SLAM x EXIST

 24 Mac 2025, Singapura - Sesuatu yang hangat dan mengujakan sedang hadir ke Singapura. Dua

kumpulan legenda yang nama mereka mewangi di Nusantara akan menjadi ‘satu’ pada malam penuh

epik khusus buat peminat-peminat mereka.

Exists X Slam Live In Singapore. Begitu ringkas nama konsert yang menggabungkan dua pesohor

industri muzik ini. Buat perdana kali dan cukup istimewa, Exists X Slam akan bergabung menerusi

konsert perdana mereka di The Star Theatre Singapura pada 29 November 2025.

Dibawakan khas oleh Shiraz Projects, Exists X Slam menjadi indikasi kepada relevansi dua kumpulan

ini pada saat banyak grup generasi baharu bermunculan saban waktu - bahawa karya Exists dan Slam

tidak pernah mati ditelan zaman.

“Ada yang bertanya kenapa Exists X Slam? Kenapa tidak? Bukan kerana setiap kumpulan ini tidak boleh

berdiri sendiri atau menarik penonton masing-masing memenuhkan The Star Theatre. Bukan juga

kerana selaku penganjur, Shiraz Projects tidak percaya bahawa Exists atau Slam akan membuat

konsert ini sukses.

“Tapi selaku penganjur, Shiraz Projects mahu menghargai Exists dan Slam menerusi penganjuran

konsert yang disifatkan sangat istimewa ini kerana melihat karya-karya mereka tetap digemari dan

berpengaruh kepada peminat walaupun mereka sudah lebih dua dekad dalam industri.“Jadi kenapa jika Shiraz Project boleh mendapatkan Exists X Slam lalu tidak melaksanakan projek

istimewa ini? Rugi jika kami melepaskan peluang ini selepas kedua-duanya bersetuju, kerana Exists

dan Slam terlalu istimewa dengan sejarah mereka masing-masing,” ujar Pengarah Urusan Shiraz

Project, Shiraz.

Menurutnya lagi hal yang menjadikan Exists X Slam sebagai konsert yang istimewa adalah sejarah yang

telah dicetak sepanjang ‘berperang’ dan berkelana dalam belantika muzik sejak awal tahun 90-an. Baik

Exists mahupun Slam yang sudah beberapa kali bertukar anggota termasuk vokalis tetap mampu

mempertahankan reputasi mereka kerana sokongan peminat yang tidak pernah berbelah bahagi. Itu

belum lagi pengiktirafan demi pengiktirafan yang diperoleh sepanjang berkarya.

“Dan siapa yang tidak kenal dengan lagu seperti Mengintai Dari Tirai Kamar atau Gerimis

Mengundang? Sekali dengar peminat tahu lagu-lagu ini dengan suara dan ciri khas muzik adalah milik

Exists misalnya atau Slam.“Jadi Shiraz Projects mahu membawakan lagu-lagu Slam dan Exists yang

selalu didengar hanya menerusi corong radio dipersembahkan secara langsung di hadapan anda

semua,” ujar Shiraz lagi.

Exists X Slam dipastikan juga akan membawa semua peminat pulang ke masa silam. Ikut terbuai dalam

alunan enak suara sang vokalis Exists, Ezad seperti Oh Ibu, Jesnita atau Julia. Atau kecanduan

mendengar merdu vokalis Zamani Slam dengan untaian lagu seperti Tak Mungkin Berpaling, Kembali

Terjalin atau Rindiani.

Tanpa menjanjikan bulan atau bintang, Exists dan Slam hanya mahu mempersembahkan sebuah

konsert yang meninggalkan kesan atau momen manis buat peminat.

“Kerana yang penting buat kami sebagai penghibur adalah melihat peminat berpuas hati, menyanyi

bersama dan pulang dengan kenangan terbaik yang mereka dapatkan dari Exists X Slam di The Star

Theatre pada 29 November 2025 ini,” kata Along mewakili dua kumpulan ternama ini.

Maka dengan itu jangan sampai terlepas mendapatkan tiket-tiket dengan kategori Meet & Greet

($258), Diamond ($168), Platinum ($148), Gold ($128), Gold RV ($108), Silver ($108), Silver RV ($88).

Pembelian boleh dilakukan bermula dari 26 Mac 2025 menerusi www.sistic.com.sg atau hubungi

talian hotline di -65 6348 5555.

Selamat berperang untuk mendapatkan tiket Exists X Slam!

EXISTS X SLAM LIVE IN SINGAPORE

Tarikh : 29 November 2025

Waktu : 8.00pm

Venue : The Star Theatre, Singapore

Harga tiket : SGD258 (Meet & Greet)

SGD168 (Diamond)

SGD148 (Platinum)

SGD128 (Gold)

SGD108 (Gold Restricted View)

SGD108 (Silver)

SGD88 (Silver Restricted View)

Tiket : www.sistic.com.sg

Facebook : shirazprojects

Instagram : shirazprojects.sg

Laman Web : www.shirazprojects.com


Comments