MUAH! by NAIM DANIEL Lancar BBF

NAIM DANIEL HARGAI RAKAN TUBUHKAN KUMPULAN ‘MUAH!’ LANCAR LAGU ‘BBF’

Bakat seni seseorang tiada siapa yang dapat meragui kerana ianya kurniaan ilahi. Hanya kita sedar ataupun tidak bakat tersebut ada di dalam diri kita.. mengambil peluang itu, mereka mencipta nama.


Naim Daniel yang bermula dengan penyanyi solo, kini beliau muncul dengan kumpulan kugirannya sendiri yang bergelar MUAH! la merupakan sebuah kumpulan yang berpusat di Kuala Lumpur. Menampilkan irama pop rock sebagai genre utama dalam penciptaan lagu mereka, kumpulan ini menampilkan Naim Daniel sebagai vokalis dan pemain gitar utama berserta, Zenith (gitar), Tasneem (Bass), Mairil (Deram), dan Ayai (Keyboard).
Mereka merupakan sahabat lama yang menghargai bakat masing masing dan bersama sama mahu berjaya dengan Muah!

Dan sebagai buah tangan pertama mereka selepas bernaung di bawah Sony Music Entertainment Malaysia, kumpulan MUAH! tampil dengan lagu baharu pertama mereka yang bertajuk 'BBF'.


Lagu BBF bertemakan masalah dalam perhubungan tentang seorang lelaki yang mempunyai kekasih namun pada masa yang sama kekasihnya itu mempunyai kawan

lelaki lain yang cuba untuk menawan hatinya.


"Lirik lagu ni kami tulis dengan sangat mudah dan penggunaan bahasa dalam lagu ni pun boleh dikatakan menggunakan bahasa pasar supaya apabila pendengar mendengar lagu ni, mereka akan lebih mudah memahami serta merasa dekat dengan kehidupan mereka," jelas mereka tentang lagu ini.



Proses rakaman lagu BBF juga sangat mudah kerana penerbit tahu apa yang mereka mahukan dalam lagu ini. Sebagai rakan sebaya dan mempunyai minat terhadap muzik dan seni, komunikasi antara mereka menjadi lebih mudah. 





Turut hadir pada majlis pelancaran lagi BBF ini adalah  pengarah urusan Sony Entertainment Malaysia, Kenny Ong. 


 “Kami juga saling bertukar idea untuk memastikan hasil lagu ini menjadi lebih baik. Sebelum kami mula merakam lagu BBF, kami pernah buat demo dan banyak kali berlatih di dalam studio. Dari versi pertama sampailah ke versi terakhir. Bila semua ahli kumpulan dah tahu bahagian masing-masing yang perlu dimainkan, kemudian barulah kami rakam lagu BBF," jelas mereka lagi. Tentunya terdapat juga cabaran dalam menghasilkan lagu ini.


"Cabaran yang terbesar kami lalui semasa proses rakaman adalah penerbit kami mengalami kecederaan di telinga kerana dia baru pulang dari sebuah penerbangan ke satu destinasi. Jadi semasa proses rakaman dia tidak dapat mendengar dengan baik. Jadi, dari situ kami kena saling membantu untuk teruskan rakaman lagu ini,"

tambah mereka.


Saat ditanya mengenai harapan mereka terhadap lagu ini MUAH! hanya mengharapankan lagu BBF mendapat penerimaan dan sambutan yang baik dari para pendengar.

"Kami juga berharap lagu ni dapat menembusi pasaran industri muzik kita dan juga luar negara," kata mereka menutup bicara.


Dikeluarkan pada 20 September 2024, 'BBF' boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify,

YouTube dan YouTube Music.





Lirik lagu BBF sangat catchy..


Naik genting malam minggu Macam lah ku tak tahu

Dulu aku pun buat macam tu Sebelum dengan mu

Mula share problem sikit sikit Lama lama jadi bukit Sekarang ni aku nak ungkit Sebab aku sakit

Don’t you get it?

Mamat tu bestfriend

Bukan boyfriend

Cuba lah faham aku explain Nak jadi boyfriend

Bukan bestfriend

Cara dia orang semua sepesen Celah mana boleh nak terjadi Boy bestfriend

Try hard gila nak bercinta Sampai sailang awek member Memang muka dia tebal gila Dia memang celaka

Tak faham ke

Mamat tu bestfriend

Bukan boyfriend

Cuba lah faham aku explain Nak jadi boyfriend

Bukan bestfriend

Cara dia orang semua sepesen Celah mana boleh nak terjadi Boy bestriend

Dia bukan boy bestfriend Dia nak jadi boyfriend Dia bukan boy bestfriend Dia nak jadi boyfriend

Mamat tu bestfriend

Bukan boyfriend

Cuba lah faham aku explain

Mamat tu bestfriend

Bukan boyfriend

Cuba lah faham aku explain Nak jadi boyfriend

Bukan bestfriend


Cara dia orang semua sepesen Celah mana boleh nak terjadi Celah mana boleh nak terjadi Boy bestfriend

















Comments