MALABAR GOLD & DIAMONDS MENGELUARKAN KOLEKSI MERDEKA
Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun 2024, MGD telah menghasilkan koleksi istimewa yang tersendiri. Pelbagai ciptaan terkini termasuk rantai, gelang, cincin, subang dan sebagainya bercirikan citarasa tempatan.
Kepada pencinta emas, inilah peluang dan masanya anda membeli koleksi terhad yang merupakan aset yang bernilai tinggi dan akan meningkat nilainya tahun demi tahun. Ianya boleh juga dijadikan hadiah istimewa untuk dijadikan kenangan. Koleksi Merdeka ini boleh didapati di kesemua rangkaian MGD di seluruh negara.
Acara perasmian Kempen Merdeka Malabar Gold & Diamonds 2024 telah berlansung baru baru ini di Outlet MGD yang terletak di Jalan Bonus, Kuala Lumpur. Bertemakan 67 Abadikan Semangat Kemerdekaan. Ianya diinspirasikan dari mensyukuri kemerdekaan negara yang ke 67 tahun. Keduanya, Menghargai apa juga yang kita kecapi sebagai bangsa yang berbilang kaum lagi dengan penuh perpaduan dan juga MGD sangat berbangga dapat bersama di Malaysia untuk tahun yang ke 9 menyambut hari yang bersejarah Malaysia.
Pada majlis tersebut juga pelanggan setia Malabar Gold & Diamonds tampil dengan busana traditional Malaysia sambil memperagakan barang kemas yang dibeli di Malabar Gold & Diamonds. Masing masing kelihatan anggun dan tampak menawan dengan kerlipan emas yang menghiasi sang pemakai.
Ketua Pembangunan Perniagaan Malabar Gold & Diamonds Malaysia, Yasheedah Yashaiya berkata, koleksi rekaan Merdeka kali ini menampilkan hiasan bercirikan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia.
Terkenal di seluruh dunia dengan polisi yang berorientasikan kepentingan pelanggan dan ketelusan didalam urusniaga, semua pembelian perhiasan dari Malabar Gold & Diamonds dilindungi oleh 'Janji Malabar', iaitu satu set dasar yang memberikan jaminan kualiti serta perkhidmatan yang tiada tandingannya kepada para pelanggan. Janji Malabar juga termasuk 100% nilai pertukaran emas, 100% nilai pertukaran berlian, berlian yang disahkan oleh IGI dan GIA, harga yang telus kepada para pelanggan dengan menunjukkan berat batu, berat bersih, serta caj batu perhiasan, serta menawarkan nilai terbaik di dalam pembelian semula perhiasan daripada para pelanggan.
Jenama itu kini tampil dengan rekaan yang sangat ekslusif agar pemakai barang kemas mereka merasa yakin dengan penampilan yang kelihatan anggun menawan.
Oleh itu, sebagai tanda penghargaan Malabar Gold & Diamonds menawarkan tawaran yang istimewa 100% Tukar barang emas lama kepada yang baru tanpa susut nilai. Koleksi Berlian NUWA dan koleski emas 916 bertema bunga kebangsaan bunga Raya dihasilkan serta Baucer tunai untuk pembelian Rm3500 ke atas.
Di Antara koleksi Merdeka 67th Malabar Gold & Diamonds
Comments
Post a Comment