUP), RM458 (ISI DAN KULIT), RM488 (SEJATI), RM558 (GADISKU), RM628 (PAWANA) |
Pra-jualan Eksklusif |
3 Julai 2025 (2 petang) melalui aplikasi Etiqa+ |
Jualan Umum |
4 Julai 2025 (11 pagi) |
Beli Tiket |
|
Hotline |
012-6530700 (WhatsApp) |
Tema Pakaian |
ROCK CARA LU JANJI ROCK |
Penaja & Rakan Media
- Etiqa – Rakan Strategik Utama
- DTC – Pengangkutan Rasmi
- ERA, SINAR, GEGAR, ZAYAN – Radio Rasmi
- Astro Gempak – Digital Rasmi
Untuk maklumat lanjut tentang cabutan bertuah dan kemas kini terkini konsert, sila ikuti:
📱 Instagram: @iconentertainmentmy dan @datomnasircipta
Ayuh Gegarkan Axiata Arena!
Konsert ini bukan sekadar persembahan – ia adalah satu penghormatan kepada legasi muzik Dato’ M. Nasir, lambang ekspresi seni yang tidak pernah terpadam.
Jadi, pastikan anda menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini. Malam ini kita Rock. Rock Cara Lu… Janji Rock!
Comments
Post a Comment