MALAM ANUGERAH FESTIVAL FILEM KE-33 PADA 7 DISEMBER 2024 - Penyertaan dibuka kini

MALAM ANUGERAH FESTIVAL FILEM (FFM33): PENYERTAAN MULA DIBUKA HINGGA 6 SEPTEMBER 2024


Tahun ini sekali lagi bakal menyaksikan malam yang penuh berprestij di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media. 

Pada 20 Ogos yang lalu, Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching telah mengumumkan pembukaan penyertaan untuk Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) bermula 20!Ogos hingga 6 September 2024 di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hulu Kelang.

Malam Anugerah FFM33 akan berlangsung pada 7 Disember 2024 di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media dengan tema "Emas" yang melambangkan evolusi dan kejayaan sinema Malaysia.

Tema ini juga mencerminkan hala tuju baharu FINAS dalam menghasilkan kandungan yang berkualiti untuk dieksport, menjadikan industri filem sebagai nadi ekonomi kreatif dan budaya negara.

FFM33 akan mempertandingkan 30 kategori anugerah dan turut mengembalikan semula kategori Anugerah Filem Dokumentari Terbaik.

FFM merupakan festival filem bertaraf nasional yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi menerusi FINAS untuk mengiktiraf kecemerlangan kualiti filem dan bakat kreatif pada tahun semasa.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekali lagi dipilih sebagai rakan strategik serta penyiar rasmi malam anugerah ini.

FINAS turut mengalu-alukan kerjasama dan peluang penajaan daripada pelabur, penaja, syarikat produksi, syarikat korporat, syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) serta lain-lain untuk menjadi sebahagian daripada festival berprestij ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi FFM33, https://ffm.finas.my atau hubungi Noorzillawati Yahya (penyertaan)melaluipenyertaanffm33@finas.my atau 03-41041354 dan YM Ts. Raja Mohammad `Adhzim Raja Ahmad (penajaan) melalui penajaanffm@finas.my atau 03-41010471.




Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman bin Nik Husin; Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib dan ahli-ahli perbadanan FINAS.



FFM33 akan mempertandingkan sebanyak 30 kategori anugerah, termasuklah:


1. Filem Terbaik

2. Pengarah Terbaik

3. Pelakon Lelaki Terbaik

4. Pelakon Wanita Terbaik

5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

7. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

8. Pengarah Harapan

9. Pelakon Lelaki Harapan

10. Pelakon Wanita Harapan

11. Cerita Asal Terbaik

12. Lakon Layar Terbaik

13. Sinematografi Terbaik

14. Penyunting Terbaik

15. Penataan Bunyi Terbaik

16. Penataan Seni Terbaik

17. Kesan Khas Visual Terbaik

18. Skor Muzik Terbaik

19. Lagu Tema Terbaik

20. Tatarias/Solekan Terbaik

21. Rekaan Kostum/Busana Terbaik

22. Poster Terbaik

23. Filem Pendek Terbaik

24. Dokumentari Terbaik

25. Anugerah Khas Karyawan

26. Anugerah Khas Sepanjang Zaman

27. Anugerah Khas Juri 1

28. Anugerah Khas Juri 2

29. Anugerah Khas Juri 3

30. Anugerah Khas Filem Box Office


Dengan senarai kategori yang pelbagai ini, FFM33 dijangka akan menjadi satu lagi platform penting untuk mengangkat nama dan karya penggiat filem tempatan ke peringkat yang lebih tinggi, sekaligus memperkukuh kedudukan industri filem Malaysia di arena antarabangsa.




30. AN

Comments

Popular posts from this blog

RAI ANAK YATIM, MEDIA DAN SELEBRITI DI MAJLIS IFTAR PERDANA DI GALERI NUR RAUDHAH AMPANG

USAHAWAN PENIAGAWATI MALAYSIA DAN IWAPI INDONESIA AKAN LAKSANAKAN PROGRAM RAKERNAS

PRA-PELANCARAN ASIA ISLAMIC TOURISM & TRADE EXPO (AITEX) DAN WORLD ISLAMIC TOURISM AWARDS (WITA) 2024