SAMRAH TRAVEL LANTIK ANITA YUSOP SEBAGAI DUTA PEMASARAN PAKEJ UMRAH

 




Sidang Media Kembara Haji & Umrah Samrah Travel telah diadakan di Restoran Arab Al Khair di Kuala Lumpur baru baru ini. Anita Yusop selaku Pengarah Urusan Anita Entertainment & Productions telah diberi peluang bekerjasama dengan Kembara Ziarah Haji & Umrah Samrah Travel. Anita yang dilantik sebagai ‘Duta Khas & Strategik Pemasaran/Promosi' kepada Samrah Travel selama setahun bermula 2024 hingga 2025.





Majlis yang dihadiri bersama Ketua Pegawai Eksekutif Samrah Travel Sdn Bhd, Haji Ahmed Shukri Abdul Rahman dengan kerjasama Bekal Baru Sdn Bhd  (anak  syarikat ADABI) dan Women Secret Recipe (WSR) dimulakan dengan  bacaan  Al Quran dan Doa oleh Iman Masjid Sharjah Dubai iaitu juga Qari dari Mesir, Sheikh Mohamed  Mahmoud.


Turut hadir Ketua Promoter Bahagian Pemasaran Bekal Baru Sdn Bhd (anak syarikat ADABI), 

Norhazila Khamis; Pengasas WSR, Hajah Rozlina Najmuddin; Pengurus Restoran Al-Khair, Yaser Faisal Noman Al-Gaafari serta penyanyi Rozita Rohaizad; Penyampai Radio, Jamal Jamaludin  serta ramai lagi termasuk ahli-ahli Anita Bikers.




Majlis menyaksikan kerjasama strategik antara Samrah Travel dengan beberapa organisasi terkemuka, termasuk pelancaran pakej eksklusif yang merangkumi lawatan ke  bandar-bandar bersejarah dan moden seperti Mekah, Madinah, Jeddah, Al-Ula (adain Saleh), Thaif dan Riyadh.  





“Kami di Samrah Travel sentiasa komited untuk memberikan pengalaman perjalanan yang terbaik kepada pelanggan. Dengan memperkenalkan pakej ini, kami berharap dapat memberi peluang kepada jemaah bukan sahaja untuk menunaikan ibadah dengan selesa, tetapi juga memperkayakan jiwa mereka melalui kunjungan ke tempat-tempat yang penuh sejarah dan keindahan alam,” ujar Ahmed Shukri dalam ucapan ringkasnya.






Menurut Ahmed, dengan pakej terbaharu yang ditawarkan, para jemaah bukan sahaja dapat menunaikan ibadah Haji dan Umrah dengan sempurna, tetapi juga menikmati pengalaman menyeluruh menerokai kekayaan budaya dan sejarah Arab Saudi. 


Jelasnya, bandar Mekah dan Madinah terus menjadi tumpuan utama dengan pengaturan perjalanan yang lancar dan kemudahan penginapan yang selesa, manakala Jeddah menawarkan pemandangan pesisir pantai dan keindahan bandar yang menjadi pintu masuk utama ke Tanah Suci. 

“Al-Ula pula memberikan peluang untuk menyaksikan keajaiban arkeologi yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, semenara Thaif dikenali dengan cuaca yang sejuk dan landskap yang mempesona. Akhir sekali, Riyadh, ibu negara yang moden dan dinamik, akan melengkapkan pengalaman perjalanan dengan gabungan warisan tradisional dan kemajuan teknologi,” tambah Ahmed.




Beliau yakin pakej menjelajahi lima destinasi utama di Arab Saudi yang dirangka mampu memenuhi keperluan spiritual serta keinginan para jemaah dan pelancong untuk menerokai tempat-tempat bersejarah dan budaya yang unik di negara tersebut. 


Selain itu, Samrah Travel turut mengumumkan pakej Umrah & Haji Plus iaitu sebuah pakej yang merangkumi melancong ke Uzbekistanyang kaya dengan sejarah tamadun Islam.


"Melalui pakej ini kami akan membawa jemaah ke tempat-tempat bersejarah dan menziarahi makam-makam seperti makam Imam Bukhori yang terletak di Kota Samarkand," ujar pengelolanya, Hajah Fadzlin Mat Shuib


dengan program kembara bersama motosikal berkuasa tinggi melalui programnya ‘Anita Bikers’ mengumumkan bakal mengatur program Jelajah Anita Bikers ke Saudi Arabia seterusnya menunaikan umrah ke tanah suci Mekah.




“Harapan saya ingin membawa ahli-ahli Bikers Jelajah ke Mekah sebagai satu-satunya acara kental tetapi sekali gus menanam sifat kerohanian dan dakwah dalam perjalanan setiap penunggang demi mendukung semangat bangsa dan agama,” akhiri Anita sambil memaklumkan sebarang maklumat lanjut berhubung mana-mana pakej Samrah Travel boleh menghubungi talian 019-2910997 atau Whatsapp ke 017-2740595.

Comments