KRU RAI PEMINAT - BUKA HARI KE 3 UNTUK KONSERT GENKRU!

33 TAHUN KRU DALAM INDUSTRI HIBURAN- KRU CETAK SEJARAH INDUSTRI HIBURAN



KONSERT GENKRU JADI 3 HARI, JUMPA 10 MEI 2025 DI AXIATA ARENA!


Tiket mula dijual 8 Januari pukul 3 petang


KRU mencetak bukan hanya rekod peribadi tetapi sejarah industri hiburan tanah air saat tahun 2025 dibuka apabila KONSERT GENKRU bukan dilaksanakan sehari atau dua tetapi tiga hari!

Betapa besar empayar dan pengaruh yang pernah dan masih lagi dimiliki KRU atau Kumpulan Rap Unggul ini melangkaui generasi dan peminat muzik sejak penubuhannya pada 1992.


Itu juga menjadi nyata KRU sebagai sebuah trio legenda tanah air yang tidak boleh dinafikan apabila agenda melaksanakan KONSERT GENKRU yang dijadualkan pada 3 Mei 2025 ditambah menjadi dua hari kerana sambutan hangat.


Manakan tidak, penjualan tiket untuk konsert hari pertama langsai dalam masa satu jam manakala penjualan hari kedua habis dalam masa 45 minit sahaja!


Dan setelah pihak penganjur, ICON ENTERTAINMENT menunaikan impian peminat yang ‘tewas berperang' sewaktu mendapatkan tiket pada malam pertama kepada penganjuran malam kedua iaitu 4 Mei 2025 nampaknya ia masih belum menghentikan mereka untuk memburu peluang lolos menjadi salah seorang saksi hidup KONSERT GENKRU di AXIATA ARENA.


Demi memenuhi hajat peminat, penganjur bersama anggota KRU iaitu Dato' Norman, Datuk Yusry dan Edry sebulat suara menganjurkan sehari lagi menjadikan KONSERT GENKRU pada 10 MEI 2025.


Keputusan menjadikan KONSERT GENKRU tiga hari juga adalah sebuah sejarah baharu yang wajar dibanggakan oleh bintang tempatan apabila kebayakannya hanya mengadakan konsert selama dua hari.


"Dengan pertimbangan yang cukup berhati-hati dan persetujuan yang diperoleh daripada KRU maka 10 MEI 2025 dipilih sebagai tarikh yang sesuai buat KONSERT GENKRU hari ketiga dilaksanakan selepas dua hari dijayakan pada 3 dan 4 MEI 2025.

"Keputusan menambah hari konsert menjadi tiga hari adalah kerana melihat antusias dan permintaan yang cukup tinggi dalam kalangan peminat selepas ada yang gagal mendapatkan tiket pada hari pertama dan hari kedua.


"Penganjuran hari ketiga iaitu pada 10 MEl 2025 bukan bersifat opurtunis sebaliknya KRU tidak mahu menghampakan harapan peminat dan KRU juga ingin membuktikan bahawa pemuzik tempatan juga mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar terhadap pasaran sendiri. Berjaya melakukan konsert berskala besar untuk tiga malam merupakan satu penghormatan untuk artis tempatan kita," ujar Pengasas ICON ENTERTAINMENT, Iman Tang. “Selain itu, YB Adam Adli banyak membantu untuk mengadakan konsert untuk hari ketiga di tempat yang sama.” Ujar beliau lagi. 


Konsert ini akan berlansung selama 2 jam setengah dipenuhi dengan 25 lagu pilihan para peminat KRU. 


Dari segi persediaan stamina Norman telah turun 8kg dengan melakukan senaman. Mereka benar benar bersedia untuk konsert kali ini.  KRU juga menjanjikan konsert yang menghiburkan untuk para peminat setianya sejak 33 tahun yang lalu. 20 penari, musician akan dipilih selain ada live guitar.  “ Ada juga  ke arah untuk memasukkan KRU ke dalam senarai Malaysia Book Of Record tetapi apa yang lebih penting ialah pengiktirafan terhadap ‘Industri seni tempatan’ itu sendiri “ jelas Iman Tang.


Lagu wajib Awas, Jangan Lafazkan pastinya ada untuk konsert KRU kali ini.. Jom datang ke KONSERT GENKRU beramai ramai!




Comments