PETRONAS SEPANG INTERNASIONAL CIRCUIT BAKAL MERIAH DENGAN ‘AFTER RACE FEST’
HELIPAD PETRONAS SEPANG INTERNASIONAL CIRCUIT BAKAL MERIAH DENGAN ‘AFTER RACE FEST’
Kepada peminat MotoGP™️ pastinya ternanti nanti kemunculan pelumba ‘favorite’ mereka beraksi di litar. Oleh itu, jangan hentikan keterujaan terhadap
MotoGP™️ dengan hanya menonton pertembungan antara pelumba jika anda boleh menggandakan adrenalin dengan ikut meraikan kemenangan pelumba pilihan menerusi After Race Fest.
Festival AFTER RACE FEST ini signifikan dengan penganjuran MotoGP™️ yang bersifat energatik sempena ulangtahun ke 25 PETRONAS Sepang International Circuit (SIC).
Ianya bakal diadakan di lokasi terbaik iaitu di Helipad, PETRONAS Sepang International Circuit pada 3 November bermula pukul 4 petang sehingga tengah malam.
Maka tidak hairan apabila penganjur iaitu HIFIVE Entertainment dan rakan strategik PETRONAS Sepang International Circuit teleh memilih barisan penghibur antarabangsa dan tempatan yang mempunyai piawaian seiring dengan klimaks menutup MotoGP™️.
Di Festival itu nanti akan ditampilkan kurang daripada 10 penghibur mengikut genre termasuk rap, rock, pop dan disko, penganjur yakin artis pilihan mereka untuk AFTER RACE FEST memenuhi cita rasa penggemar muzik dunia dan tempatan.
Sedar pengunjung MotoGP™️ terdiri daripada pelbagai golongan dan usia yang hadir dari seluruh pelusuk dunia, HIFIVE Entertainment dengan bangga membawa band yang cukup terkenal pada lewat tahun 90-an iaitu Smash Mouth.
Mempunyai banyak hit yang cukup digemari, band dengan enam anggota kumpulan ini dijangka menyampaikan lagu popular mereka termasuk All Star dan Walkin’ On The Sun serta So Insane.
Jika Smash Mouth belum cukup membuat penonton teruja, nantikan persembahan rapper Macklemore yang dengan berani menghasilkan single Hinds Hall sebagai tanda sokongan kepada Palestine.
Smash Mouth dan Macklemore juga akan ditemani rakan penghibur yang tidak kurang hebatnya termasuk Nidji dan Feel Koplo (Indonesia), 6ixth Sense dan DE FAM adalah Phase 1 (fasa 1) yang akan melengkapkan erti pesta dalam AFTER RACE FEST. Phase 2 (fasa 2) akan diumumkan pada bulan September nanti.
“Seperti tidak lengkap jika perlumbaan MotoGP™️ diakhiri tanpa keraian dalam kalangan pengunjung.
“Maka kami di HIFIVE Entertainment dengan bangga menganjurkan AFTER RACE FEST bukan semata-mata bersifat hiburan sebaliknya meraikan pengunjung dari seluruh dunia ke MotoGP™️ dengan pelbagai aktiviti lain termasuk pertunjukan drone dan persembahan bunga api sebagai signifikan penganjuran acara yang sukses,” ujar Sean Pereira, Pengarah Urusan HiFive Entertainment.
Azhan Shafriman Hanif, the Chief Executive Officer of PETRONAS Sepang International Circuit, shared his excitement: “We are thrilled to mark 25 years since we opened our door in 1999. A big shoutout to HIFIVE Entertainment for teaming up with us to make this celebration even bigger. We would love for everyone to join us for the MotoGP™️ race and enjoy the concert before heading home. There will be an exclusive early bird festival ticket for MotoGP™️ Malaysia fans at just RM500, available from today until August 31st ”
Bermula pada pukul 4 petang di Helipad, pengunjung boleh menyaksikan persembahan Feel Koplo & DE FAM dengan Segment Get Started, Segment Healing pula akan dikuasai oleh Nidji dan 6itxh Sense, Segment Tributebersama Macklemore sebelum Smash Mouth akan menggegarkan Segment Let’s Rock. Segment Grooving & Party akan diumumkan pada bulan September.
Jangan sampai terlepas temu janji bersama AFTER RACE FEST di Helipad PETRONAS Sepang International Circuit pada 3 November ini kerana ia bukan tentang hiburan semata tapi pengalaman berbeza yang diberikan dalam penganjuran ini.
INFO TIKET AFTER RACE FEST dan MotoGP™️ Malaysia 2024
• Early Bird (DURASI 20 - 31 OGOS) - Beli mana-mana tiket MotoGP™️ dengan tambahan (add on) harga konsert RM500 (eksklusif 8% cukai ent)
(Buy any MotoGP™️ tickets add on concert price RM500 (exclusive 8% ent tax)
• Harga Normal add on (MULAI 1 September) - - Beli mana-mana tiket MotoGP™️ dengan tambahan (add on) harga konsert RM600 (eksklusif 8% cukai ent)
(Buy any MotoGP™️ tickets add on concert price RM600 (exclusive 8% ent tax)
About HIFIVE Entertainment
To create unforgettable experiences through music,bringing people together from all walks of life to celebrate diversity and passion for various genres of music. HIFIVEstrive to deliver exceptional events that inspire, entertain, and resonate with our audience, setting the stage for unforgettable memories.
Comments
Post a Comment