KEMPEN KULINARI EKSKLUSIF ‘FLAVOURS OF SURIA’ MENAMPILKAN PELBAGAI RASA ANTARABANGSA DAN TEMPATAN
Suria KLCC merupakan destinasi membeli-belah ikonik Malaysia telah menamatkan pameran kulinari yang dinanti-nantikan, ‘Flavours of Suria’ baru baru ini. Ianya telah diadakan dari 21 hingga 27 Ogos 2024. Kempen kulinari eksklusif ini, sebahagian daripada Kempen F&B sepanjang bulan Ogos di Suria KLCC, menjemput wakil media dan pengunjung untuk meneroka pelbagai pengalaman kulinari, yang menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 100 outlet F&B yang menawarkan pelbagai jenis masakan tempatan dan juga antarabagsa. Selaras dengan tagline "Always Something New," Suria KLCC menawarkan siri bengkel hands-on dan sesi merasa eksklusif yang meninggalkan para hadirin terinspirasi dan gembira.
Acara ‘Flavours of Suria’ semestinya menarik perhatian pengunjung Suria KLCC.
Perjalanan ‘Flavours of Suria’ bermula dengan bengkel membuat Xiao Long Bao di DIN by Din Tai Fung, di mana para peserta dibimbing melalui proses rumit membuat dumpling yang halus ini oleh ketua chef restoran.
Semasa sesi tersebut, para media serta tetamu diperkenalkan kepada Chocolate Xiao Long Bao yang popular, dan pelancaran menu baru—Sea Salt Creamdip. Selaras dengan tema kempen, sesi ini berjaya menggabungkan teknik tradisional dengan cita rasa kontemporari dan fusion.
Pengalaman ini bukan sahaja menarik tetapi juga menekankan bahawa kempen ini bukan sahaja melibatkan restoran F&B, tetapi juga outlet popular di medan selera, yang mencerminkan komitmen Suria KLCC untuk menjadikan setiap hidangan sebagai pengalaman yang mendalam.
Selain itu Fuel Shack juga memperkenalkan beberapa menu baru antaranya;
Pada minggu seterusnya, penerokaan ‘Flavours of Suria’ singgah di restoran di Cili Kampung.
Di sini wakil media dijemput untuk mengikuti kelas eksklusif masakan Melayu autentik. Sesi yang diketuai oleh Eksekutif Chef Cili Kampung, Rizal Zamani dan Ketua Chef Cili Kampung Suria KLCC, Chef Bella, menumpukan kepada seni penyediaan dan hidangan masakan tradisional. Antaranya ialah Daging Masak Lomak, Kerabu Kerang Pucuk Paku dan Onde-Onde Puding Bakar, semuanya dilengkapi dengan air Sirap Pandan Kenduri yang manis dan menyegarkan.
Acara ini meninggalkan para tetamu dengan penghargaan mendalam terhadap warisan kulinari kaya yang dibawakan oleh Suria KLCC.
Keseronokan kempen ‘Flavours of Suria’ diteruskan di TGI Fridays, di mana bengkel membuat taco menandakan pelancaran menu baru mereka. Para tetamu mencipta taco mereka sendiri dari pelbagai bahan segar.
Menu Fresh Mex TGI Fridays yang serba baru ini menampilkan 11 hidangan Mexico autentik yang pasti akan menggugah selera anda. Dari rasa sizzling street tacos hingga mexi bowls yang kaya, menu ini adalah perayaan terhadap masakan Mexico yang bertenaga dan pelbagai.
Seterusnya, Imperial Chakri Palace menawarkan rasa masakan diraja Thai dalam sesi rasa yang sofistikated yang menampilkan Mieng Kham Scallop,
Ketam Premium dalam Kari Kuning, dan pencuci mulut Red Ruby Water Chestnut Chakri yang eksklusif. Keanggunan dan keunikan hidangan ini meninggalkan nikmat yang mendalam kepada hadirin.
‘Flavours of Suria’ juga berlangsung di TIEN by Putien,
di mana para media dan tetamu diperkenalkan kepada menu bermusim yang istimewa iaitu ‘eel’ Cina segar. Sesi ini menampilkan empat penyediaan ‘eel’ yang berbeza, setiap satu mencerminkan dedikasi restoran kepada kecemerlangan kulinari dan komitmen Suria KLCC untuk membawa rasa global kepada para pelanggannya.
Pengalaman eksklusif ini merupakan klimaks ‘Flavours of Suria’, meninggalkan para tetamu dengan rasa kepuasan dan jangkaan untuk apa yang akan ditawarkan oleh Suria KLCC seterusnya.
Comments
Post a Comment