MYDIN LANCAR KEMPEN ‘SHINE BRIGHT THIS DEEPAVALI’
Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) telah melancarkan kempen ‘Shine Bright This Deepavali’ sempena sambutan Deepavali yang bakal menjelang tidak lama lagi. Majlis pelancaran tersebut telah diadakan pada 1 Oktober yang lalu di Mydin Mall USJ Subang jaya, Selangor. Kempen tersebut bertujuan menawarkan penjimatan, peraduan dan menyediakan pelbagai promosi persiapan sempena perayaan tersebut.
Majlis pelancaran kempen ‘Shine Bright This Deepavali’ tersebut telah disempurnakan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Senator Saraswathy Kandasami di MYDIN Subang Jaya.
Sepanjang kempen berlangsung MYDIN turut bekerjasama dengan SMS Deen Jewellers bagi menawarkan ganjaran barangan kemas bernilai keseluruhan RM120,000 bagi pelanggan bertuah yang berbelanja serendah RM150 di dalam satu resit di mana-mana cawangan MYDIN. Manakala, pelanggan bertuah yang membeli barang kemas di SMS Deen Jewellers serendah RM1,500 berpeluang memenangi hadiah ‘hypermarket sweep’ dengan nilai keseluruhan RM45,000.
Menurut Pengarah Eksekutif MYDIN, Ahimmat bin Mydin, “Pelanggan kami berlatarbelakangkan pelbagai kaum. Justeru itu, kempen seumpama ini bertujuan untuk menghargai sokongan mereka dan berkongsi kemeriahan sambutan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi.”
Bagi menambah kemeriahan kempen tersebut, MYDIN turut menjalin kerjasama dengan Bombay Bazaar untuk menawarkan pelbagai barangan kelengkapan persediaan sambutan Deepavali, termasuk makanan, pakaian tradisional, dan banyak lagi. Barangan ini boleh didapati di beberapa cawangan MYDIN seperti di Subang Jaya (Selangor), Seremban 2 (Negeri Sembilan), MITC (Melaka) dan Meru Raya (Perak).
Orang ramai boleh melayari laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ‘Shine Bright This Deepavali’, yang sedang berlangsung sehingga 31 Oktober 2024.
Mengenai MYDIN
Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) merupakan rangkaian pemborong dan peruncitan terbesar tempatan yang beroperasi sejak Ogos 1957. Dengan slogan Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong! MYDIN terus menjadi penggerak utama industri peruncitan halal bagi membekalkan pelbagai pilihan produk berkualiti yang berorientasikan polisi harga borong setiap hari. MYDIN kini mempunyai 69 cawangan seluruh negara melibatkan tujuh format perniagaan. Layari laman sesawang rasmi www.mydin.my untuk maklumat lanjut.
Comments
Post a Comment