ZENRICH WAGYU RAIH PENGIKTIRAFAN ASEAN RECORDS BAGI IMPORT WAGYU JEPUN, LANCAR RESTORAN PERTAMA, WAGYU BY LA MOON
KUALA LUMPUR, 25 Jun 2025 — Permintaan daging lembu premium seperti Wagyu semakin meningkat di Malaysia, dan Zenrich Allied Sdn. Bhd. (Zenrich Wagyu) telah menerajui sektor pembekalan daging Wagyu selama lebih sedekad. Peningkatan populariti daging Wagyu Jepun di negara ini terus dipenuhi Zenrich Wagyu sehingga dinobatkan dengan pengiktirafan ASEAN Records bagi pencapaian 'Jumlah Import Tahunan Terbesar Wagyu Jepun dalam Setahun' dalam satu majlis hari ini. Upacara yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup, tersebut diadakan sempena pembukaan rasmi restoran Wagyu by La Moon, restoran pertama mereka yang terletak di The Greens, Taman Tun Dr Ismail.
Mencatat jumlah import daging Wagyu Jepun sebanyak 192,000 kilogram, bersamaan dengan 12.86 juta hirisan daging, ataupun kira-kira 600 ekor lembu, pengiktirafan tersebut melambangkan permintaan yang begitu dinamik dan semakin meningkat di Malaysia. Pencapaian Zenrich terbabit bukan sahaja menggambarkan perdagangan antara Malaysia dan Jepun yang semakin rancak tetapi juga menghubungkan budaya antara dua negara melalui makanan.
"Rekod ini menjadikan usaha syarikat-syarikat Malaysia seperti Zenrich Wagyu sebagai satu contoh, dan komitmen pemain industri negara ini untuk membawa yang terbaik dari dunia ke Malaysia sambil mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab makanan terkemuka dunia," kata Arthur. "Import sebanyak ini juga mengukuhkan hubungan perdagangan dalam sektor pertanian dengan rakan-rakan seperti Jepun, selain membina budaya makanan yang sama dinamik seperti rakyat kita," tambahnya.
“Penerimaan Malaysia terhadap daging Wagyu mencerminkan kekuatan hubungan kita (Malaysia-Jepun). Rekod ASEAN yang dicapai oleh Zenrich Wagyu juga adalah bukti melambangkan kekuatan itu,” ujar Daisuke Nihei, Menteri Kedutaan Jepun di Malaysia, yang turut hadir pada majlis itu.
Terletak di kawasan yang dipenuhi restoran dan tempat makan dan dikunjungi oleh pelanggan dari dalam TTDI dan luar kawasan sekitar, Wagyu by La Moon memberikan suasana kopitiam mewah dengan sentuhan Jepun. Bayangkan suasana makcik dan pakcik berkongsi hotpot dengan anak-anak mereka, sementara sekumpulan profesional muda membahaskan cara memanggang yakiniku yang sempurna selepas seharian bekerja. Menawarkan suasana Kuala Lumpur yang tulen dan pelbagai: Wagyu by La Moon ingin menempa nama sebagai satu institusi yang mengalu-alukan semua orang untuk menikmati menu mereka yang menyajikan makanan terkenal berasaskan Wagyu Jepun, terutama sekali dalam membantu usaha mengalu-alukan pelancong antarabangsa yang berminat untuk meneroka kepelbagaian gastronomi ibu kota sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Pengarah Zenrich Wagyu, Liven Chong berkata, "Apa yang bermula sebagai minat terhadap bahan makanan berkualiti kini menjadi simbol hubungan antara dua negara yang kuat, menyatukan masyarakat, budaya dan masakan dengan makanan yang paling lazat iaitu daging Wagyu Jepun."
Wagyu by La Moon menghidangkan dagind Wagyu Jepun A5 Miayazaki, restoran tersebut dipimpin oleh Chef Saburou Niitsu, seorang chef berbangsa Jepun yang telah berkecimpung dalam bidang masakan Jepun selama 35 tahun. Menu beliau ibarat sepucuk surat cinta dari Jepun ke Malaysia: daripada yakiniku dengan arang berasap, kepada hirisan nipis shabu-shabu dalam sup sukiyaki, pakej Wagyu Jepun di restoran ini bermula dari RM199.
“Setiap hidangan di sini disediakan dengan penuh hormat ke atas bahan-bahan, dan keinginan untuk mencipta sesuatu yang benar-benar diingati oleh setiap tetamu,” kata Niitsu.
Dibuka sehingga pukul 1 pagi, Wagyu by La Moon boleh menjadi penyelamat bagi penggemar makanan lewat malam ibu kota. Menampilkan pelayan restoran terlatih yang dilengkapi dengan senyuman mesra Wagyu by La Moon sedia untuk menjadikan setiap lawatan anda terasa seperti pesta makanan Jepun yang sebenar.
Tatkala VM2026 sedang rancak berjalan, Wagyu by La Moon menyediakan gambaran tentang apa yang Malaysia boleh tawarkan: sebuah negara yang menggabungkan citarasa global dengan layanan mesra. Dari ladang Jepun ke kehirukan TTDI yang meriah, Zenrich Wagyu ingin bantu anda cipta memori yang indah, dilengkapi dengan hidangan yang lazat.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Wagyu by La Moon, lawati halaman Facebook atau Instagramnya. Untuk maklumat lanjut mengenai Zenrich Wagyu, log masuk ke https://www.zenrichallied.com/.
###
About Wagyu by La Moon
Wagyu by La Moon is Kuala Lumpur’s premier destination for authentic Japanese wagyu, nestled in the heart of Taman Tun Dr Ismail’s vibrant food scene. As the first restaurant venture of Zenrich Wagyu, Malaysia’s leading importer of premium Japanese beef, it offers halal-certified A5 Miyazaki Wagyu crafted into yakiniku, shabu-shabu, and sukiyaki by Chef Saburou, a 35-year Japanese culinary master. With its warm, welcoming vibe and all-you-can-eat deals starting at RM199, Wagyu by La Moon brings world-class dining to KL’s tables, celebrating Malaysia’s culinary rise ahead of Visit Malaysia 2026. Open till 1 a.m. with basement parking, it’s where global flavors meet local hospitality. To know more about Wagyu by La Moon, visit its Facebook page or Instagram.
About Zenrich Wagyu
For over a decade, Zenrich Allied Sdn. Bhd. (Zenrich Wagyu) has been Malaysia’s trusted sole supplier of premium wagyu beef, partnering with businesses to meet their meat needs with unmatched quality. Growing steadily each year, Zenrich Allied has expanded its reach through multiple brands, including its flagship Wagyu by La Moon in Taman Tun Dr Ismail, bringing authentic Japanese wagyu to Malaysia’s vibrant dining scene. Committed to being the nation’s top wagyu supplier, Zenrich focuses on variety, convenience, and excellence, sourcing high-grade wagyu from Japan’s mountain regions, where cattle thrive on pristine water and lush forage. Twice monthly, Zenrich’s dedicated specialists travel to Japan to hand-select each cut, ensuring only the finest halal-certified beef reaches Malaysian tables, strengthening culinary and trade ties between the two countries. For more info on Zenrich Wagyu, log on to https://www.zenrichallied.com/.
About ASEAN Records
ASEAN Records is a regional record-recognition platform established with consent from the ASEANSec, celebrating exceptional, measurable achievements across all ten ASEAN member countries. Through a rigorous verification process, it honors individuals, businesses, and organizations setting new benchmarks in their respective industries—fostering regional pride, unity, and inspiration for future generations. For more information, please visit www.aseanrecords.com.
|
|
Comments
Post a Comment