‘SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR'
Kharisma Music Hadirkan Penyanyi & Penulis Lagu Berbakat Indonesia Dalam Sebuah Konsert Istimewa
Dari planet yang lain…
Sepertinya kau memang dari planet yang lainDikirim ke bumi untuk orang orang sepertikuSepertinya kau memang dari planet yang jauhDikirim ke bumi untuk datang menemani aku
Yang kalau ditanya apa bentuk cinta,Aku juga bingung jawabnya, nggak tau gimanaMenyimpan banyak tanya tentang cintaAku bingung carinya di mana, tanya ke siapa
Lalu datang kau yang unikKau temani aku jalan pelanBerdampingan tidak buru buruGandeng tangan
Aku pernah kehilanganKetakutan lalu kau terangkanBahwa itulah bagianDari cara hidup berpasangan
Kau memang dari planet planet yang lainKuyakinDikirim ke bumiUntuk orang orang sepertiku
Setelah mendengar lagu unik ini, kita pastinya ingin tahu siapa penyanyinya..
Penyanyi dan penulis lagu penuh berbakat berasal Malang, Indonesia, juga pelantun lagu popular ‘Gala Bunga Matahari’, Salmanto Ashrizky Priadi atau lebih mesra dengan panggilan Sal Priadi, bakal
menghiburkan peminat kesayangannya di Malaysia.
Konsert akan diadakan pada 13 Oktober 2024 ini, di dewan Zepp Kuala Lumpur bermula jam 8:00 malam, anjuran syarikat penganjur konsert terkenal, Kharisma Music.
Menurut En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music ketika ditemui di sidang media eksklusif konsert Sal Priadi bertempat di Silverfox Cafe KL, katanya,
“Konsert ‘SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR’ merupakan inisiatif kami dalam menghadirkan hiburan ‘live’ buat peminat Sal yang ada di Malaysia dan seluruh rantau Asia.
Konsert ini merupakan peluang luar biasa bagi peminat untuk menyaksikan sendiri persembahan secara langsung dari salah seorang bintang muzik paling menonjol dalam industri muzik Indonesia.
Dikenali dengan lirik puitis dan melodi yang memikat hati, Sal Priadi dijadualkan membawa penonton melalui sebuah perjalanan emosional yang memukau.
“Ini adalah kali pertama saya mengadakan persembahan berskala besar di Malaysia dalam siri jelajah ‘Sal Priadi Zuzuzaza Tur 2024’, dan saya akan mempersembahkan lagu-lagu dari album kedua saya ‘Markers & Such Pens Flashdisks’ yang mencaritakan tentang semangat kreativiti dan keyakinan untuk mencipta sesuatu yang bermakna,” kata Sal Priadi.
Sal Priadi juga berkongsi pengalaman berharga semasa kunjungannya ke Kuala Lumpur tahun lalu.
“Kuala Lumpur mempunyai makna yang istimewa dan dekat di hati saya. Selepas melakukan ‘showcase’ album tahun lalu, saya ingin berkongsi pengalaman tersebut dengan peminat dalam bentuk konsert yang lebih besar.
“Peminat akan disajikan dengan persembahan saya selama 2 jam dengan hampir 20 buah lagu yang diambil dari kedua-dua album saya.
Para penonton juga turut disajikan dengan paparan audio visual yang kreatif, direka khas untuk menonjolkan jalan cerita setiap lagu yang dinyanyikan oleh Sal Priadi.
En. Ahmad Jeffny menambah, “Kami teruja untuk membawa Sal ke Kuala Lumpur. Konsert ini akan menyediakan platform bagi Sal untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan peminatnya, dan kami yakin ia akan menjadi malam yang penuh dengan keajaiban dan kenangan yang terindah.
“Terima kasih buat syarikat penerbangan Citilink Indonesia kerana menaja penerbangan, termasuk rakan penaja lain Intan Gelombang dan Futurace, serta rakan radio rasmi, ERA bersama-sama rakan media rasmi, Gempak.com.”
Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket konsert ‘SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR’ dengan segera, kerana tempat adalah terhad.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila lawati laman web ticket2u.com.my/sal-priadi.
Harga-harga tiket adalah seperti berikut:
● Dari Planet Lain [VIP Standing] - RM258
● Gala Bunga Matahari [Standing] - RM158
● Amin Paling Serius [VIP Seated] - RM258
● Foto Kita Blur [Normal Seated] - RM188
● VVIP Box - RM4,000
Comments
Post a Comment