PROGRAM "ENSANY GLOBAL PEACE & MAKAN MALAM AMAL"
Sessi Sidang Media PROGRAM "ENSANY GLOBAL PEACE & MAKAN MALAM AMAL" telah diadakan di Restoran Rebung pada 2 hb Oktober yang lalu.
Majlis Makan Malam Amal ini bakal diadakan pada 30 November 2024 jam 08.00 malam bertempat di IDCC Shah Alam, Selangor.
Acara tersebut bakal menampilkan selebriti popular seperti Kumpulan Rabbani, Lah Ahmad, Mawi & Oja.
Lah Ahmad juga memberi sokongan yang kuat ada menyatakan bahawa beliaun bersyukur sebab dapat menyertai team kali ini.
Program ini juga menampilkan Sheikh Abdul Karim Al Makki merupakan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan membaca doa dan alunan ayat suci Al Quran, dan DJ Pyan IKIM Em sebagai pengacara program tersebut.
Sebagai sebuah organisasi kemanusiaan, Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia komited dalam membawa perubahan positif kepada masyarakat melalui pelbagai inisiatif dan program. Kami telah lama berdedikasi dalam menyediakan bantuan kepada golongan yang memerlukan, menyebarkan mesej kemanusiaan, dan memupuk semangat perpaduan. Dengan itu, program ini adalah manifestasi dari usaha kami untuk terus memperkukuh nilai-nilai keamanan, kash sayang, dan persaudaraan sejagat.
Program ini diadakan dengan kerjasama rakan strategik kami Rabbani Empire Resources yang terdiri daripada ahli kumplan Rabbani sendiri. Pemilian artis terlibat berdasarkan pencapian dan kredebiliti mereka dalam menyampaikan mesej-mesej kerohanian, kemanusian dan nasihat kepada peminat dan umum. Diharap dengan koliberasi ini dapat menarik peminat, orang ramai, rakan korporat, rakat NGO, GLC dan lain-lain untuk menyumbang dengan pembelian pakej jualan meja tersebut:
Platinum RM10,000, Emas RM7,000, Perak RM5,000, Gangsa RM3,000 (Setiap meja untuk 10 Orang).
Program Ensany Global Peace bukan sekadar sebuah acara hiburan, tetapi satu usaha untuk mendekatkan masyarakat dengan nilai-nilai kemanusian yang universal. Kami berharap acara ini akan memberi impak yang mendalam kepada semua yang hadir, dan juga kepada masyarakat yang lebih luas. la adalah peluang untuk kita bersama-sama merayakan keamanan dan perpaduan, serta menyumbang kepada usaha membantu golongan yang memerlukan.
Kepada semua rakan usahawan, Syarikat GLC, badan NGO dan orang persorangan berpeluang untuk berkerjasama dengan Pertubuhan Kemanusian Ensany Malaysia bagi merealisasikan program tersebut di atas agar berjalan lancar dengan jayanya melalui pakej-pakej penajaan yang kami sediakan.
Pertubuhan Kemanusian Ensany Malaysia mengharapkan penganjuran program "Ensany Global Peace" ini dapat memberi impak kepada semua lapisan masyarakat agar cakna terhadap isu-isu kemanusiaan dan mengambil sebanyak mungkin peluang untuk kita sama-sama menyumbang kepada aktiviti yang dilakukan oleh Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia, orang ramai boleh terus menyumbang melalui no akaun seperti di bawah:
: Pertubuhan Kemanusian Ensany Malaysia
: Bank Islam
: 1416 201100 2557
Bagi anda yang ingin membuat tempahan meja atau seat program "ENSANY GLOBAL PEACE & MAKAN
MALAM AMAL"
boleh
terus berhubung
dengan wakil melalui email:
ensanyglobalpeace@ensany.com atau whatsapp: 011 2059 9834. atau depatkan maklumat kami melalui
Facebook atau Instagram kami (EnsanyMalaysia).
Perancangan mereka Januari tahun depan akan diadakan lg.
Dapat salurkan terus ke Gaza.. menerusi Gaza City Council. Setiap 100k- 150k setiap bulan.
5 Ringgit for Hunger - disalurkan kpd gelandangan dan insan yang susah di Malaysia.
Kempen Ke Gaza disokong dari seluruh dunia. Di website Derma menerusi Tabung City Council Gaza. Sambutan amat memberansangkan. Sejak Oktober 2023.
Di website; ECD- Ensany Fund
Comments
Post a Comment