DETTOL MALAYSIA MEMPERJUANGKAN AMALAN KEBERSIHAN UNTUK MALAYSIA YANG LEBIH SIHAT
Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran Kesihatan Malaysia dan Singapura di Reckitt (kanan), bersama pakar Penyakit Berjangkit Profesor Dr. Zamberi Sekawi (kiri), dengan bangganya mengetengahkan kepentingan amalan kebersihan melalui Dettol sebagai sebahagian daripada komitmen mereka dalam kempen Selangkah Lebih Selangkah Kasih.
Melindungi yang Tersayang bersama inisiatif Selangkah Lebih, Selangkah Kasih dari Dettol
Kuala Lumpur, 5 November 2024 – Seiring dengan ancaman kesihatan global yang kian meningkat disebabkan oleh rintangan antimikrob (AMR), Dettol Malaysia mengambil langkah proaktif melalui kempennya Selangkah Lebih, Selangkah Kasih untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan beban sakit. Usaha ini menumpukan galakan pengamalan kebersihan seperti membasuh tangan dan membasmi kuman pada permukaan bagi mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit serta mengatasi peningkatan AMR.
Organisasi Kesihatan Dunia telah mengenal pasti AMR sebagai salah satu daripada 10 ancaman kesihatan awam global yang sering dikenali sebagai "pandemik senyap." Oleh sebab penyakit berjangkit menyumbang kepada satu dalam empat kematian di seluruh dunia dan 35% jangkitan biasa kini kebal kepada antibiotik, keperluan mengambil langkah pencegahan adalah amat mendesak. Jika tidak ditangani, AMR boleh mengorbankan hingga 10 juta nyawa setahun menjelang 2050, menjadikan prosedur perubatan rutin seperti pembedahan caesarean sebagai rawatan berisiko tinggi.
Menurut kajian The STAR Asean, di Asia, penggunaan antibiotik yang berlebihan memburukkan masalah ini, dengan Malaysia mencatatkan kadar preskripsi antibiotik tertinggi iaitu sebanyak 44%. Oleh itu, kepentingan strategi pencegahan alternatif, seperti amalan kebersihan yang lebih baik, tidak boleh dipertikaikan. Kajian mendapati bahawa amalan kebersihan yang lebih baik boleh mengurangkan preskripsi antibiotik bagi kanak kanak yang mengalami jangkitan pernafasan sehingga 30%.
Pakar Penyakit Berjangkit, Profesor Dr. Zamberi Sekawi (tengah) dan Tiffany Tang (kanan), Pengarah Pemasaran Kesihatan Malaysia dan Singapura di Reckitt, menekankan kepentingan meningkatkan kesedaran awam mengenai penggunaan antibiotik. Mereka membincangkan salah tanggapan umum yang sering membawa kepada penyalahgunaan, sambil menegaskan bahawa amalan kebersihan yang baik adalah cara mudah tetapi berkesan untuk melindungi kesihatan awam dan mengatasi isu rintangan antimikrob.
“Kekurangan kesedaran mengenai manfaat dan risiko penggunaan antibiotik menjadi cabaran dalam menangani AMR. Misalnya, walaupun 72% penyedia penjagaan kesihatan mengesyorkan antibiotik, hanya 28% yang membincangkan manfaat dan potensi risikonya dengan pesakit. Jurang pengetahuan ini amat signifikan kerana 71% individu percaya antibiotik berkesan melawan selesema dan flu, sementara 70% menyangka antibiotik boleh membunuh virus—salah faham yang mendorong kepada penyalahgunaan dan preskripsi antibiotik berlebihan. Menangani salah faham ini adalah penting untuk mengurangkan penggunaan antibiotik dengan sewenang-wenangnya terutama bagi jangkitan virus seperti selsema dan flu, yang mana antibiotik tidak memberikan sebarang manfaat,” kata Profesor Dr. Zamberi Sekawi, pakar Penyakit Berjangkit.
Dengan musim tengkujuh yang semakin hampir, Malaysia menghadapi risiko jangkitan dan penyakit yang lebih tinggi. Hujan berterusan dan banjir mewujudkan keadaan yang kondusif untuk penyebaran penyakit bawaan air seperti kolera dan disenteri. Populasi yang terjejas yang ditempatkan di pusat perlindungan yang sesak juga terdedah kepada jangkitan pernafasan dan masalah kulit, sekali gus menekankan keperluan kritikal untuk amalan kebersihan yang betul.
“Kebersihan tangan dan kebersihan permukaan adalah asas dalam menghentikan penyebaran penyakit,” kata Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran untuk Kesihatan Malaysia dan Singapura di Reckitt. “Tangan kita boleh membawa lebih daripada 3,000 jenis bakteria, dan permukaan yang tercemar boleh menampung virus sehingga 48 jam.
Fakta fakta kebersihan penting, termasuk bagaimana satu sentuhan boleh mencemari banyak permukaan, kekerapan kita menyentuh wajah, dan peranan mencuci tangan dalam mencegah penyebaran kuman. Peringatan ini mengukuhkan usaha Dettol dalam menggalakkan amalan kebersihan yang lebih baik.
Comments
Post a Comment