ScalpTECH™ by Watsons: Rahsia Baru Rambut Lebih Sihat Bermula dari Kulit Kepala!

 

ScalpTECH™ by Watsons: Rahsia Baru Rambut Lebih Sihat Bermula dari Kulit



Watsons baru sahaja melancarkan produk terbaru untuk penjagaan rambut dan kulit kepala. Majlis diadakan secara eksklusif dan sangat menarik. Produk berjenama; 

Hair System by Watsons ScalpTECH™

Apa Itu ScalpTECH™?

ScalpTECH™ bukan sekadar produk rambut biasa. Ia adalah sistem penjagaan kulit kepala yang diinspirasikan daripada langkah penjagaan kulit wajah. Yes, macam skincare routine tapi untuk kulit kepala! Watsons percaya bahawa kulit kepala yang sihat = rambut yang kuat, tebal dan berkilau.

Rangkaian ini dilengkapi dengan 4 langkah utama:

  1. Exfoliate – Skrub kulit kepala untuk buang sel mati & bersihkan pori
  2. Cleanse – Syampu khas ikut keperluan kulit kepala
  3. Treat – Rawatan intensif untuk imbangi & lembapkan kulit kepala
  4. Stimulate – Tonic urutan untuk aktifkan peredaran darah & sokong pertumbuhan rambut

Kenapa Ia Lain Daripada Yang Lain?

Watsons memang tak main-main. Setiap produk dalam rangkaian ini dirumus dengan bahan-bahan berkualiti tinggi seperti:

  • Pre & Probiotik – Imbangi mikrobiom kulit kepala
  • Niacinamide & Biotin – Bantu pertumbuhan rambut & elak keguguran
  • Tea Tree, Ginseng & Peppermint – Memberi sensasi segar & bersih
  • Keratin & Protein – Kuatkan akar rambut & cegah rambut rapuh
  • Asid Salisilik – Buang sel kulit mati dengan lembut

Pendek kata, ia macam ‘facial treatment’ untuk kulit kepala kita!

Pelancaran Eksklusif di CocoDRY, Platinum Park





Acara pelancaran diadakan dalam suasana eksklusif dan santai di CocoDRY Saloon, Platinum Park. Selain sesi perkenalan produk, kami juga berpeluang menjalani personalized scalp analysis dan rawatan ScalpTECH™ yang menyegarkan.

Yang paling best, selebriti terkenal Elizabeth Tan turut hadir dan berkongsi kisah sebenar tentang masalah rambut beliau – relatable sangat!

Scalp Care is the New Self-Care

Watsons menyampaikan mesej penting melalui kempen ini – kita selalu jaga muka, tapi kenapa tak jaga kulit kepala? Sama seperti skincare, penjagaan kulit kepala juga perlu konsisten dan tepat.

Kalau anda pernah alami masalah seperti:

  • Kelemumur
  • Rambut cepat gugur
  • Kulit kepala berminyak / gatal
  • Rambut nipis & kurang volume

maka Hair System by Watsons ScalpTECH™ wajib ada dalam rutin anda.


Invest in Your Roots


Rambut yang cantik bermula dari akar. Kalau selama ni kita asyik fokus pada syampu & perapi semata-mata, mungkin inilah masa terbaik untuk naik taraf rutin penjagaan rambut kita.

Saya dah cuba – dan jujurnya, scalp saya rasa jauh lebih bersih, ringan & segar. Highly recommended untuk anda yang nak upgrade penjagaan diri dari dalam!

Rambut sihat bukan lagi impian, bila kulit kepala dijaga dengan penuh perhatian.

Terima kasih Watsons untuk peluang istimewa ini!


Comments