WATSONS PLUS DIBUKA DI LOT 10, DINOBATKAN KEDAI RUNCIT KESIHATAN DAN KECANTIKAN TERBESAR DI MALAYSIA



KUALA LUMPUR, 16 OKTOBER 2026 – Watsons Malaysia melakar satu lagi pencapaian penting menerusi pembukaan Watsons Plus di Isetan Lot 10, Bukit Bintang, yang bukan sahaja menjadi cawangan ke-888 jenama itu di Malaysia, malah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Kedai Runcit Kesihatan dan Kecantikan Terbesar di Malaysia.

Dengan keluasan melebihi 18,000 kaki persegi, Watsons Plus memperkenalkan konsep peruncitan baharu yang menggabungkan kesihatan, kecantikan, kesejahteraan dan gaya hidup dalam satu destinasi. Terletak di sepanjang Bintang Walk yang ikonik, gedung utama ini menawarkan pengalaman membeli-belah lebih menyeluruh menerusi ribuan pilihan produk, perkhidmatan khusus serta ruang interaktif untuk pelbagai peringkat usia.

Pembukaan ini turut menandakan satu langkah penting dalam perjalanan Watsons Malaysia yang bermula dengan cawangan pertamanya di Johor Bahru pada 1994. Selepas lebih 32 tahun, rangkaian itu kini berkembang kepada 888 cawangan di seluruh negara, sekali gus memperkukuh komitmennya untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang.

Menurut Caryn Loh, Pengarah Urusan Serantau, Kesihatan & Kecantikan Asia, AS Watson Group merangkap Pengarah Eksklusif Serantau, Watsons International, pembukaan Watsons Plus mencerminkan usaha jenama itu membentuk masa depan peruncitan menerusi inovasi, pemperibadian dan pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna.

Beliau berkata, konsep baharu itu bukan sekadar menawarkan ruang membeli-belah yang lebih besar, sebaliknya menggabungkan pengalaman fizikal dan digital bagi memberikan kemudahan serta inspirasi kepada pelanggan.

Bersempena ulang tahun ke-185 AS Watson Group pada tahun ini, pembukaan Watsons Plus turut memperlihatkan komitmen kumpulan itu dalam memperkukuh inovasi dan pendekatan berteraskan pelanggan.

Lebih 17,000 Produk Dalam Satu Destinasi

Watsons Plus menempatkan lebih 17,000 produk merangkumi kategori kesihatan, kecantikan, kesejahteraan dan gaya hidup. Pengunjung boleh meneroka pelbagai konsep baharu termasuk Beauty Verse yang mengetengahkan trend kecantikan dari Jepun, Korea dan China, Luxe Skincare, Mask Library, Malaysian Beauty, Slow Aging serta solusi Sleep & Calm.


Turut disediakan ialah zon K-Health, Hair Health dan Hair Experts, ruang khas Sustainability serta Watsons Collection yang diperluaskan bagi memenuhi keperluan pengguna dengan minat dan gaya hidup berbeza.

Menariknya, reka bentuk dalaman Watsons Plus turut mengangkat identiti tempatan menerusi elemen batik kontemporari yang diterapkan di seluruh ruang. Sentuhan ini memberikan karakter tersendiri kepada gedung berkenaan, sekali gus meraikan warisan budaya Malaysia dalam suasana peruncitan moden.

Terokai Cita Rasa dan Budaya Malaysia

Pengalaman di Watsons Plus tidak terhad kepada produk kesihatan dan kecantikan. Pengunjung turut berpeluang meneroka Taste of Malaysia, sebuah ruang yang menghimpunkan pelbagai makanan dan minuman tempatan.

Daripada produk berasaskan durian dan kelapa kepada coklat, biskut, kerepek, aiskrim, produk tenusu, buah-buahan segar serta minuman, pilihan yang ditawarkan memberi peluang kepada pelanggan tempatan dan pelancong menikmati pelbagai cita rasa Malaysia di bawah satu bumbung.

Bagi mereka yang mencari buah tangan, ruang Malaysia Cultural Souvenir pula menawarkan pelbagai barangan berinspirasikan identiti tempatan, termasuk pakaian, permainan, barangan koleksi, kelengkapan kediaman, produk penjagaan haiwan peliharaan dan aksesori perjalanan.

Sementara itu, ASEAN Snacks Corner membolehkan pengunjung meneroka pilihan snek popular dari negara-negara serantau, menambahkan lagi pengalaman penemuan produk dan gaya hidup di gedung berkenaan.

Perkhidmatan Kecantikan, Kesihatan dan Ruang Mesra Keluarga

Melengkapkan pengalaman membeli-belah, Watsons Plus memperkenalkan pelbagai perkhidmatan yang direka untuk memberikan nilai tambah kepada pelanggan.

Antaranya ialah Watsons Club Lounge yang menyediakan ruang eksklusif dengan perkhidmatan ahli secara lebih peribadi, selain Fun Zone sebagai kawasan permainan kanak-kanak.

Bagi pengunjung yang ingin menikmati rawatan penjagaan diri, Scalp Wash Studio oleh Number76 menawarkan perkhidmatan cucian kulit kepala dan urutan. Turut tersedia ialah perkhidmatan profesional untuk kuku, kening dan bulu mata, serta kemudahan imbasan kulit dan kulit kepala.

Watsons Pharmacy juga dipertingkatkan dengan konsultasi dan perkhidmatan kesihatan, menjadikan gedung ini sebuah destinasi yang menggabungkan keperluan penjagaan diri, kecantikan dan kesejahteraan dalam satu lokasi.

Kolaborasi Eksklusif Bersama ZUS COFFEE

Satu lagi tarikan Watsons Plus ialah kerjasama eksklusif bersama ZUS COFFEE yang membawa pengalaman kafe ke dalam ruang peruncitan berkenaan.

Pengunjung boleh menikmati pilihan minuman istimewa termasuk Iced Strawberry Blue Matcha Latté yang dirumus khas untuk kolaborasi ini. Pelanggan juga berpeluang menerima sarung cawan dan pek pelekat eksklusif secara percuma, yang hanya ditawarkan di Watsons Plus, Isetan Lot 10.

Majlis pembukaan Watsons Plus turut menghimpunkan Dr. Malina Ngai, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AS Watson Group; Caryn Loh; wakil Isetan dan ZUS COFFEE; rakan niaga; Duta Watsons iaitu Ayda Jebat, Phei Yong dan Mekyun; Watsons Celebrity Friends serta ahli Watsons Club.

Secara keseluruhan, pembukaan Watsons Plus membawa pendekatan baharu kepada pengalaman membeli-belah di tengah-tengah Bukit Bintang. Dengan gabungan produk yang pelbagai, perkhidmatan khusus, elemen budaya tempatan dan tarikan gaya hidup, gedung ini menawarkan lebih daripada sekadar destinasi untuk mendapatkan barangan kesihatan dan kecantikan.

Orang ramai boleh mengunjungi Watsons Plus di Tingkat G, Pusat Beli-belah Lot 10, 50, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, layari www.watsons.com.my atau ikuti Watsons Malaysia menerusi saluran media sosial rasminya.


Comments