SPIDER Raikan Perjalanan Seni dalam Konsert Unplugged Eksklusif 2025

SPIDER UNPLUGGED: Legenda Kembali Menggigit di Mega Star Arena, Oktober Ini

“Relaku pujuk hati ini…”

Kalau anda tahu sambung lirik ini, besar kemungkinan anda salah seorang daripada generasi yang membesar dengan lagu-lagu Spider sebuag kumpulan rock-ska yang pernah ‘menghantui’ corong radio kita sejak akhir 90-an.

Kini, selepas hampir tiga dekad, Spider kembali untuk satu malam istimewa yang menjanjikan keintiman muzik, kematangan persembahan, dan tentunya nostalgia yang menyengat:

πŸ“ SPIDER UNPLUGGED, pada 25 Oktober 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Dari “percubaan” ke legenda muzik Malaysia


Siapa sangka, pada tahun 1996, Spider hanya dianggap sebagai satu lagi eksperimen muzik baharu. Tapi berbekalkan bakat luar biasa dan sokongan nama besar seperti Dato’ M. Nasir, Spider perlahan-lahan membina nama namun bukan sekadar untuk dikenali, tetapi untuk diingati.

Dengan lagu-lagu ikonik seperti Nazraku, Aladin, Relaku Pujuk, Kasih Latifah dan Cinta Dewa Dewi, mereka bukan sekadar mengisi carta lagu, tetapi mengisi ruang dalam hati pendengar.

Spider bukan hanya bertahan tetapi mereka berkembang. Mereka pernah menang Juara Lagu 2004, diiktiraf Album Pop Rock Terbaik 2005, dan terus merakam karya segar termasuk single Keluar Sarang (2024) yang membuktikan taring mereka belum tumpul.


SPIDER UNPLUGGED: Persembahan jujur dan tanpa topeng muzik

SPIDER UNPLUGGED bukan sekadar sebuah konsert. Ia adalah keraian kepada seni, penghormatan kepada peminat, dan pengiktirafan terhadap perjalanan 29 tahun yang penuh jatuh bangun.

Menurut wakil penganjur, Fandy Alias dari Naga Legend Entertainment, kolaborasi bersama Spider untuk konsert berkonsepkan unplugged ini adalah sesuatu yang sangat dinanti:

“Konsep unplugged ini adalah kali pertama kami bawakan bersama Spider. Kami percaya, hasilnya akan menjadi sebuah malam yang mewah dengan emosi, penuh keintiman dan pasti jadi kenangan manis buat semua yang hadir.”


Tam: “Kami tidak akan naik pentas sekadar untuk cukup syarat.”

Tam, vokalis Spider, dengan tegas menyatakan bahawa konsert ini bukan dibuat sekadar mengisi kalendar:

“Spider sangat selektif. Kami bukan naik pentas sekadar ‘goreng muzik’. Kami mahu pastikan setiap aspek — konsep, audio, teknikal — berada pada tahap terbaik sebelum kami ‘kasi pecah panggung’.”


Unplugged membawa maksud persembahan tanpa topeng — tiada ‘overdubbing’, tiada kesan khas. Hanya muzik tulen, vokal jujur, dan keindahan lagu yang pernah menemani kita dalam senyap atau tangis.

Konsert SPIDER UNPLUGGED bukan sekadar medan untuk mendendangkan lagu-lagu lama secara akustik — ia adalah tanda penghargaan Spider kepada peminat yang setia bersama sejak mula mereka bertatih dalam dunia muzik.

Bagi Tam, vokalis utama Spider yang menjadi suara dan jiwa kumpulan ini sejak penubuhannya, konsert ini menjadi detik penuh makna — bukan hanya sebagai persembahan, tetapi juga sebagai muhasabah dan lambang kesinambungan perjuangan seni mereka.

“Sudah hampir 30 tahun kami dalam dunia muzik. Banyak yang kami tempuhi — dari zaman kegemilangan, keheningan, sehinggalah fasa kebangkitan semula. Konsert ini kami persembahkan bukan sekadar untuk hiburan, tapi sebagai tanda terima kasih buat peminat yang terus menyokong Spider dari dulu sampai sekarang,” luah Tam dengan nada penuh penghargaan.


Malah beliau turut membayangkan bahawa SPIDER UNPLUGGED hanyalah permulaan kepada sebuah perjalanan baru yang lebih besar. Jika konsert ini mendapat sambutan hangat, tidak mustahil tahun depan Spider akan tampil pula dengan konsert berskala lebih besar — lengkap dengan iringan orkestra.

“Kalau peminat beri sokongan padu untuk Unplugged ini, mungkin tahun depan kita akan adakan konsert dengan orkestra. Itu antara impian saya — gabungkan kekuatan muzik Spider dengan elemen orkestra yang epik. Tapi semuanya bergantung kepada sambutan. Jika kuat, kita akan teruskan,” tambah Tam lagi dengan nada penuh harapan.


Harapan itu bukan datang kosong. Ia lahir daripada sejarah panjang Spider yang membina nama dari bawah, menghadapi jatuh bangun industri, dan masih kekal relevan hingga kini. SPIDER UNPLUGGED adalah satu bentuk penghormatan kepada perjalanan itu — dan satu janji bahawa selagi ada yang percaya pada muzik mereka, Spider akan terus menyengat.

Jangan tunggu lama-lama, tiket boleh lesap!

SPIDER UNPLUGGED hanya satu malam. Dan seperti yang dibuktikan dalam penganjuran konsert mereka sebelum ini — pecah, sold out, dan penuh tenaga — peminat dinasihatkan untuk tidak berlengah.

Tiket mula dijual pada 25 April 2025, jam 3 petang di laman rasmi:

πŸ‘‰ www.ilassotickets.com/spiderunplugged

Kategori tiket:

  • πŸ’œ RM198 (ALADDIN) – Free Seating
  • πŸ’™ RM238 (CINTA DEWA DEWI) – Numbered Seat
  • πŸ’› RM298 (KASIH LATIFAH) – Numbered Seating
  • ❤️ RM388 (RELAKU PUJUK) – Numbered Seating

Tunggu Apa Lagi?

Kalau Spider pernah jadi lagu tema zaman sekolah atau peneman jiwa waktu patah hati, ini peluang anda untuk menghidupkan kembali kenangan itu secara langsung.

Datang dan rasai sendiri magis SPIDER UNPLUGGED pada malam yang bakal mencipta sejarah dalam dunia muzik tanah air.

πŸ“ 25 Oktober 2025

πŸ“Œ Mega Star Arena, Kuala Lumpur

🎀 SPIDER. UNPLUGGED. PENUH JIWA.


Comments